BBB, 02
Ramadhan 1437 = 07 Jun 2016
(Selawsa):
Daripada perbincangan yang telah dibuat
tentang akidah Islam mempastikan
pegangan akidah Islam yang benar bagi umat Islam. Apa yang dibicarakan di dalam
akidah antaranya tentang `Pandangan Wujud` yang benar di dalam kewujudan.
Pandangan yang paling utama ialah
tentang ketuhanan, iaitu Allah Subhanahu wa Ta`ala. `Pandangan wujud` ini ialah
berdasarkan sumber yang utama ia-iti dari kandungan Al-Qur`an, Hadith Nabi dan
penilaian akal fikiran. Semua kandungan di dalam akidah ini disusun menurut
marataibnya. `Pembicaraan utama akidah melibatkan kandungan dua kalimah
shahadah dan semua rukun Islam, tetapi juga melibatkan pandangan-pandangan
wujud yang lain, misalnya tentang sahabat, tabi`in, pensejarahan mereka,
juga melibatkan `Pandangan Wujud` tentang manusia dan alam, bahkan aliran
`Pandangan Wujud` mereka. Antara ciri dan menjadi identiti perbahasan akidah
ialah perbahasan secara bersifat rasional.
Topik-Topik
Paling Utama
1) Allah
Allah ialah topik paling utama di dalam
pembicaraan akidah Islam.Ianya adalah komponan utama di dalam shahadah. Sudah tentulah maklumat yang paling utama
tentang ketuhanan ialah dari dalam Al-Qur`an sendiri. Ayat-ayat berkenaaan
ketuhanan ini begitu banyak. Daripada ayat-ayat
dan maklumat berkenaan dibina sebagai
`Pandangan Wujud`. Selain dari
bukti-bukti naqliah turut sama dilengkapkan
dengan perbahasan-perbahasan yang
bersifat akliah. Dari
perbahasan-perbahasan membawa kepada kepelbagaian pendapat yang melahirkan
pendapat-pendapat dan mazhab-mazhab. Kelainan pendapat tidak dapat dielak
sehingga ada perbatasan dan piawayan yang digolong kepada pendapat yang dapat
diterima seperti Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah` dan yang lain daripadanya yang
antaranya tidak dapat diterima.
Perbahasan mengenai ketuhanan adalah induk
bagi ilmu akidah. Akidah Tauhid adalah pegangan utama mengenai ketuhanan.
Rukun-rukun Iman yang lain dan juga pandangan wujud selain daripadanya adalah
menyelaras diri bersesuaian dengan pegangan akidah ketuhanan tersebut.
2. Kerasulan
Adalah topik kedua penting lantaran ianya
adalah komponen kedua di dalam shahadah dan sebagai rukun iman. Kerasulan utama
dimaksudkan ialah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi juga melibatkan
kesemua rasul-rasul yang wajib diketahui (25 orang) dan jumlah secara ijmali
313 atau 314 orang dan juga kepercayaan tentang nabi-nabi. Persoalan utama yang dibicarakan tentang rasul-rasul
ialah tentang perutusan membawa Islam dan jihad dan perjuangan yang
ditempuhi mereka. Kerasulan sebenarnya adalah pencetus tamadun dan peradaban manusia pada zaman bahari
dan silam. Dengan maklumat-maklumat kerasulan dan penemuan-penemuan sejarah dan kajian terus
dibuat sebenarnya dapat direkonstruksi kembali tentang sejarah manusia,
kerasulan dan zaman keberadaan mereka. Berikut dari kerasulan adalah pembicaraan rukun iman yang lain, iaitu
malaikat, kitab, kiamat dan qadha` dan
qadar.
3. Alam
Alam melibatkan segala yang wujud dan diketahui sebagai ilmu. Ianya boleh bersifat
konsepsi seperti `Alam Ketuhanan, juga disebut `Alam Jabarut`, dan `Alam
Lahut` yang tidak bererti Tuhan
bertempat. Juga alam makhluk yang kena
jadi dan bersifat baharu.
Alam adalah aspek yang penting di dalam ilmu
akidah, walaupun persoalan alam bukan sebagai sebahagian dari rukun iman secara
formal dan tercatat. Alam adalah sebagai latar bagi semua persoalan. Misalnya
bila membicarakan tentang sifat-sifat Allah yang bersifat Qidam – Sedia, maka
sebagai bandingan maka makhluk seperti bumi adalah tidak sedia, yakni baharu,
maka maksud baharu diterangkan dari segi berlakunya perubahan dan kerosakan.
Begitu juga bila membicarakan tentang sifat Allah `Baqa` = Kekal` maka makhluk
dan sekalian kejadian dicakerawala wujud ini tidak kekal. Demikian juga dengan
contoh-contoh sifat yang lain.
Lebih daripada alam yang bersifat akidah
dikaitkan dengan zaman rasul-rasaul tertentu, tentang tempat dakwah bagi
perkembangan agama atau peristiwa tentang musuh atau contoh tauladan yang
berlaku di sesuatu tempat. Bahkan dakwah Rasulullah dan perkembangan agama
Islam dari Makkah dan Madinah dan
kemudian meluas ke seluruh dunia juga melibatkan latar alam. Alam yang bersifat
tempat juga melibatkan alam-alam yang akan datang seperti alam akhirat, syurga
dan neraka dan sebagainya.
4. Manusia
Paling penting di dalam pembicaraan ilmu
akidah. Manusia adalah makhluk pilihan kejadian Tuhan. Manusia dberi status
khalifah dibumi. Kebangkitan rasul-rasul dari manusia dan diutuskan kepada
manusia. Manusialah yang dididik agar menjadi makhluk berguna dan
bertanggungjawab di dunia ini, tetapi manusia juga bercanggah sifat dan menjadi
penentang dan penghalang bagi kebaikan. Rasul-rasul dibangkitkan bagi
memperbaiki mereka dan dalam masa yang sama juga mereka menjadi penentang dan musuh
bagi kebaikan. Manusialah terus berkembang dan tersebar luas di seluruh muka
bumi. Kepada mereka ditujukan dakwah, tetapi dalam sejarah tidak pernah berlaku
sekata. Pertarungan antara seruan yang baik dari rasul menerima tetangan dari
yang jahat. Dari kalangan mereka berlaku perpecahan dan berbagai pembawaan dan
aliran. Dalam akidah Islam sendiri berlaku perpecahan pendapat dan aliran.
Dakwah ke arah kebaikan dan menyekat dari kejahatan, tetapi manusia dengan
kedinamikannya terus bertentang dan adalah
menjadi cabaran bagi yang berusaha mendakwah ke arah akidah tauhid keislaman.
5. Masa
Adalah nisbi kepada pergerakan cakerawala yang mewujudkan siang dan malam dan terus berlaku
perubahan, sebagaimana manusia terikat dengan tempat dan ruang, maka dia juga
tidak keluar dari ikatan masa dan zaman. Dengan masa dkira usia dunia dan
segala kejadian. Dari masa ke masa kerasulan diperutuskan dan dalam masa juga
bertukar dan berganti datang perutusan kerasulan dan dalam masa juga wujud
kelompok, bangsa dan umat yang dikaitkan dengan tempat-tempat mereka berada.
Dalam masa juga masyarakat dan umat menerima dakwah dan kerasulan dan di dalam
pertukaran masa Al-Qur`an menceritakan umat-umat terdahulu dan dakwah kerasulan
yang dapat dijadikan tauladan bagi umat kini. Dalam masa juga kita bergerak ke
hadapan dengan keyakinan dan harapan masa depan.
Terdapat elemen-elemen yang lain yang dapat
ditambah. Semuanya membuktikan bahawa pembinaan akidah adalah merupakan
penelitian terhadap kewujudan dan alam keliling yang dengan bukti, dalil dan
burhan persoalan kewujudan dibicarakan dan tegak sebagai ilmu akidah
yang dikenali dengan akidah
tauhid.
Sekian.
No comments:
Post a Comment