KOLEJ
– KEMANUSIAAN DAN PERADABAN
(Fikrah
Bangi: .615),
BBB: 27 Zulkaedah 1441H. = 19 Julai 2020M. (Ahad).
Sebagaimana
bidang sains dan teknologi, demikianlah banyak bidangnya di bawah kemanusiaan
dan peradaban yang dapat fijadikan bidang
pengajian. Antaranya:
1)
Kolej
Bahasa
Menyebut
bahasa termasuklah sastera. Di dalam
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pengajian bahasa dan
sastera diberi perhatian. Dari sini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
akan belajar di maktab-maktab perguruan,
khususnya di dalam bidang bahasa. Bagi yang berkelayakan menyambung pengajian
seperti di UKM, UM, Universiti Sultan
Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.
Kolej-kolej
bahasa juga mengajar bahasa-bahasa yang lain, terutama bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
yang lain yang pelajar menyambung pengajian ke negera-negara berkenaan.. Selama
ini kita mempunyai sepertyi Institut Bahasa di Lembah Pantai, tetapi sepi,
apakah yang dilakukan di institut itu dari segi memajukan bahasa.
2)
Kolej Islam
Kita
mempunyai banyak sekolah agama. Ianya menjadi saluran bagi pelajar-pelajar
berkenaan menyambung pengajian dan dapat berkhidmat sebagai guru. Bagi yang terpilih dapat menyambung
pengajian ke universiti yang banyak berjenama Islam di negara kita.
3)
Kolej Undang-Undang
Bagi
yang mempelajari kenegaraan, Perlembagaan dan sejarah, mereka dapat menyambung
pengajian ke Kolej Undang-Undang dan dapat bekerja di dalam bidang yang
berhubungan dan bagi pelajar yang baik dapat menyambung pengajaian di Fakulti
Undang-Undang yang terdapat di beberapa universiti di negara ini seperti di UM,
UKM, UIAM, UiTM dan lain-lain.
4)
Kolej
Seni Budaya
Kolej
ini memberi peluang kepada mereka yang berbakat di dalam bidang seni seperti
seni lakun, seni suara, seni kraft, dan
sebagainya menyambung pengajian dan mengekal dan memperkembangkan warisan
bangsa dan dapat berdikari dari segi pekerjaan.
Negara
kita kaya dengan warisan budaya dan adat
yang dapat dikaji dan dihidupkan sebagai elemen budaya bagi negara ini. Ianya menjadi tarikan bagi pelancongan.
Bagi
yang berkelayakan menyambung pengajian, maka antara pengajian tinggi di dalam
bidang di atas ialah Universiti Aswara di samping UM, UKM dan sebagainya.
5)
Kewartawanan
Salah
satu bidang yang berhubung dengan kemahiran berbahasa dan membuat laporan ialah
bidang kewartawanan. Ia adalah salah satu bidang komunikasi yang kini semakin
canggih. Kewartawanan kini bukan saja berhubung dengan penerbitan akhbar yang
kini agak merosot dari segi penerbitan, kerana pengaruh IT dan berbagai
penyiaran yang lain seperti tv dan
komunikasi internet, digital dan
sebagainya.
Kewartawabab
dan berbagai bidang komunikasi daoat di pelajari pada peringkat pengajian tinggi bagi mereka yang layak Pengajian yang
menawarkan pengajian ini seperti UiTM, OM. UKM
dan beberapa pengajian tinggi
yang lain.
Banyak
lagi bidang di bawah Kemanusiaan dan Peradaban yang dapat ditawarkan menurut
keperluan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment