HARAPAN TINGGI
(Fikrah
Bangi: 873),
BBB: 13
Rejab 1442H. = 25 Februari 2021M. ( Khamis).
Tiada pernah berlaku sepakatan dalam
kebimbangan seluruh negara di dunia seperti kebimbangan diakibakan oleh
Covid-19, lantaran wabak ini dialami oleh seluruh dunia. Negara yang dianggap
paling maju, iaitu Amerika adalah negara yang paling teruk mengalami wabak
Covid-19 dengan kematian melebihi
setengah juta orang, diikuti Brazil dengan kematian suku juta dan India kematian lebih dari 150
ribu kematian. Seluruh negara, termasuk negara-negara Eropah yang dianggap
negara-negara maju teruk mengalami wabak.
Semua
negara terkesan dari segi ekonomi, ramai kehilangan pekerjaan, terhenti dari
kegiatan perniagaan dan terhad dari segi perhubungan dan pelancungan. Terhenti
dari kegiatan pelajaran. Di tengah kegelisahan dengan musuh yang tidak nampak
semua pihak berusaha bagi mendapat penawar atau vaksin yang dapat melindungi
semua pihak dari wabak Covid-19.
Sama
menghadapi kegawatan akibat Covid-19 ialah negara kita. Ianya menyepikan suara
pembangkang yang ghirah dan mencabar untuk berpilihanraya tanpa mengira wabak sehingga
Yang Di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat bagi tumpuan menghadapi wabak dan
tidak akan diadakan pilihnraya sehingga Ogos 2021.
Setelah
setahun berjuang menghadapi Covid-19 dan dalam masa tersebut usaha menghasilkan
vaksin dilakukan. Semua pihak memberi harapan yang tinggi vaksin akan dapat
dihasilkan. Akhirnya dalam tempoh setahun beberapa syarikat berjaya
menghasilkan vaksin seperti Pfizer Bio-Tech oleh German - Amerika, Astra Zanica Modenas dari Oxford, Cinovak dari China, Sputnik 5
dari Rusia dan terbaru Johnson & Johnson dari Amerika.
Banyak
negara termasuk kita dari Malaysia telah menempah vaksin-vaksin tersebut.
Setelah melalui ujian dan penelitian serta pengalaman negera-negara yang mendahului
penggunaan, Malaysia menerima tempahan yang sebenarnya tidak lewat seperti
Australia, Jepun dan Korea Selatan.
Mencerminkan
betapa tingginya harapan negara dan rakyat terhadap keberkesanan vaksin yang
tiba, maka negara-negara berkenaan mengadakan sambutan terhadap kesampaian
vaksin berkenaan. Misalnya Malaysia buat pertama kali menyambut kesampaian vaksin berjenama Pfizer pada 21
Februari 2021 di KLIA dengan kehadiran seperti Dr. Adham Baba Menteri Kesihatan
Malaysia, Khayri Jamaluddin Menteri Penyelaras yang juga Menteri Sains,
Teknonologi dan Inovasi Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
Malaysia Tan Sri Noor Hisam Abdullah. Dengan upacara sambutan vaksin bagi
pertama ini berjumlah 312, 390 doze ini diiring ke bahagian simpanan kargo dan
kemudian dihantar ke negeri-negeri menurut jadual yang telah diatur.Kesampaian
doze tambahan ialah pada 24 Februari
2021, iaitu sebanyak 182,520 doze.
Perdana
Menteri Malaysia adalah individu yang pertama menerima vaksin, iaitu pada hari
Rabu 24 Februari 2021, termasuk penerima awal ialah Tn Sri Dr. Noor Hisham bin
Abdullah.
Semalam
juga Rabu 24 Februari 2021 vaksin-vaksin
ini mulai diagih ke negeri-negeri iaitu ke Negeri Sembilan, Perak,, Melaka,
Kedah, Pahang dan diikuti dengan neger-negeri yang lain.. Penghantaran vaksin
dilakukan secara teratur, diiringi oleh pengawal-pengawal untuk mengelak dari berlaku
sabotaj dan penyelewengan.
Setakat
ini sambutan sambutan terhadap
penerimaan vaksin ini amat menggalakkan. Mereka mendaftar melalui My Sejahtera,
melalui laman web, secara online, melalui klinik dan hospital dan secara
outreach. Jumlah yang mendaftar setakat
ini adalah seramai 637,000. Jumlah makin bertambah.
Pemberian
vaksin menurut keutamaan bagi mereka yang banyak kontaks dengan orang ramai
seperti frontliners iaitu Dr, jururawat, polis, pertahanan awam, tentera, para
guru, diikuti warga emas dan mereka yang berumur lebih dari 18 tahun.
Adalah
diharapkan bahawa melalui proses pemberian vaksin terhadap orang ramai dalam
tempoh dijangka sebelum 2021-22 akan dapat mengurang atau menghapuskan
Covid-19.
Target
pihak berkuasa akan dapat memberi vaksin kepada 80% daripada penduduk negara
ini, bahkan kepada bukan warga negara secara percuma. Ini adalah dalam
perkiraan bahawa `Lindung Diri Lindung Semua.`. Kerana sekiranya sebahagian dari rakyat – termasuk bukan warga
negara jika tidak diberi vaksin, maka mereka boleh menjadi perantara yang boleh
membawa wabak kepada warga negara, sebab
itu dengan vaksin lindung diri lindung semua.
Harapan
tinggi oleh negara dan rakyat negara ini adalah sama menjadi harapan tinggi
negara dan rakyat di negara-negara lain di dunia ini.
Semua
pihak mengharapkan Covid-19 dapat dihapuskan dan kehidupan normal kembali dinikmati
semua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment