LAPISAN PANDANGAN WUJUD: PROSES SELEKSI
(Fikrah Bangi: 412).
BBB: 06 R.Akhir 1441H. = 03 November 2019M.
(Selasa).
Pada hakikatnya diri dan minda kita adalah berada dan
berdepan dengan lapisan pandangan wujud yang telah terbina dan menjadi
tanggapan dan tindakan seharian. Ada perkara terlampau biasa dan tidak perlu
kepada buat ketelitian keputusan. Seperti kita membuat tindakan kerja-kerja
rutin di pejabat. Memang setiap hari kita lalui banyak kita lakukan perulangan
yang hasilnya adalah kebiasaan.
Namun dalam kebiasaan, kita sering berdepan
dengan tuntutan yang memerlukan kepada ketelitian. Seperti permintaan agar kita
menyediakan sebuah kertaskerja yang diminta oleh pihak institusi tertentu sebagai
panduan bagi kajian pelajar-pelajar berkenaan. Menerima adalah merupakan
tuntutan yang berat. Bercakap bidang akademik, selepas lama meninggalkan bidang
ini, menuntut diri mengambil kembali lapisan pandangan wujud, khususnya
berhubung dengan perkara yang hendak diperkatakan.
Ianya melibatkan pendekatan-pendekatan yang
pernah dilakukan. Pendekatan-pendekatan baharu yang merupakan tambahan yang mnemperkayakan apa yang
dihasilkan pada masa lepas. Juga adalah tambahan baru hasil dari keterlibatan
dan pengalaman yang dilalui.
Pendekatan dan pengalaman baru, pada
hakikatnya bukan dari diri, tetapi adalah pembelajaran yang didapati dari
interaksi bersama orang atau kumpulan yang lain. Misalnya melalui mesyuarat dan
turun ke lapangan meneliti apa yang diputuskan dan sejauhmana ianya diaplikasi
kepada penghasilan.
Di dalam pendekatan Takmilah yang
diharapkan adalah maksimum dari segi kejayaan. Kesempuirnaan ini misalnya ialah
dengan mengikuti plan panduan, bahkan perubahan yang dilakukan. Sebelum dari
itu telah berlaku pemilihan yang sebelumnya dipertikaikan sebelum keputusan
diambil. Plan perubahan dan pemilihan menjadi rujukan dan penilaian apakah yang
dihasratkan mencapai tujuan
Seleksi dan pemilihan yang dibuat, tidak
semestinya dapat diluluskan dalam mesyuarat,. Sebaliknya perubahan yang major
terpaksa diangkat kepada pihak berwajib, misalnya dari segi plam pembangunan
seharus diangkat kepada pihak Majlis Perbandaran dan memakan masa untuk
diluluskan. Perubahan yang dibuat berdasarkan pengalaman dan pilihan dari
berbagai pengalaman.Sebagai contoh betapa rumitnya untuk mendapat plan arkitek
yang seharusnya diluiluskan sebelum pembinaan dapat dilakukan. Plan yang dibuat
sejak 2012 dan beberapa kali dipamirkan dan mengalami berbagai perubahan hasil
dari pilihan pengalaman yang dilalui dan dicadang oleh ahli jawatankuasa, maka
ianya tidak mudah diluluskan. Pertemuan demi pertemuan – perbincangan, naik
turun pejabat dilakukan, terutama oleh arkitek dan jawatankuasa. Harapan yang
diletakkan bahawa pembinaan fizikal bangunan Masjid Al-Umm hendaklah dilakukan
tidak lewat dari akhir tahun 2013. Pada akhirnya plan yang diiusahakan dapat
kelulusan pada 4.12.2013 yang memunbgkinkan `Masuk Tapak` dan pembinaan fizikal
dimulakan.
Cabaran kerja jama`ah jauh lebih rumit dari
kerja sendirian. Menghasilak sebuah cerpen atau puisi, dapat dihasilkan oleh cerpenis
atau penyair berdasarkan pengalaman dan kemahiran menggubah hasil sastera
berkenaan. Namuin menghasilkan sebuah karya secara berjamaah adalah begitu
banyak cabaran. Menghasilkan sebuah plan arkiteks bukan saja bergantung pada
pengalaman arkitek berkenaan, tetapi juga dari pengalaman, pandangan wujud
tentang binaan dan elemen estetika yang seharusnya disertakan yang kemudian
diterjenahkan kepada bentuk fizikal yang seharusnya memuaskan semua pihak.
Berbagai pandangan wujud dan pengalaman
adalah aset penting bagi menghasikan sebuah karya dan binaan, tetapi proses
seleksi pengalaman tidak kurang pentingnya yang menuntut ketelitian bagi menghasilkan
monumen kejayaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment