KRITIK SETAHUN PH MEMERINTAH DAN JAWAPAN
(Fikrah Bangi: 232),
BBB: 16 Ramadhan 1440H. = 21 Mei 2019M.
(Selasa):
Satu yang dapat dipuji, bahawa pada masa
pemerintahan PH kebebasan mengeluarkan pendapat tidak disekat. Sebenarnya
dengan cara ini pihak pemerintah dapat mengetahui apa yang tidak disenangi dan
dapat diperbaiki, jika difikirlkan wajar.
Dari awal kritikan ditujukan kepada
kerajaan PH yang datangnya dari toloh-tokoh yang dihormati. Tun Daim Zainuddin
mengkritik sempena 100 hari PH dengan mengatakan para menteri kabinet sering
bergaduh (tiada penyelarasan). Puncanya kerana kurang pengalaman. Beliau
berharap ada penyelarasan antara menteri kabinet di dalam mengeluarkan
kenyataan (UM: 1.2.2019: 8). Dalam masa yang sama beliau menegur para menteri
yang tidak perform. Melihat kepada ekonomi Malaysia yang masih belum pulih Tun
Daim memberi tempoh enam bulan kepada PH untuk membawa perubahan Rakyat mau melihat manifesto PH ditunaikan.
(Sinar, 15.4.2019: 1 & 5).
Berhubung dengan ekonomi Timbalan Menteri
Kewangan Amiruddin Hamzah mengakui, bahawa SST gagal kurangkan harga barang.
SST hanya mampu pungut RM23 bilion berbanding dengan GST RM 44 bilion. (UM,
20.2.2019: 3). Kerajaan banyak bergantung pada Petronas yang mendapat
keuntungan sebanyak RM55.3 bilion peningkatan 22% daripada tahun lalu dalam
mana Petronas membayar dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan (BH, 9.3.2019:
1).
Walau bagaimana bagi memperbaiki prestasi
ekonomi kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang terdiri
dari 16 ahli majlis yang diketuai Tun Mahathir Perdana Menteri. Antara
ahli-ahlinya yang lain ialah Azmin Ali Menteri Ekonomi, Lim Guan Eng Menteri
Kewangan, Tan Sri Rafidah Aziz Bekas Menteri Perdagangan, Jomo Kwame Sundram
Ahli akademik dan yang lain-lain. Diharap Majlis ini akan benar-benar dapat
mencadangkan pendekatan-pendekatan ekonomi negera terbaik.
Berhubung dengan prestasi ahli kabinet yang
tidak perform, Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas mencadangkan supaya dirombak
kabinet dan diganti dengan tokoh-tokoh professional, walaupun bukan dari
kalangan politik pemerintah (UM, 23.3.2019).
Walau bagaimana cadangan reshuffeled
kabinet ini telah dijawab beberapa kali oleh Perdana Menteri, bahawa ianya
tidak akan dirombak dan diharap mereka bertambah pengalaman. Biarpun antara
menteri misalnya Menteri Perpaduan yang dilihat sebagai tidak berfungsi dan menteri-menteri yang dipersoal dari segi
kelayakan dan kelulusan (UM, 1.2.2019: 8).
Berhubung dengan graduan yang menganggur
yang berjumlah 174,000 orang tetapi peluang pekerjaan hanya ada 99.000 (The
Star, 28 Mac, 2019: 1) dan hutang PTPTN berjumlah RM40 bilion. Perkara ini
dipersalahkan kepada kerajaan terdahlu ((BH, 17.5.2019: 1).
Sesungguhnya banyak lagi dapat ditimbulkan
dengan janji-janji PH dan prestasinya di dalam setahun, tetapi menjelang
genapnya setahun pemerintahan PH, Tun Dr Mahathir menjawab melalui ucapannya di
media letronik pada 9.5.2019. Antara jawapannya sebagai kejayaan PH ialah:
Berjaya menyiasat skandal IMDB,
menguatkuasa undang-undang, memperkukuhkan SPRM, Memulihkan Felda dengan
menyuntik peruntukan sebanyak RM6.23 bilion, memulihkan Tabung Haji dengan
peruntukan sebanyak RM17.8 bilion, meneruskan projek ECRL dengan kos yang lebih
rendah, iaitu sebanyak RM44 bilion
(jimat RM 22 bilion).
Menilai dari segi janji-janji yang dibuat
PH telah melaksanakan hanya di dalam setahun adalah sebanyak 39.1 %. Dalam pada itu Kerajaan PH banyak
memberi peluang kepada anak muda dan lebih memberi jawatan kepada kaum wanita
berbanding dengan kerajaan yang lepas. Kerajaan PH menjangka dapat membina satu juta rumah dalam dua penggal jika diberi
kesempatan. Dan kerajaan PH akan mengusahakan pembahagian ekonomi lebih adil
kepada semua rakyat.
Kerajaan PH berkeyakinan dengan pencapaiaan
setahun , walaupun dikritik berbagai pihak, PH berkeyakinan dapat memperbaiki
prestasi dalam tempoh empat tahun yang masih berbaki untuk diisi dengan
berbagai projek dan perancangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment