BERBAGAI
PROGRAM DALAM CUTI PAJANG SEKOLAH
(Fikrah Bangi: 423),
BBB: 18 R.Akhir 1441H. 15 Disember 2019M.
(Ahad).
Dalam masa cuti panjang sekolah ini
berbagai pihak datang ke Masjid Al-Umm untuk mendapat kerjasama dengan masjid
yang sudah tentu mengurangkan kos dan
memberi faedah kepada semua pihak. Tidak semua permohonan atau tawaran diterima
oleh masjid, melainkan perkara yang difikirkan memberi faedah kepada ramai
pihak.
Pada minggu ini ke penghujungnya pada hari
ini masjid memberi kerjasama kepada:
Pertama Lembaga Zakat Selangor – Cawangan Hulu
Langat bagi melaksanakan Program Agihan Bantuan Pendidikan Bagi Sesi
Persekolahan Tahun 2020 – Operasi Agihan Daerah Hulu Langat yang dilakukan
beberapa tempat yang tarikhnya berlainan, tetapi untuk bertempat di Masjid Al-Umm ialah bertarikh 12
Disember 2019 – Masa antara jam 9.00 hingga 12.30 tengahari.
Dalam ucapan alu-aluan Nazir Masjid Al-Umm
sedia bekerjasama bagi segala program
yang memberi manfaat kepada masyarakat, termasuk pengagihan zakat persekolahan.
Menurut Ustaz Salahuddin Azmi bahagian Operasi
Pengagihan Zakat bagi persediaan
Peresekolahan, bahawa bagi persediaan tahun 2020 ini melibatkan 30,000 ketua
keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta ringgit. Bagi
penyampaian di Masjid Al-Umm pada hari ini melibatkan2,022 ketua keluarga
dengan peruntukan RM1,681,650.00. Kehadiran keluarga dan anak-anak dan keluarga memenuhi masjid. Nazir
menyampaikan pengaihan token dan diteruskan oleh pegawai hingga tengahari.
Sesungguhnya bantuan dapat meringankan ibu bapa bagi persediaan sesi
persekolahan bagi 2020.
Kedua ialah kerjasama dengan pihak ABIM
Bandar Baru Bangi yang menawarkan khidmat berkhitan kepada anak-anak sekitar
Bandar Baru Bangi dengan bayaran minimum sebanyak RM50.00 sahaja ianya berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm.
Seramai 50 anak-anak menyertai khidmat khitan dengan kerjasama doktor-doktor
perubatan sekitar Bangi
Majlis pelancaran dilakukan oleh ADUN Sungai
Ramal YB Tuan Haji Mazwan Johar. Selepas itu perarakan dilakukan mengelilingi
kawasan Masjid Al-Umm kemudian mereka dipancut air dari khidmat yang dilakukan
oleh pihak Jabatan Bomba, Bandar Baru Bangi. Majlis berkhitan berterusan hingga
12.00 tengahari.
Majlis ketiga pada hari ini (Ahad 15
Disember) pihak Kelab Raudhah al-Huffaz yang mendapat tajaan dari MAIS
bekerjasam dengan Masjid Al-Umm bagi menjalankan perogram Lestari Adab Pacu
Peradaban. Program ini berlangsung di Dewan Solat Masjid Al-Umm dari jam 8.00
pagi hingga 1.00 tengahari – Solat zohor.
Antara program yang disusun ialah:
Forum Lestari Adab ibu bapa dan Remaja
Diikuti aktiviti Ramaja dan Kanak-Kanak.
Diikuti jam 10.30 pag - Keunikan dan
Taklimat mengenai Ilmu Falak dari bahagian Ilmu Falak, Jabatan Mufti, Negeri Selangor.
Terakhir ceramah dari tajaan Pusat Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Negeri Selangor.
Majlis penutup dan makan tengahari.
Pihak masjid dijemput ke Majlis Penutup
pada tengahari sebelm solat zohor.
Sekian.
No comments:
Post a Comment