KENEGARAAN,
CINTA DAN PERTAHAN KELUHURAN
(Fikrah
Bangi: 858),
BBB: 28 Jamadil-Akhir 1442H. = 10 Februari 2021M.
(Rabu).
Tiap
kita ditakdirkan di dalam sejarah dilahirkan dalam kawasan dan batas sempadan
yang dikenali dengan negara. Negara pula melalui sejarah yang mungkin berubah,
kita berada di dalam sesebuah negara berkenaan. Misalnya melalui penjajahan dan
situasi politik zaman , kita berada di negara Malaysia Merdeka, selepas melalui
ketentuan sejarah negara kita dijajah oleh British dan untuk memantapkan
kedudukan kita disatukan dengan Sabah dan Sarawak berada di dalam negara
Malaysia Merdeka.
Batas
sempadan secara fizikal menjadikan kita berada di dalam sebuah negara yang kita
kenali dan hayati keluhurannya, bahawa negara kita berada di dalam suatu
kawasan yang strategik bersempadan dengan Selat Melaka di barat, bnersempadankan Laut Malaysia dengan Filipina
di bahagian Utara dan Selatan dengan Indonesia, maka inilah batas sempadan
dijaga, dikawal dan dipelihara dari penyusupan dan pecerubuhan dari luar.
Secara bersendirian dan kerjasama pertahanan dengan pihak yang kita mempunyai
kerjasama pertahanan.
Cinta
dan kasih sayang kita terpupuk dengan laluan di Selat Melaka yang sebok, tetapi
damai dan tenang. Kita menghayati dengan sejarah silam Kedah Tua yang mempunyai
kaitan sejarah pada satu masa dulu meluas ke Segenting Kra. Kita menghayati sejarah dan keindahan Pulau Langkawi yang
menjadi aset penting bagi pelancungan. Negeri Perlis sungguhpun kecil tidak
kurang dari gua-gua batu kapur yang
menarik pelancungan.
Kita mengkagumi sejarah negeri Perak yang
menyimpan artifek tertua di negara ini
seperti di Lenggung dan penemuan dengan `Perak Man` yang mencerminkan ketuaan negara
ini dari segi kependudukan. Perak juga mempunyai bukti sejarah pendidikan
British seperti Kolej Melayu, Kuala Kangsar dan
Maktab Perguruan Tanjung Malim yang kini dinaik taraf kepada Universiti
Pendidikan Tanjung Malim.
Selangor
adalah negeri yang maju dan terkedepan menjadi pusat pentadbiran negara, maju
dengan perniagaan, kayu dengan industri dan penghasilan dan banyak dengan
pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi tumpuan bagi penghijrahan.
Negeri
Sembilan lebih dikenali sebagai Negeri Adat dan Warisan, terpancar dari
pemimpin adat teromba, petitih dan hikmat ungkapan dan kini membangun limpahan
dari perkembangan perluasan Lembah Kelang. Manakala Pahang adalah negeri
terbesar di Semenanjung, kaya dengan hasil hutan, sungai Pahang
mengeluarkan ikan patin terkenal enak.
Manakala Terengganu terkenal dengan perpantaian yang menarik menggamit
pelancung datang seperti ke Pulau Kapas, Tinggol dan beberapa pulau yang lain.
Selain dari pandangan pantai dan pulau yang menarik ialah Kedai Payang pusat
perniagaan, manakala di Hulu Terengganu sebagai Tapak Batu Bersurat terkenal
dengan Tasik Buatan mengundang pelancung
datang.
Kelantan
pula terkenal sebagai negeri budaya dan agama dengan loghat bahasa yang
berbeza. Kota Bharu disifakan sebagaiBandar Islam dan juga mempunyai Pasar Siti
Khadijah yang unik yang kebanyakan peniaganya ialah orang perempuan.
Kembali
ke pantai Barat Semenanjung ialah Melaka, negeri bersejarah, negeri yang
mempunyai pemerintahan beraja Melayu pertama yang diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah atau dikenali dengan
Sultan Muhammad. Negeri ini mempunyai tinggalan
penjajah Portugis dan Belanda. Warna sejarah menarik pelancung datang
menziarah. Johor adalah negeri paling selatan di Semenanjung. Bahasa Johor
adalah dialek yang diguna sebagai bahasa Malaysia standard.
Menyeberang
ke Malaysia Timur, adalah Sabah adalah negeri yang tegak dibuminya gunung
tertinggi di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu. Pandangan alamnya adalah
tercantik di Malaysia. Sumber pelancungan negara utama di Malaysia dan kaya
dengan hasil laut. Sabah mempunyai sempadan laut terbuka serta terluas dan mudah diceroboh oleh pihak luar.
Kekuatan pertahanan negara banyak diberi tumpuan perhatian di sini.
Manakala
Sarawak adalah negeri yang mempunyai kawasan terluas di Malaysia. Negeri yang
mempunyai berbagai etnik dan budaya yang masyarakatnya hidup dalam aman dan
sentosa. Antara land mark bagi negeri ini ialah Gua Mulo dan Muzium Sarawak. Sungai Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Muka
bumi Sarawak yang luas itu mempunyai kekayaan dari hasil hutan di samping
buminya kaya dengan hasil petrol.
Dengan
semua keistimewaan dan keindahan yang berbagai-bagai sebagaimana disebutkan
menjadikan setiap rakyat di negara ini cinta dan kasih terhadap negera
Malaysia. Harapan seluruh rakayat Malaysia, rakyat bersatu dan negara terus
maju dan makmur.
Sekian.
No comments:
Post a Comment