YANG HILANG DAN BERTERUSAN
(Fikrah Bangi: 432),
BBB: 29 R.Akhir 1441H. = 26 Disember 2019M.
(Khamis).
Semarak politik di kampus yang disertai
orang luar di samping warga kampus
hilang mendadak oleh kerana Akta Universiti –Kolej mulai dikenakan pada
tahun 1974 berikutan dari perlantikan Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran di bawah Perdana Menteri Datuk Hussein Onn. Kegiatan mahasiswa lebih
kepada kegiatan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan lidah rasminya Mahasiswa
Negara, manakala di UKM dengan kegiatan Persatyuan Mahasiswa UKM dengan lidah rasminya ialah Gema Siswa. Pada
masa ini USM dan UPM telah ditubuhkan – termasuk ITM. Mereka kadangkala bergiat
bersama di dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan bersama. Para pensyarah
yang sebelum itu lantang dengan ideologi yang dianut masing-masing menyepi dan
tertumpu pada kegiatan akademik menurut bidang masing-masing. Terdapat NGO dari
kalangan pelajar seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang
menjadi wadah bagi pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian dariuniversiti,
mereka bergiat di dalam NGO ini, termasuk Anwar Ibrahim yang menjadi aktivis
pelajar di Universiti Malaya, tetapi kemudian beliau dan pengikut-pengikutnya
menubuhkan Angkatan Belia Islam (ABIM). Ngo ini jelas mengambil Islam sebagai
wadah perjuangannya.
Walau bagaimana di tengah masyarakat
Malaysia berlaku kerancakan kegiatan politik tanahair. Sejak 1980an lahirnya
berbagai parti politik yang merancakkan kegiatan politik tanahair. Dap sebagai maklum ditubhkan selepas
penubuhan Malaysia yang diketuai oleh Lim Kit Siang, bermula dari Melaka,
tetapi Dap pada permulaan kurang mendapat sambutan, kerana ada yang mengaitkan
penubuhan sebagai tajaan dari Pap, kerana Lim Kit Siang bergiat di dalam Pap di
Singapra.. Parti ini kemudian mendapat sambutan di kalangan masyarakat Cina.
Di Selangor seoarang anak jati Kajang, Tan
Chee Khoon, menubuhkan parti Keadila
Sosial dan mendapat sokongan pengundi di Kuala Lumpur dan agak lama bertahan.
Tan Chee Khoon lantang menyuarakan pembelaan rakyat di Parlimen. Tetapi parti
ini tidak berkembang ke luar dari Kuala Lumpur. Mca sebagai sebuah parti yang
mendapat sokongan kaum Cina tidak sunyi dari menghadapi kemelut politik,
sehingga Lim Choog Yu yang pernah memimpin Mca keluar dari Mca dan menubuhkan
parti Gerakan dan mendapat sokongan masyarakat terutama di Pulau Pinang. Parti
ini lama memerintah Pulau Pinang dan mendapat dokongan berbagai kaum termasuk
Melayu di bawah ketua ideologisnya Syed
Hussein al-Attas.
Parti-parti yang dianggap kiri, turut
berkembang sekitar 1980an, iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang
mempunyai lidah rasmi akhbar PSRM, tokoh politiknya antaranya ialah Ahmad
Boestamam yang pernah menjadi ahli Parlimam. Beliau keluar masuk penjara, kerana
komitmen tinggi terhadap perjuangannya. Antara tokoh ideologisnya ialah Kassim
Ahmad dan pengikut-pengikutnya. Sebuah parti lagi ialah Parti Rakyat Malaysia,
parti ini dikaitkan dengan tokoh akademik Syed Husin Ali. Beliau juga sering
keluar masuk penjara di Kemunting,
Perak, tetapi beliau lebih komitmen dengan dunia akademik di Universiti
Malaya..
Parti yang dianggap kanan dan tua ialah Pas
yang ditubuhkan pada 1951, sebagaimana maklum Pas sendiri menyertai Kerajaan
MAGERAN yang ditubuhkan pada zaman Datuk Abdul Razak (1970-74). Parti ini
dipecat dari kerajaanm yang memerintah pada zaman Perdana Menteri Tun Hussein
Onn. Pimpinan parti ini berpecah apabila pimpinan Muda telah menggulingkan Asri
Muda dari kepimpinan parti.
Umno
sendiri tidak sunyi dari pergolakan, umpamanya berlaku perebutan jawatan
Presiden Umno antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah danm dimenangi oleh Dr. Mahathir yang membawa
Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46.
Pendek kata dalam dekad 1980an berlaku kerancakan
politik negara yang kelihatan amalan demokrasi terlaksana.
Dinamika politik ini berada pada puncaknya
apabila Dr Mahathir mengambil kepimpinan negara pada tahun 1983.
Sekian.
No comments:
Post a Comment