MEMPERTINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA
(Fikrah Bangi: 501),
BBB:
13 Rejab 1441H. = 08 Mac 2020M.
(Ahad).
Tiada siapa menafikan kepentingan pendidika.
Pendidikan yang bermaksud mendapat bimbingan dan keilmuan adalah satu daripada
keperluan manusia dari segi minda dan
jiwa di samping keperluan fizikal seperti makan minum dan keperluan lindungan –
rumah. Pendidikan diperlukan sejak dari kandungan ibu, bayi, anak-anak kepada
remaja, hingga dewasa,bahkan sepanjang hayat.
Pendidikan di negara kita pada dasarnya baik,
bahkan terdapat berbagai-bagai pendidikan di negara kita.. Pendidikan terdapat
pada peringkat pra-sekolah seperti tadika,, sekolah rendah, menengah, menengah
atas, vokesyional, teknikal, STPM dan
kolej seterusnya universiti.
Perkembangan pengajian tinggi di negara kita
begitu pesat berlaku, jika pada tahun 1970an terdapat hanya beberapa buah
pengajian tinggi di negara kita, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia),
tetapi kini terdapat berpuluh-puluh buah universiti di negara ini.
Universiti yang utama dikenali dengan universiti Awam, selain dari
empat universiti awam yang telah disebutkan di atas terdapat lagi
universiti-universiti awam yang lain seperti Universiti Teknologi Malaysia,
Universiti Utara Malaysia, Universiti Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, UITM
dan cawangan-cawangan, Universiti Sains Islam Malaysia dan
universiti-universiti pada peringkat negeri, dibawah Kerajaan Malaysia.
Hingga kini
kelahiran dan perkembangan univeriti-universiti swasta begi pesat, iaitu
Universiti Islam antarabangsa Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti
Petronas, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Multo Media, Lim Kok Weng University, Cawangan Nottingham University Infra-Struktur
Universiti, Cawangan Manipal Universitu,
Nilai,Management Universty, Sunway
Universiti, Taylor Universiti, Cawangan Universiti Madinah, Unisel Selangor, Universiti Sultan Azlan Shah,
Perak,, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu,Universiti Tengku Abdul
Rahman,Kolej Uninersit Islam Selangor
dan beberapa universiti dan cawangan universiti yang lain.
Bidang pendidikan amat besar dan banyak. Kita
bertanya, selain dari peringkat pengajian persekolahan yang dilihat teratur
dari segi pentadbiran dan diyakini mutu dan ketulinan, kita bertanya dengan
begitu banyak universiti, apakah wujud pengawalan dan pentadbiran secara teratur, bagaimanakah dengan mutu pengajian
khususnya pada peringkat pengajian swasta. Pengajian-pengajian, khususnya pada
peringkat swasta adakah pengawalan dijalankan dengan baik ?
Dengan bidang pendidikan yang begitu besar dan
luas, bahkan begitu banyak, maka sesuai dengan permulaan Perdana Menteri
Malaysia Kelapan dilantik, maka sebagai permulaan bidang pendidikan hendaklah
diberi perhatian yang utama dan perlu disusun dari peringkat awal secara teratur dan lengkap.
‘Sebagai bidang yang begitu luas dan banyak, kita
bersetuju dengan pendapat yang mau pentadbiran pendidikan dipecah kepada
dua,iaitu diwujudkan Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian pada peringkat persekolahan
Kementerian pendidikan perlu kepada Perluasan Dasar Pendidikan. Kalau pada
peringkat persekolahan sudah ada Dasar Pelajaran Razak, maka perlu ada Dasar
Pengajian Tinggi Negara. Kedua-dua dasar ini ialah bagi mengawal dan mengurus pendidikan secara teratur dan
meningkatkan mutu pendidikan kepada taraf Global dan antarabangsa.
Sekian
No comments:
Post a Comment