BBB, 28 Sha`ban 1437 = 04 Jun 2016 (Sabtu):
Telah dibicarakan bahawa 70% dari kalangan masyarakat adalah merupakan
rakyat biasa. Mereka merupakan rakyat banyak yang fokus perjuangan mereka untuk hidup dan tidak mempunyai
hasrat dan cita-cita besar. Walaupun mereka kelihatan biasa, tetapi
penting dalam mencirikan masyarakat.
Bahkan 30% baki yang 15% dari mereka menguasai masyarakat dan 15% memasalahkan
masyarakat adalah asalnya dari kumpulan yang besar ini. 15% menguasai
masyarakat ini adalah golongan yang mempunyai cita-cita tinggi dan dengan
persediaan yang ada pada mereka mereka berjaya meningkat ke atas. Siapakah 15 peratus golongan yang dapat kita namakan
elit yang menguasai dan menentukan arah
masyarakat ini ?
Tiga golongan penting dalam golongan elit ini
ialah:
1) Tokoh politik
2) Pakar dan Penguasa
ekonomi
3) Golongan intelektual (`abqari).
1. Tokoh
Politik
Sememangnya secara jelas dapat dilihat bahawa golongan inilah yang menguasai
pemerintahan dan dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka menentukan arah
politik pemerintahan dan juga polisi-polisi yang lain. Misalnya tentang agama,
pendidikan dan segala bidang. Mereka adalah orang `tamak kuasa`. Oleh kerana
aturan sesebuah negera membenarkan kalangan politik mendapat kepercayaan masyarakat melalui sokongan yang didapati,
maka lahirlah apa yang dikenali sebagai `parti politik` yang penubuhannya di atas faktor sejarah, perjuangan agama,
`pembelaan sosial` dan berbagai ideal yang diperjuangkan. Masing-masing dengan
ideologi yang diranc angkan bagi menarik sokongan masyarakat. Antara mereka yang mempunyai matlamat sama, bahkan
bagi mendapat kuasa yang lebih berlaku penyatuan antara mereka. Tidak kurang
pula yang berpecah bagi kepentingan
parti atau kerana pertentangan yang berlaku yang bersifat dalaman. Walaupun
masing-masing ada prinsip dan arah perjuangan yang dituju, tidak kurang berlaku
perubahan sebagai strategi dan kepentingan. Sebagaimana disebutkan orang banyak
penting di dalam peranan memberi kuasa kepada pihak yang mampu menarik sokongan
dan diyakini. Antara faktor-faktor yang menarik sokongan:
1) Pembelaan
terhadap kaum-kaum yang diharap sokongan
mereka
2) Kerjasama antara kaum dalam penyatuan politik
3) Menawarkan pemerintahan secara Islam
4) Menawarkan pendemokrasian dalam pemerintahan
5) Menegakkan keadilan sosial di tengah masyarakat
Sememangnya
kekuasaan diberi kepada pihak yang diyakini dan setengahnya berterusan
berasaskan rekod kejayaan yang ditunjukkan. Mereka dapat melaksanakan kekuasaan
selagi bijaksana di dalam menawarkan polisi
dan janji. Tetapi dengan politik begitu berkuasa, namun kekuasaan adalah
ibarat telur dihujung tanduk. Kesilapan, perpecahan dan salah percaturan dan kawan menjadi lawan menyebabkan kekuasaan
bolrh terlepas bila-bila masa.
2. Penguasaan Ekonomi
Jika orang politik disifatkan `tamnak kuasa`
dan sanggup melakukan apa cara bagi mengekal atau mendapatkan kuasa, maka
golongan kedua yang menjadi elit masyarakat ialah `golongan ekonomi. Nereka
adalah orang yang `tamakkan harta`. Dimaksudkan dengan golongan ekonomi ini
ialah pakar-pakar ekonomi yang menguasai, peniaga-peniaga, koporat, bankers dan
har tawan-hartawan. Golongan yang menguasai ekonomi dan hartawan memang ketara
dari segi kekuasaan. Mereka boleh menguasai dan memiliki apa saja dengan kuasa
wang yang ada pada mereka. Bahkan mereka boleh menguasai politik pemerintahan
dengan kekuasaan harta yang adap pada mereka. Seperti golongan politik yang
memegang politik kekuasaan tidak ramai, begitulah juga dengan golongan ekonomi.
Kebiasaan golongan seperti ini yang menguasai kekayaan negara tidak lebih dari
10%, bahkan kemungkinan ekonomi dikuasai oleh 10 orang ! Adalah dikatakan kekayaan ekonomi Amerika
berada pada sepuluh haretawan Ameriak
yang mereka pula dapat mempengaruhi politik dan dasar pemerintahan negara.
Sudah tentulah penguasaan ekonomi pada kelompok tertentu tidak baik bagi
negara. Sebaiknay kekayaan negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat jelata.
3. Pengusaan
Intelektual
Sebagaimana pengusaan politik peringkat tinggi,
begitu juga penguasaan ekonomi. Maka
demikian juga dengan Penguasaan Intelektual tidak ramai. Mereka adalah kalangan
genius dan `abqari yang berjaya di dalam
bidang keilmuan menghasilkan keilmuan dan dapatan bermutu yang memberi faedah
kepada masyarakat dan generasi. Mereka
dapat merangka pendekatan politik secara bijak yang dapat menarik
sokongan masyarakat. Mereka juga membuat cadangan tentang pendekatan ekonmi,
bahkan berbagai cadangan yang memberi
impak dan faedah kepada masyarakat. Namun kalangan intelektual ini biarpun kaya
dengan idea dan ilmu, mereka biasanya tidak mendapat faedah dari segi material.
Mereka dihormati. Bahkan ada idea-idea mereka dipakai sedang pencetus idea
tidak dipeduli atau dilupakan. Contoh cadangan mewujudkan Tabung Haji adalah
genius cadangan Prof. Ungku Aziz, tetapi
Ungku Aziz tidaklah mendapat faedah dari idea bernasnya, bahkan mungkin
dilupai. Cetusan mengenai ekonomi Islam sepertk Bank Islam, takaful dan
berbagai jenama kewangan Islam adalah genius pengkaji dan pencadang, sedang
pencetus penemu bagi cadangan ini tidak
dipeduli, bahkan tidak dikenali. Demikian juga dengan konsep produk `halalan
tayyiban` yang menarik dan sedang berkembang ke peringkat nasional dan
internasional, tetapi pencetus asal yang mengolah idea ini tidak dipeduli dan
tidak dihargai bahkan dilupai. Sedang
pihak berkepentingan dari segi ekonomi berlumba-lumba mengambil faedah dari
genius idea yang dihasilkan.
Walaupun pencetus idea intelektual di dalam
satu-satu bidang yang memberi kesan baik
bagi kepentinagn masyarakat dan generasi, peranan intelektual sedemikian adalah
besar dan patut diberi penghargaan sepatut. Pihak yang mengambil faedah dan
masyarakat tidak seharusnya melupakan
mereka. Mereka tidak mengharapkan
dikenang. Mereka berada dihadapan untuk membawa perubahan dan cadangan yang
dapat meribah dan memajukan masyarakat.
Ketiga-tiga elit dibicarakan, sebenarnya
adalah muncul dari masyarakat banyak. Dengan kebijaksanaan pada mereka mereka
dapat muncul dan mengatasi masyarakat banyak. Masyarakat banyak tidak
seharusnya cemburu dan iri hati terhadap mereka. Mereka memberi sumbangan pada masyarakat dan negara.
Intelektual menyumbang idea, ahli politik seharusnya mensejahterakan masyarakat dan tokoh ekonomi
memudahkan pengurusan semua. Jika kontra
mereka mendepani penentangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment