JANGAN JADI KERAJAAN SEPARUH PENGGAL
(Fikrah Bangi: 497)
BBB:
09 Rejab 1441H. = 04 Mac 2020M.
(Rabu).
Kerajaan PH tumbang belum sempat separuh
penggal usia. Kini Pakatan Nasional mengambilalih pemerintahan dan masa berbaki
lebih dari separuh penggal sebelum pilihanraya ke 15. Kita harap usia Pakatan
Nasional tidak setakat melengkapkan
separuh penggal berbaki atau kurang dari itu, misalnya jatuh melalui
sidang parlimen pertama, tetapi harap kekal kepada penggal-penggal seterusnya.
Ada baiknya mengambil ibrah daripada apa
yang berlaku pada kerajaan PH yang tumbang itu. Ianya diakibatkan oleh beberapa
perkara yang patut diambil perhatian oleh pimpinan Pakatan Nasional sekarang.
Selepas
enam bulan PH memerintah, Tun Daim Zainuddin Penasihat bagi pemimpin PH
membuat teguran, bahawa kelemahan ketara pada pemerintahan PH ialah kabinet
yang tidak berpengalaman dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Sepatutnya kelemahan tidak dibiarkan berterusan, tindakan reshuffle kabinet
sepatutnya dilakukan selepas enam bulan,
setelah dipastikan kelemahan dan ditukarkan, tetapi tidak dilakukan. .
Pengajaran bagi Pakatan Nasional, pemilihan barisan kabinet hendaklah dilakukan
sebaik mungkin mulai dari peringkat awal. Mereka hendaklah orang-orang yang
berkelayakan. Sebaiknya jangan ada pertukaran sekepas itu.
Selepas setahun PH memerintah dan presrasi
PH menurun, berlaku kekalahan di dalam beberapa pilihanraya kecil secara
seturut. Tun Daim Zainuddin menasiatkan Kerajaan PH agar menunaikan janji pilihanraya agar rakyat kembali
mempercayai Keajaan PH. Sememangnya ada tindakan yang dilakukan sejak awal
seperti menggantikan GST kepada SST, tetapi kesan tidak jelas, harga
barang berterusan naik, rakyat makin
tersempit, pengangguran makin meningkat, Antara meeka tidak mampu untuk
memiliki rumah Mampu Milik. Kekalahan PH berterusan dan terakhi di Kimanis Sabah
(18.1.2020). Pengajaran kepada Pakatan Nasional supaya tidak membuat janji bagi
sesuatu yang tidak dapat ditunaikan, tetapi lakukan pembangunan menurut
kemampuan secara jujur.
Setelah satu setengah tahun memerintah, Tun
Daim Zainuddin mengkritik kalangan Menteri PH yang di antara mereka dikatakan
angkuh dan sumbung, sedangkan sebelum menjadi menteri tidak bersikap
sedemikian. Memang ada kalangan menteri yang menyifatkan profesor universiti sebagai `profesor
kangkung`. Ini melukai tenaga di universiti.
Ada menteri secara angkuh menyanggah apabila dikatakan, bahawa Kerjaan
PH sebagai kerajaan separuh penggal. Kenyataannya terjadi.
Pengajaran yang dapat diambil supaya para menteri tidak bersikap kasar dan tidak beradab terhadap
rakyat, jika tidak mereka mendapat
tentangan dari rakyat. Sesungguhnya tidak berpengalaman menjadikan
mereka bersikap sedemikian.
Sebaiknya wakil-wakil rakyat perlu menjalani kursus
budaya,nilai dan adab agar tidak bersikap kasar terhadap rakyat, khususnya
mereka yang diwakili. Satu contoh yang baik dalam kegiatan parti
anggota-anggotanya dikehendaki menghadiri kursus-kursus tarbiah, misalmya
sebagaimana dilakukan olehPAS terhadap ahli-ahlinya yang sering kelihatan beradab, Bandingkan dengan
ahli-ahli di dalam PKR yang sentiasa berbalah yang kita berpendapat mereka
tidak mempunyai konsep tarbiah terhadap ahli. Melalui tarbiah dapat
menghendarkan ahli-ahli dari terlibat dengan rasuah.
Beringat-ingat dari awal insya Allah dapat
mengelak dari terjebak di dalam berbagai-bagai kesalahan. Usahakan bagi
mendapat kepercayaan rakyat, bukan menjadikan mereka marah terhadap pimpinan dan
pemerintahan.
Semoga Pakatan Nasional tidak menjadi
Kerajaan separuh penggal, sebaliknya kekal memerintah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment