MESYUARAT AGUNG PERKUKUHKAN PARTI ?
(Fikrah Bangi: 418),
BBB: 12 R.Akhir 1441H. = 09 Disember 2019M.
(isinin).
Hinggar berakhirnya minggu peertama Disember 2019 (7 Disember
2019), tiga buah parti utama telah mengakhirkan mesyuarat agung merekqa. Dua
dari parti berkenaan ialah dari PH, iaitu Keadilan Nasional dan Amanah.
Manakala satu lagi ialah dari parti pembangkang, iaitu Umno. Sudah tentulah
selaian dari menurut aturan parti, ia adalah bertujuan untuk mengukuh parti
berkenaan di dalam politik negara, lebih daripada itu bagi mendapat keyakinan
dan sokongan rakyat ? Betulkah apa yang diharapkan itu berlaku ?
PKR yang kali ini memngadakan mesyuarat
agungnya di Melaka, tidak berjaya meninggalkan persengkitaan anatara kepimpinan
di belakang, bahkan sejak pengakhiran 2018, persengkitaan berlaku pada masa itu
persengkitaan – persaingan antara Azmin dan Rafizi. Walaupun pemilihan berakhir
persengkitaan tak dapat dipadamkan. Persengkitaan dilihat berlaku antara Anwar
Ibrahim selaku Presiden PKR dan Azmin Ali selakau Timbalan Presiden.
Hampir-hampir berlaku dua kem yang mau
mengadakan sidang berlainan, tetapi dapat diredakan dan berlaku persidangan,
tetapi sebelum daripada itu berlaku perbalahan dan pertentangan fizikal.
Persidanbgan yang sepatutnya disertai
ucapan oleh Azmin sebelum ditutup Presiden, tetapi Azmin dan
pengikut-pengikutnya kembali lebih awal ke Kuala Lumpur, kerana tidak puas hati
terhadap serangan yang dikatakan dilakukan oleh Presidem. Mesyuarat tidak
melibatkan pemilihan, tetapi rakyat dapat melihat, jika parti seperti ini terus
bersengkita, apakah diharapkan ianya
dapat menarik keyakinan dan sokongan rakyat ? Hilangnya disiplin dan etika di dalam
parti itu, kerana lemah benteng dalaman dan nilai akhlak yang diabaikan.
Berlainan dengan Amanah yang mengadakan
Mesyuarat Agung dan pemilihan di Kuala Lumpur. Parti yang didakwa memperjuangkan
Islam, masih utuh dengan nilai-nilai Islam, sebab itu dalam pemilihan, meskipun
dikatakan Presiden mendapat sokongan yang rendah, tetapi mereka secara kompromi
mengekalkan barisan tertinggi parti yang diketuai Mat Sabu dan Timbalannya
Salahuddin Ayob. Rival parti ini adalah Pas. Kedua-dua ini berusaha menarik
sokongan orang Islam. Namun dari satu pihak Amanah dilihat sebagai aset PH
menarik sokongan Melayu Islam. Pas dilihat jauh lebih kuat di dalam mendapat
sokongan Melayu Islam. Sudah tentulah kedua-dua parti berusaha menambahkan
sokongan dari Melayu-Islam.
Persidangan Agung Umno, memperlihatkan
parti lebih berkeyakinan dari segi psikologi untuk memenangi pilihanyaa ke 15
akan datang. Ini hasil kerjasama dengan Pas membawa kemenangan Umno dan Mca
pada PRK Cameron Hingland , Semenyih, Rantau dan Tanung Piai dalam tempoh
setengah tahun terakhir. Pihak Pemuda Umno yang diketuai Ashraf Wajdi, mau Muafakat
Nasional yang didukong Umno dan BN dan Pas segera dimeteraikan. Keyakinan parti
ini, ialah dapat dilihat dari penegasan Zahid Hamidi Presiden Umno, bahawa Umbo
tidak akan menerima pemerintahan secara `Pintu Belakang`. Usaha golongan kiri
mau menghidupkan neo-komunisme dan ada
piak yang merendahkan lagu Negaraku dengan menyanyikannya di dalam bahasa
Mandarin yang sekaligus merendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
sebenarnya dapat dilihat usaha menyatukan bangsa Malaysia bukan makin kuat,
tetapi maklin tergugat. Ini semua dilihat
parti yang dilihat liberal, bahkan sekular, apalagi bersifat anti
nasional boleh menjauhkan sokongan rakyat terhadap pemerintah kini.
Kita lihat perlumbaan mendapat pengaruh dan
sokongan rakyat makin tidak berimbang. Dua pihak sedang berusaha mendapat
sokonganb rakyat. Trend yang berlaku sekarang yang memberi kelebihan kepada
pihak pembangkag akan berterusan, kecuali PH menemui formula yang dapat
menyekat dan meyakinkan rakyat terhadap mereka.
Persidangan nampaknya ada memberi manfaat
dan keyakinan, tetapi ada yang makin menyerlahkan perbalahan yang tidak
berkesudahan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment