KEPENTINGAN SPM DAN PENINGKATAN
(Fikreah
Bangi: 608).
BBB: 19 Zulkaedah 1441H. – 11 Julai 2020M. (Sabtu).
Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sijil yang penting bagi seseorang waga negara
Malaysia. SPM adalah tahap sederhana (pertemgahan) dari pencapaian pelajaran warga negara.
Dilihat dari tempoh pengajlan yang dihabiskan
adalah lima tahun kedua selepas pengajian lima tahun pada peringkat
rendah. Ertinya bagi mendapat kelulusan
SPM memerlukan rempoh biasa selama sepuluh tahun. Manakala bagi peingkat
pengajian tinggi pada peringkat Doktor
falsafah perlu tempoh normal sepuluh tahun lagi. SPM berada pada bahagian
tengah dari segi tempo pengajian.
Banyak
kepentingan kelulusan SPM. Antaranya:
1)
Kelulusan SPM yang baik diperlukan
bagi menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi.
2)
Kelulusan SPM kini menjadi syarat
kelulusan akademik bagi kebanyakan
pekerjaan.
3)
Dengan kelulusan SPM yang baik dapat
diterima secara terus (tanpa STPM) bagi memasuki pengajian di universiti.
Selama
ini pengajian bagi peringkat SPM hanya mengambil masa dua tahun selepas SRP
bagi mendapat SPM. Oleh kerana
peperiksaan bagi peringkat SRP ditiadakan, maka adalah wajar pengajian pada
peringkat SPM dijadikan tiga tahun. Manakala tempoh tiga tahun selepas
pengajian peringkat menengah rendah wajar dijadikan dua tahun yang dikenali
dengan peringkat Persediaan. Dalam tempoh persediaan, pelajar diberi peluamg
melihat kecenderungan memilih mata pelajaran pada peringkat SPM. Tempoh dua
tahun ini dapat dinilai potensi pelajar ke asrama penuh, tanpa peperiksaan
formal.
Dengan
pengajian pada peringkat SPM lebih panjang masa, kebih mantap dari segi
pengajian yang dihadapi.
Oleh
kerana tahap SPM ditambah masa wajar
diberi peningkatan dari segi pengajian,
iaitu dengan meningkatkan keilmuan sesuai dengan penambahan masa, lebih daripada
itu dengan penambahan keilmuan yang releven dari segi
keperluan semasa meningkatkan kualiti SPM..
Keperluan
semasa, antaranya:
A) Sesuai
dengan kelulusan dan bidang yang mau di sambung pengajian.
B)
Releven dan sesuai dengan bidang pekerjaan
yang dipohon yang memerlukan keilmuan terkini dan kelulusan dicpai.
C)
3. Dalam tempoh tiga tahunbanyak
bidangpengaj9an yangdiambah yang meningkat muu dan kelayakan.
D) Dengan
kelulusan yang standard banyak piawayan
dapat digunakan. Misalnya piawayan dari
segi berbahasa. Kemahiran IT dan sebagainya.
E)
Kita mau standard SPM menjadi lebih tinggi sebagaimana
kita mau peringkat selepasv SPM seperti
univeresiti menjadi lebih tinggi.
Dalam hal ini SPM yang baru yang ditambah dengan masa
memerlukan kemasukan mata pelajaran yang
baru yang sesuai dengan keperluan semasa.
Keperluan semasa ini dimaksudkan dengan peningkatan
keilmuan semasa, termasuk misalnya dari segi IT, digital teknologi, komunikasi
dan sebagainya.
Generasi terkini amat terbuka dengan perubahan kaedah
pengajian juga seharusnya sama berubah menurut keperluan semasa dan tidak ketinggalan
zaman.
Peningkatan pengajian pada peringkat SPM memberi kesan dari segi keilmuan
masyarakat dan terbuka dengan perubahan seterusnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment