TAHNIAH – CABARAN !
(Fikrah Bangi: 494),
BBB:
06 Rejab 1441H. = 01 Mac 2020M. (Ahad).
Setelah menyaksikan mainan politik
berubah-berubah demi kuasa. Tun Mahadir yang masuk keluar politik, bermusuh
politik dengan Anwar dan berlumba mencari sokongan. Tiba-tiba Tun Mahathir yang
sokong Muhyiddin, tiba-tiba semalam kembali bertanding mengambil tempat Anwar
dan mendakwqa mendapat sokongan majoriti, tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
mendapat 114 sokongan ahli Parlimen dipilih oleh Yang Di Pertuan Agong menjada
Perdana Menteri Malaysia kelapan. Tahniah !
Pengumuman diharap dapat mematikan sengkita
politik antara Tun Mahathir dengan Anwar sejak lebih tiga dekad dan banyak
mengganggu kehidupan rakyat diharap akan berakhir.
Bagi Tan Sri Muhyiddin, perlantikan adalah
amanah dan tanggungjawab. Lebih dari itu adalah cabaran. Di hadapan banyak
musuh mau menjatuhkan. Langkah yang
perlu diambil ialah mengharmonikan keadaan. Parti dan sokongan parti yang
didapati perlu diperkukuhkan. Pada lawan perlu didekati untuk mendapat
sokongan, kerana mereka berasal dari satu kem, sebelum berlaku perpecahan.
Usahakan agar ahli parlimen memberi sokongan, dturuti oleh kerajaan-kerajaan
negeri. Perhatian khusus perlu diberi kepada Sabah dan Sarawak dengan mencari
pendekatan terbaik yang dapat menarik minat dan sokongan dari kedua-dua negeri
berkenaan.
Di dalam membentuk kabinet pemerintahan,
perlu teliti dan mereka yang layak dan berkemampuan sahaja memegang portfolio
yang diamanahkan. Kita berpendapat bagi meningkatkan mutu kabinet, maka
perlantikan tidak seharusnya dari ahli-ahli parti yang memerintah, sebaliknya
satu pertiga daripada mereka dilantik dari kalangan yang berwibawa, misalnya
dipilih dari kalanagn, akademik, professional dan mempunyai kemampuan tinggi.
Ketelitianhendaklah dilakukan di dalam
melantik kementerian-kementerian penting yang sebahagian boleh dijemput dari
luar. Selain dari Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya dari parti yang
memberi kerjasama erat dilantik, maka Menteri Kewangan hendaklah dilantik dari
yang benar-nenar berkelayakan, juga adalah Menteri Ekonomi , Kedua kementerian
perlu meningkatkan ekonomi negara yang
meosot
Kementerian yang amat penting bagi
meningkat kualiti rakyat dan membina generasi akan datang ialah kementerian
pendidikan, Bagi mendapat pendekatan
terbaik sesuai dengan hasrat pendidikan bermutu, maka gemblingan tenaga pakar
hendaklah dilakukan dengan menjemput mereka berbincang dan merumuskan
pendekatan terbaik untuk digunakan sebagai panduan bagi bidang pendidikan
Pembinaan imej dan identiti pemerintah
banyak dimainkan peranannya oleh bidang
komunikasi dan penyiaran. Mereka yang layak dan berkelulusan hendaklah dipilih
bagi mengendalikan kementerian Komunikasi. Adalah difikir dan perlu bagi
pemerintah mempunyai motto yang mengerakkan
secara bersepadu dan terarah, iaitu membina `Masyarakat `Sejahtera-Maju`. Segala kegiatan hendaklah
berfokus kepada Masyarakat
`Sejahtera-Maju.
Bidang-bidang yang lain, tidak kurang
penting hendaklah diberi tumpuan yang sama, misalnya dari segi pertahanan,
pertanian, kesihatan, pelancongan dan sebagainya.
Sesuai dengan masyarakat Malaysia yang
terdiri dari berbagai kaum, maka di dalam kabinet dan kementerian haruslah
turut sama dilantik mereka yang berkelayakan dari berbaga-bagai kaum. Termasuk secara
jemputan.
Usaha hendaklah dilakukan bahawa kerajaan
yang memerintah mendapat sokongan dari berbagai kaum
Adalah diharap di bawah pemerintahan kerajaan
baru Malaysia mencapai kualiti
masyarakat `Sejahtera-Maju`.`.
Sekian.
No comments:
Post a Comment