ISU VIDEO SEKS: ANTI
KLIMEKS
(Fikrah Bang: 293),
BBB:
19 Zulkaedah 1440H. = 22 Julai
20`19M. (Isnin).
Selepas Anwar Ibrahim bertelagah secara terbuka
dan menyatakan bahawa, ``Jika video tulen, Azmin perlu letak jawatan.``
Manakala Azmin Ali menjawab, ``Cermin diri
dulu.`` (Sinar 18.7.2018: 1).
Berikutnya, kenyataan berita, bahawa PKR telah pecah kepada
dua kem. Kem Anwar Ibrahim dan Kem Azmin Ali.
Kem Anwar menghimpun penyokong-penyokong di
Petaling Jaya dan meminta Menteri-Menteri Besar yang menjadi Ketua PKR Negeri
membuat pengakuan sokongan dan dikatakan bahawa enam daripada Menteri Besar
memberi sokongan kepada Anwar. Manakala berita yang lain bahawa 15 daripada 25 ahli
Parlimen tidak hadir, menandakan mereka tidak menyokong Anwar ?
Isu klisye yang timbul di dalam PKR itu
benar-benar menjengkel dan memuakkan. Ia mencerminkan `rendah maruah` dan tidak
berperadaban. Ketua Polis Negara menempelak, bahawa parti politik (yang matang)
tidak sepatutnya menimbulkan isu remeh temeh yang menghabiskan tenaga pihak
polis memberi perhatian bagi menyelesaikan isu yang timbul. Mereka diminta
bertindak secara matang dan jangan melempahkan masalah kepada rakyat.
Bertindaklah dalam ruang lingkup politik secara bijaksana !
Pada peringkat permulaan, Azmin dilihat
sebagai pihak yang dipersalahkan, tetapi kemudian diperjelaskan bahawa `Imej di
dalam Video itu bukan Azmin !`.
Di dalam masa orang ramai ingin tahu, siapa
sebenarnya yang membuat video berkenaan dan watak di dalamnya, kita tiba-tiba
disogok dengan berita `Peleraian
lakonan` yang anti klimeks, mendadak dan tidak kreatif dan sebenarnya lebih banyak
menimbulkan tandatanya.
Ungkapan anti klimeks dan tidak kreatif
(pura-pura ?) timbul dari Anwar,
``Saya dsn Azmin satu pasukan.`` dan
diperkukuhkan dengan ungkapan bahawa,
``Anwar akan terus bekerjasama dengan
timbalannya untuk gerakkan parti.`` Dengan tambahan penyokong kuatnya,
``Kedudukan Anwar semakin kukuh.`` (Sinar, 22.7.2019: 2).
Mengapa tiba-tiba watak wira dalam episod
perbalahan itu tidak bertindak wira ?
Sebaliknya Azmin dengan berani
mengungkapkan,
``Saya tahu siapa dalang !``. Tambah
Azmin., ``Saya amat tahu ! Saudara saudari hendak tahu siapa dia ?, ``Kita
serah kepada pihak yang berkuasalah !`` Jawapan disampaikan kepada kira-kira
tiga ribu penyokong di rumah Kediaman resmi Menteri Besar Selangor semalam (UM,
22.7.2019: 1).
Saudara Azmin nampaknya menyuarakan
pandangannnya dengan penuh konfiden.
Drama yang diperesembahkan bukan atas
permintaan itu memang mengundang rasa ingin tahu rakyat, tapi langsung tidak
mendapat simpati mereka. Sebagaimana kata Ketua Polis Negara, ``Kerja
sia-sia.``
Yang mau diketahui sekarang, ``Siapakah
yang mereka-mereka naskhah cerita klisye
itu ?, siapa pengarahnya ?
Simpati nanti akan diberi kepada pihak yang
menjadi mangsa dan teraniaya.
Kita tunggu episod terakhir yang akan
didedahkan oleh pihak Polis !.
Sekian.
No comments:
Post a Comment