MEMBINA UNGGUL MALAYSIA
(Fikrah Bangi 504),
BBB:
16 Rejab 1441H. = 11 Mac 2020M.
(Rabu).
Kabinet Malaysia telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Di
Pertuan Agong semalam (Selasa: 10.3.2020) dan padahari ini menteri-menteri dan
Timbalan-Timbalan mulai masuk pejabat bagi memulakan kerja. Apakah yang akan
dilakukan pada peringkat permulaan kerja ? Mereka tentulah disambut oleh
Ketua Setiausaha Kementerian dan
kakitangan dan jika mereka datang pada sebelah pagi akan merakam masa kehadiran,jika
tidak disambut hormat tentu sekali. Kemudian
Menteri dan Timbalan Menteri jika
datang bersama, sepatutnya, mereka akan diberi takmimat oleh ketua-ketua
jabatan dan kemudian mungkin dipersilakan menandatangan buku bagi menandakan permulaan kerja.
Adakah selepas itu Menteri atau Timbalan
Menteri menyambung kerja-kerja lama sebagai penerusan bagi tugas-tugas yang ditinggalkan
oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang lama. Namun sewajarnya Mentei dan
Timbalan Menteri seharusnya tidak terus menyambung saja kerja lama tanpa memulakan perancangan baru. Tiap Menteri dan
Timbalam, tentulah sebelum masuk pejabat telah membaca berhubung dengan perkara
yang ada hubungan atau telah mendapat taklimat secara keseluruhan dari Perdana
Menteri berhubung dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam kata lain
tidakterus kerja tanpa ada mukadimah kerja yang mau dilakukan.
Sebaiknya pada perigkat negara mempunyai
visi dan misi jelas disampaikan kepada semua kementerian dan misi dan visi ini
diperturunkan kepada Kementerian dan Jabatan yang melaksanakan tugas.
Kita melihat dari peringkat awal ini
kerajaan baru seharusnya meletakkan visi dan misi
sebagai landasan kerja dan berterusan bagi mencapainya.
Visi dan misi yang wajar ialah membina:
`Unggul Malaysia`
Unggul Malaysia ialah peringkat tertinggi
dari segi ideal kesempurnaan yang mau dicapai. Ia adalah Teori Takmilah Negara
yang mau dicapai. Dalam pembicaraan seterusnya istilah Takmilah ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Melaysia, ialah `Unggul`. Kata unggul ini
diterapkan kepada negara. Ianya dapat diperturunkan kepada semua peingkat
seperti Unggul Kepimpinan, Unggul Pendidikan, Unggul Ekonomi, Unggul Kesihatan
dan sebagainya.
Konsep Unggul Malaysia akan diolah menurut
bidang-bidang yang releven, bahkan dapat diolah melalui kementerian-kementerian
yang dari keseluruhan dapat dikelompokkan kepada sepuluh bidang secara rumusan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment