MENGENANGI DATUK SERI ABU HASAN DIN
(Fikrah Bangi: 212),
BBB, 26 Sha`ban 1440H. = 02 Mei 2019M.).
Semalam Datuk Seri Abu Hasan Din seorang
ulama tanahair terkenal meninggal dunia setelah jatuh di rumahnya di Gombak dan
dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia. Datuk Abu Hasan
adalah pernah menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam kepada beberapa Yang Di Pertuan
Agong. Selepas bersara bergerak bebas sebagai pendakwah. Pada malam sebelum beliau
meninggal beliau memberi kuliah di
Seremban. Datuk Abu Hasan ialah saudara bagi Datuk Dr. Haron Din yang juga seorang `ulama dan Pengasas Dar
al-Shifa` yang meninggal pada 16.9.2016. Dato` Abu Hasan adalah merupakan anak
lelaki Haji Din- tiga lelaki dari 10 orang adik beradik, Haji Ishak Din meninggal
lebih kurang dua bulan selepas meninggalnya Datuk Dr. Haron Din, manakala tujuh
adik beradik perempuan masih hidup.
Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi pernah
menjemputnya menyampaikan kuliah di Masjid berkenaan. Beliau datang pada pada
Rabu 27 Mac 2019 bersamaan 20 Rejab
1440H. yang baru lepas.Beliau diminta bercakap tentang `Masalah Gangguan
Anak-Anak Pada Masa Solat. Pada dasarnya beliau tidak setuju anak-anak kecil
yang belum mumayyiz dibawa ke masjid, khususnya pada waktu maghrib, kerana
anak-anak sedemikian mengganggu jama`ah bersolat. Berlainan jika anak-anak
berkenaan telah dilatih dan datang berjamaah secara tertib di dalam saf
belakang bersama mereka. Tetapi jika datang buat bising dan berlari ke sana ke
mari dan mengganggu imam dan jamaah, maka lebih baik tidak datang.
Selain dari bercakap tentang gangguan
anak-anak beliau mau Majlis Ilmu yang diadakan yang disifatkan oleh Rasulullah
s.a.w. sebagai taman dari taman-taman di dalam syurga itu hendaklah dilakukan
secara beradab dan tertib. Beliau tidak setuju guru yang mengajar
menjadikan majlis ilmu tempat kelakar, apa lagi diselit dengan nyanyian dan
sebagainya. Kalaupun ada elemen luicu, hendaklah bersifat terhad.
Pada malam Datuk Seri Abu Hasan Din datang
ke Masjid Al-Umm sebagai kali pertama dan terakhir itu, masjid yang abangnya
(Dr. Haron Din) banyak jasa terhadap Masjid Al-Umm beliau membicarakan tentang
konsep `Shafa`at.
Menurut beliau shafa`at ada dua. Iaitu Shafa`at
Kubra, iaitu shafa`t dari Rasulullah s .a.w., khususnya pada padang mahshar
kelak. Manakala Shafa`t Sughra, ialahj selain dari Rasulullah s.a.w. seperti
dari malaikat sebagaimana tersebut di dalam beberapa ayat Al-Qur`an.
Begitu juga shafa`at dengan membaca
Al-Qur`an sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w yang menyusuh agar membaca Al-Qur`an
kerana pada hari kiamat ia adalah datang sebagai shafaat kepada pembacanya.
Begitu juga dengan membaca ayat Kursi yang banyak memberi kelebihan.
Datuk Seri Abu Hasan juga bercakap tentang
`Syahid`. Menurutnya ada beberapa kategori shahid.Shahid Dunia-Akhirat seperti
Shahid Sayyiduna Hamzah di dalam peperangan Uhud. Shahid akhirat seperti mereka
yang mati terbakar, lemas dan ta`un. Syahid Dunia iaitu mereka yang masuk
peperangan dengan tujuan untuk mendapat rampasan perang.
Datuk Abu Hasan Din mengingatkan supaya
teus kekal menunaikan solat, kerana perbezaan antara yang Islam dengan yang
bukan Islam ialah solat. Perbezaan amal menentukan kategori balasan syurga yang
mempunyai 7 martabat syurga, iaitu Firdaus, Ma`wa, Na`im, `Adn, Dar al-Salam, Dar
al-Muqamah dan al-Maqam al-Amin.
Semoga Roh Al-Marhum Datuk Abu Hasan Di ditempatkan
di dalam syurga yang tinggi maqamnya. Amin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment