MISI ANWAR IBRAHIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN
(Fikrah Bangi: 435),
BBB:
03 Jamadil Awqwal 1441H. = 30
Disember 2019M. (Isnin).
Telah dibicarakan bahawa antara tokoh
terkemuka pada tahun 1980an ialah Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang yang
berkarisma dan mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi. Bakatnya dapat dilihat
sejak beliau sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Beliau tidak bergerak secara
berseorangan, tetapi memimpin persatuan
secara berorganisasi. Pada akhit 1960an beliau memimpin Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya.. Pada masanya semarak Universiti Malaya dengan kegiatan
mahasiswa. Setelah tamat pengajian pada awal 1970 beliau bergerak di dalam NGO
Islam yang dikenali sebagai Persaatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Beliau
mewujudkan perkaderan bagi PKPIM dan bergerak menubuhkan cawangan ke serata
negerei.
Berikut dari itu beliau memimpin NGO yang
ditubuhkan sendiri dengan kawan-kawan
seperjuangannya. Wadah NGO yang ditubuhkan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM). NGO ini mengambil Keislaman sebagai wadah perjuangan sebagaimana nama NGO ini
dikaitkan dengan Islam. Pendekatan awal yang diambil oleh ABIM ialah bidang pendidikan yang berorientasikan Islam.
Institusi pendidikan yang dibangunkan oleh ABIM ialah Institusoi pendidikan di
Kampiung Baru, Kuala Lumpur dan cawangan terbesarnya di bangunan di Jalan
Pantai Baru , Kuala Lumpur.
Apabila Bangi berkembang dan menjadi Pusat
Ilmu, maka ABIM mewujudkan projek pendidikannya di Sungai Ramakl Dalam, iaitu
mendirikan pengajian pada peringkatkolej universiti yang diberi nama Baitul
Hikmah, iaitu mulai dari tahun 2000, ketikaitu aku menjadi ADUN Kajang dan
sering ke Kolej berkenaan melibatkan diri dengan program yang dianjurkan.
Kenaikan Anwar selepas melepaskan
kepimpinan ABIM kepada kawan-kawannya kerana masuk politik Umno, bintang
kepimpinannya cerah. Beliau meningkat secara pantas pada masa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, dari memegang portfolio
sebagai Menteri Belia dan Sukan, kepada Menteri Pelajaran dan seterusnya sebagai
Timbalan Perdana Menteri.
Kmitmennya terhadap pendidikan diterus dan
dipertingkatkan. Beliau telah menjenamakan Kementerian Pelajaran kepada
Kementerian Pendidikan selari dengan dasar pengajaran ialah mendidik pelajar-pelajar sesuai dengan
tuntutan Islam. Anwar telah meneruskan misi pendidikan sejak dari zaman ABIM
kepada masa beliau menjadi Menteri Pendidikan. Peranan beliau semasa menjadi
Menteri Pendidikan ialah menubuhkan
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Kuala Lumpur. Antara tokoh yang sama
,menegakkan hasrat pendidikan Islam ialah Ghazali Nawawi, Kamal Hasan, Syed
Uthman al-Habshi, Syed Arabi dan ram,ai
lagi. Hasil dari cetusan idea asalnya ini dan puncak pendidikan yang
dihasratkan ini, UIAM yang ditaja oleh berbagai negara Islam ini menjadi sebuah universiti Islam terkenal di dunia.
UIAM adalah gandingan antara keilmuan Islam
asas yang menjadi teras pendidikan dengan pendidikan moden, terutama bidang sains
seperti perubatan, engenering, akonomi dan berbagai bidang keilmuan turath dan
moden. UIAM menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa perantaraan. Pelajarnya
bukan sahaja dari tempatan, tetapi dari seluruh dunia. Demikian dengan tenaga
pengajarnya juga datang dari seluruh dunia.
UIAM adalah puncak dari pendidikan yang
dihasratkan ABIM dan Anwar dari Kampung Baru,
Kuala Lumpur kepada Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur kepada penubuhan kolej
universiti yang dikenali dengan Baitul Hikmah.
UIAM adalah kecemerlangan pendidikan yang
menjadi aspirasi ABIM yang asalnya bersifat tempatan dan berkembang kepada
taraf antarabangsa, ummah dan global.
Sekian.
No comments:
Post a Comment