KELAS
PERSEDIAAN, TIADA PEPERIKSAAN
(Fikrah
Bangi: 607),
BBB: 18 Zulkaedah 1441H. = 10 Julai 2020M.
(Juma`at).
Pada
peringkat menengah, pelajar menghabiskan masa selama 5 tahun sebagaimana padap eringkat
sekolah rendah. Pada peringkat menengah
bagi tiga tahun permulaan, pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Kita
bersetuju peperiksaan SRP kini tidak
perlu diadakan secara formal. Pemilihan ke asrama boleh dilakukan secara lain
dan tidak semestinya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata.
Cuma
lebih wajar tempoh 5 tahun ini dipecahkan juga kepada dua, iaitu:
1)
Tahun (Tingkatan) Satu dan Dua dinamakan Tahap Persediaan.
2)
Tahun tiga, empat dan lima Kelas SPM.
Kita
tidak setuju pemisahan aliran dilakukan dalam tempoh lima tahun ini. Sebaliknya
semua memilih secara terbuka pelajaran Kemanusiaan dan Peradaban beserta dengan
Sains dan Teknologi. Pemisahan aliran adalah pada peringkat diploma – selepas SPM.
Pada
peringkat Persediaan diajar mata pelajaran Kemanusiaan dan Peradaban seperti
agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, geografi, ekonomi, perdagangan, seni
lukisan dan lain-lain.
Manakala
bagi bidang Sains ialah seperti matematik,
statistik, biologi, fizik, Kimia, , sains sukan, dan alam sekitar.
Pelajar
diminta memilih bagi setiap tahun 10
mata pelajaran dan boleh menukar kepada yang lain dari dua aliran agar mereka
terdedah kepada dua aliran sebagai persediaan bagi tahun tiga
hingga lima bagi menghadapi peperiksaan SPM.
Boleh
ditentukan mata pelajaran wajb bagi kedua-dua tahun. Misalnya Bahasa Malaysia, Inggeris,
matematik
Bagi
kedua-dua tahun pelajar dikehendaki mengikuti tidak kurang dari dua puluh mata
pelajaran (Antaranya berulang dari tahun satu, tetapi tahapnya lebih tinggi.
Pelajar mungkin memilih jumlah kurang pada tahun satu berbanding dengan tahun dua, tetapi jumlah
bagi kedua tahun adalah 20 mata pelajaran. Pelajar dibenarkan mengambil lebih
mata pelajaran kepada tahap maksimum misalnya 22 mata pelajaran.
Untuk
masuk ke tahun tiga adalah dinasihatkan meneruskan menurut pencapaian mereka di
dalam mata pelajaran,tetapi hingga keTingkatan Lima belum dikhususkan dari segi
aliran.
Bagi
pemilihan pelajar untuk ke Asrama Penuh, nulai tahun tiga sebagaimana disebut
tidak didasarkan kepada keputusan mata pelajaran sahaja, tetapi pihak sekolah
diminta sediakan latar belakang pelajar misalnya mereka yang miskin diberi
keutamaan, begitu juga dari segi berasal dari
bandar atau luar bandar yang kurang mendapat kemudahan pelajaran. Juga
dilihat dari ko-kurijulum pelajar,
misalnya kejayaan dari segi sukan, pakaian beruniform dan sifat
kepimpinan pelajar dan sebagainya.
Satu
aspek yang penting, ialah merangka kurikulum yang baharu, tetapi ini dapat
dilakukan oleh pihak Kementerian dengan menjemput pakar-pakar merangka
kurikulum yang dikehendaki.
Dari
segi persediaan buku dan bahan bacaan, sebahagian dapat digunakan dari
buku-buku yang pernah digunakan sekiranya masih releven, tetapi buku-nuku
baharu perlu disediakan bagi peringkat persediaan berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment