SIGNIFICANT
SEKOLAH RENDAH
(Fikrah
Bangi: 604),
BBB: 14 Zulkaedah 1441H. 06 Julai 2020M. (Isnin).
Sekolah
rendah dapat dikatakan sekolah yang dilalui oleh semua anak-anak dan sekolah
rendah adalah sekolah yang menjadi nostalgik bagi setiap orang. Ianya menjadi
kenangan sepanjang hayat.
Hingga
1960 lulusan sekolah rendah adalah taraf biasa bagi kebanyakan orang dan
merupakan taraf minima bagi mendapat pekerjaan. Seorang yang lulus sekolah
rendah yang baik (pada masa itu ada darjah enam), layak diterima menjadi
seorang guru. Juga layak bagi berbagai pekerjaan yang lain. Peringkat ini sudah
boleh berurusan. Ini tujuan British mengadakan sekolah rendah. Fungsi ini
nampaknya berterusan hingga tahun 1960.
Kini
piawayan biasa di dalam pelajaran bagi mendapat pekerjaam, bahkan bagi
menyambung pengajian hendaklah lulus SPM. Walau bagaimana kelulusan sekolah
rendah mempunyai significant tersendiri. Peperiksaan sekolah rendah perlu diadakan dan diteruskan. Bukan bagi
mendapat kelayakan bagi mendapat peketaan. Sebaliknya ia menandakan satu tahap
yang perlu dilalui oleh anak-anak sekolah. Tahap selepasnya anak-anak
menyambung pengajian ke peringkat menengah.
Nilai
sijil pada peringkat rendah bukan sangat pada mata pelajaran yang dicapai
seperti di dala matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan sebagainya.
Tidak juga pada peringkat yang dicapai sama ada A, B, C dan sebagainya pada
setiap pelajaran, tetapi berharganya
sebagai statement persekolahan.
Lantaran
itu di dalam sijil sekolah rendah, janganlah dicatat hasil keputusan peperiksaan
yang dilalui seorang anak sekolah sahaja, Sebagai dokumen bersejarah dan
nostalgik, maka di dalam Sijil Sekolah hendaklah mengandungi:
1)
Peribadi
Tercatat
di dalamnya nama anak, ibu dan bapa,
tarikh kelqhiran anak, tempat lahir, jantina, anak keberapa. Bilangan murid dalam
siri krmasukan di sekolah berkenaan. Jika tiada data, sekurang-kurangnya bagi
tahun berkenaan.
2)
Latar Keluarga
Berasal, alamat menetap, pekerjaan
bapa dan ibu. Keterlibatan ibu
bapa dengan sekolah, misalnya ahli PIBG dan sebagainya.
3)
Pencapaian Akademik
Dicatat
semua kelulusan dan pencapaian oleh anak.
4)
Kegiatan
Masa
bersekolah misalnya bersukan, berkreasi, keterlibatan di dalam pakaian seragam
dan sebagainya.
5)
Pencapaian
Misalnya
Ketua Kelas, Ketua Umum, Johan Tilawah peringkat sekolah. Johan lumba lari peringkat
daerah dan sebagainya.
6)
Cita-Cita
Pada
masa bersekolah berkenaan, misalnya menjadi Doktor Perubatan, Saintis, Pemain
Bola Sepak Terkenal, Pensyarah dan sebagainya.
7)
Perwatakan
Dinilai
oleh Guru, misalnya berpotensi menjadi pemimpin dan sebagainya.
8)
Akhlak
Juga
dinilai oleh Guru, misalnya – Jujur dan
baik.
9)
Sosialisasi
Juga
oleh Guru, misalnya disenangi oleh guru dan murid-murid.
10)
Nasihat
Oleh
Guru dan Guru Besar.
Apa
yang dicatat mungkin sebahagian tidak berlaku, tetapi komen-komen yang baik
memberi inspirasai dan aspirasi bagi masa depan murid. Mungkin antaranya
menepati cita-cita dan harapan dari guru.
Sekian.
No comments:
Post a Comment