MATAN AL-SANUSI POPULAR MUDAH DIPELAJARI
(Fikrah Bangi: 217),
BBB, 02 Ramadhan 1440H. =07 Mei 2019M.
(Selasa).
Berbanding dengan Matan Al-Tahawi dan
Jauharat dengan Matan Al-Sanusi, Matan Al-Sanusi yang dikenali dengan Matan Umm
al-Barahin, maka matan Ummu al-Barahin adalah popular dan lebih mudah
dipelajari berbanding dengan dua matan di atas. . Matan Al-Tahawi sungguhpun
dalam bentuk prosa, tetapi ungkapan adalah mendalam dan tidak mudah difahami.
Manakala Jauharat yang bakal dibicarakan adalah bentuk puisi dan lebih sukar
memahami ibarat-ibaratnya,
Matan Umm al-Barahin adalah dalam bentuk
prosa yang dihuraikan dengan bahasa yang mudah. Matan ini dihasilkan oleh
seorang ulama` Usuluddin terkenal, iaitu Muhammad Yusuf ibn `Umar ibn Shu`aib
al-Sanusi al-Hasani dari Tlamsani (m. 895H./1490M.) Beliau mendapat pelajaran
di tanah kelahirannya.
Matan Umm al-Barahin bertolak di dalam
pembicaraan bermula dengan hukum akal, iaitu wajib, mustahil dan harus.
Mengetahui hukum akal adalah penting kerana daripada sinilah dibicarakan dengan
sifat-sifat Allah Ta`ala yang wajib, mustahil dan harus. Perbahasan-perbahasan
persoalan banyak bergantung kepada kefahaman akal. Pembicaraan utama ialah
tentang sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang dirasionalkan dengan dalil-alil
akal dan naqal bagi setiap sifat yang dibicarakan. Demikian dibicarakan tentang
sifat-sifat yang mustahil kepada Allah dengan hujah dan dalil-dalil naqal dan
akal.Hujah dan dalil juga ditegakkan bagi prmbicaraan sifat yang harus.
Pembahagian penting terhadap sifat 20,
bahawa sifat 20 ini dipecahkan kepada empat kategori, iaitu:
Sifat Nafsiah, salbiah, ma`ani dan
ma`naiyah.. Pembicaraan terhadap kelompok sifat-sifat ini dibicarakan secara
panjang lebar
Juga dibarakan tentang sifat-sifat yang
wajib bagi Rasul, iaitu empat sifat dan mustahil lawannya juga empat sifat dan
harus satu.
Jadi di bawah dua kalimah shahaah perlu
difahami:
Sifat yang wajib bagi Allah 20
Sifat yang mustahil Allah 20
Harus bagi Allah 1
Wajib bagi Rasul 4
Mustahil kepada Rasul 4
Harus bagi Rasul ialah 1`
Jumlah semua 50
sifat.
Matan Al-Sanusi yang juga dikenali dengan Umm
al-Barahin adalah popular dipelajari di dalam bahasa Melayu (Jawi). Beberapa
huraian dibuat oleh beberapa ulama` seperti oleh Muhammad Zain bin Al-Faqih
Jalaluddin dengan judul kitab Bidayat al-Hidaytah (1757M.), juga dihurai oleh
Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sambawi dengan judul Siraj al-Huda
(1885-1886M. Huraian juga dibuat oleh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani dengan
judul `Aqidat al-Najin (1890M.).
Kitab-kitab di atas begitu popular dan
mudah dipelajari oleh masyarakat Melayu-Islam di pengajian-pengajian tradisi,
masjid dan surau. Pengajian yang berkisar pada sifat 20 itu adalah pegangan
popular di kalangan umat Islam hingga kini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment