PERKUKUH KEDUDUKAN: BERI SOKONGAN
(Fikrah Bangi: 495),
BBB:
07 Rejab 1441H. = 02 Mac 2020M. (Isnin).
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
menjadi Perdana Menteri Ke Lapan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Yang Di
Pertuan Agong pada Ahad 01 Mac 2020 menamatkan era didominasi Tun
Mahathir sejak dari 1980an berakhir, walaupun dakwa Tun Mahathir dia masih
mendapat sokongan, tapi sikapnya yang tidak tetap perdirian menyebabkan beliau
makin hilang sokongan. Kita amat berpuashati dengan tindakan Yang Di Pertuan
Agong yang bertindak menginterview seorang demi seorang Ahli Parlimen selama
dua hari berturuturut. Keyakinan dengfan pilihan Yang Di Pertuan Agong menjadi
lebih kukuh apabila Ketua Menteri Sarawak Abang Johari mengucapkan, bahawa sikap Tun Mahathir yang
berubah-rubah menjadikan Abang Johari bagi pihak GPS memberi sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin.
Peranan mereka yang cintakan damai dan negara
kembali berfungsi dari segi pentadbiran, ialah
semua pihak memberi sokongan terhadap Tan Seri Muhyiddin menjalankan
tugas. Kita yakin, walaupun beliau disifatkan berada di atas `Kerusi Panas`,
keadaan kembali tenang, kiranya kebijaksanaan dapat diserlahkan.
Selain dari tahniah mencurah-curah dari
pemimpin-pemimpin dari luar dan dalam, penyelarasan berlaku bagi penyesuaian
kedudukan. Kita melihat Kerajaan Negeri Johor mengambil pendirian awal dengan
perubahan pimpinan dan pentadbiran negeri itu dari pimpinan PH kepada pimpinan
BN di bawah Menteri Besar yang baru dilantik, iaitu Datuk Hasni Mohammad.
Beliau memulai tugas Ahad semalam.
Sementara itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mempunyai dokongan dari
pimpinan negeri-negeri di bawah Umno-BN, iaitu Pahang, dan Perlis. Beliau juga
mendapat sokongan dari negeri-negeri di bawah pimpinan Pas yang bersama
membentuk Muwafakat Nasional, iaitu
Kelantan dan Terengganu. Kwdua-dua negeri di bawah pimpinan Pas ini mantap dan
tiada gugatan.
Sementara itu berlaku usaha ke arah penyelarasan kedudukan di
beberapa kerajaan negeri yang majoriti pemerintahan tidak mantap. Pergerakan ke
arah pemantapan ini sedang berlaku seperti di Kedah, Perak dan Melaka. Adalah
dijangka menunggu masa perubahan akan berlaku di negeri-negeri yang PH tidak
mempunyai kedudukan yang teguh. Negeri-negeri di Semenanjung seperti Selangor dan Negeri Sembilan dijangka
dapat bertahan dengan kedudukannya di bawah PH. Sementara Sarawak, walaupun
memberi sokongan terhadap Perlantikan Tan Sri Muhyiddin, tetapi negeri itu
kukuh dengan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS). Pendirian yang diambil oleh
Sarawak ini dijangka memberi pertambahan kekuatan bagi GPS yang akan mengadakan
pilihanraya peringkat negeri tidak lama lagi.
Teka teki timbul berhubung dengan kedudukan
Sabah. Negeri ini yang disifatkan
sebagai kubu kuat BN, pada pilihanraya ke 14 Mei 2018 adalah dimenangi oleh BN
dan Musa Aman telah mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri Sabah, tetapi oleh
kerana kerajaan pada peringkat Negara
dimenangi oleh PH, maka berlaku lompatan ADUN-ADUN sehingga Shafie Afdal yang
meminpin Wawasan di Sabah mendapat majoriti memilih menyokong Kerajan Pusat di
bawah PH. Jiwa pemimpin pada peringkat negeri Sabah sebenarnya adalah berjiwa
UMNO dan BN. Kita menjangkan, wakil-wakil Rakyat Sabah yang terkenal suka
berubah itu, tidak kekal dan akan berubah
kepada penyesuaian pemerintahan dengan Kerajaan Pusat.
Sebagaimana disebutkan era baru mulai
tercipta di bawah Perdana Menteri Yang Baru Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada
umumnya rakyat merasa sukacita dan berpuashati dengan era baru ini. Bagi mengukuhkan kedudukan, semua pihak
diharap dapat sama memainkan peranan mengukuhkan pemerintahan yang baru ini.
Mulakan tugas dengan penuh azam bagi
menjamin Sejahtera Rakyat dan Maju
Negara Malaysia..
Sekian.
No comments:
Post a Comment