SEMARAK ILMU-BUDAYA
(Fikrah Bangi: 430),
BBB: 26 R. Akhir 1441H. = 23 Disember
2019M.Isnin).
Berikut dari kemelut 1969, negara yang
mengalami kejutan menjadi aman. Banyak mereka menerima pengajaran. Dapat
dikatakan, bahawa selepas 1970 adalah
merupakan era baru bagi Malaysia dengan menerima pimpinan baru Datuk Abdul
Razak Hussein dengan negara di bawah pemerintahan MAGERAN. Semua parti politi
bersatu di bawah pemerintahan yang dapat
diistilahkan sebagai Kerajaan Campuran. Dalam suasana sedemikian mengurangkan
pertikaian politik. Banyak perubahan positif yang dapat diperkatakan, tetapi
buat permulaan yang mau dibicarakan dulu ialah mengenai `Semarak Ilmu Budaya`.
Sebagaimana telah disebutkan, bahawa pada
18.5.1970 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai dirasmi dan dibuka. Aku
merasa bertuah kerana diterima menjadi antara mahasiswa sulung belajar di UKM.
Banyak pengalaman dan keistimewaan sebagai mahasiswa sulung yang mana kampus
sementaranya ialah di Maltab Perguruan di Jalan Pantai, berdekatan dengan
Universiti Malaya (UM). Kami mahasiswa UKM diterima menjadi ahli Perpustakaan
di UM. Lantaran itu suasana pembelajaran adalah menjadi sebahagian dari
pembelajaran di UM. Pada peringkat permulaan kami dialu-alukan oleh Profesor Ungku
Aziz, Naib Canselor UM, semasa mendaftar keahlian Perpustakaan UM. Kami
berinteraksi dengan Pak Ungku dan beliau menerangkan tentang buku-buku di
Perpustakaan UM. Aku amat kagum permulaan berinteraksi dengan Pak Ungku tentang
karisma dan watak profesornya. Mulai daripada itu selain dari kampus UKM maka
kampus UM adalah menjadi sebahagian dari kampus dan kehidupan kami. Kami ke UM
sama ada berkenderaan atau berjalan kaki sahaja untuk ke perpustakaan atau pada
petang-petang jogging sambil m,emikmati kedamaian tasik UM. Sebenarnya selain
dari dapat kemudahan perpustakaan dan kampus UM, sebahagian besar dari
pensyarah di UKM, terutama Fakulti Sastera (kemdian dikenali dengan Sain
Kemasyarakatan dan Kebudayaan (FSKK) dan sebahagian tenaga di Fakulti-Fakulti
yang lain adalah dari UM. Jadi keilmuan yang kami terima adalah mirip keilmuan
UM. Pada peringkat permulaan UKM mengikut pengajian berdasarkan penggal (tiga
penggal setahun) sebelum UKM menukar kepada sistem semester.
Apa yang aku mahu tekankan bahawa,
kemasukan kami ke universiti benar-benar didedahkan dengan suasana akademik dan budaya yang tinggi yang hingga kini, kami tidak rasai seperti suasana seperti
itu. Pada masa itu kebebasan akademik amat
terasa. Fakulti Ekonomi dan sastera UM sering
mengadakan seminar bahkan debat terbuka yang ahli panelnya bukan saja
orang-orang akademik, tetap[i ahli-ahli poliyik sama ada dari pihak pembangkang
dan kerajaan membicarakan soal ekonomi, politik dan sosial. Seminar dan forum
sedemikian dihadiri ramai peminat termasuk dari luar kampus memenuhi ruang
seminar dan kampus. Sedangkan ahli budaya membincangkan misalnya tentang arah
UKM sebagaimana dibincangkan dari sebelum penubuhan UKM lagi. Perlu
disebutkan pada masa itu ada beberapa aliran kefahaman politik di UM dan
dalam negera. Mereka adalah pendukung kerajaan (BN), pendukung Islam, sosialis
dan parti Rakyat. Baik forum, seminar atau konvensyen yang sering diadakan di
UM dan juga UKM, tokoh-tokh dari berbagai parti ini dijemput sebagai panel
seminar, forum dan konvensyen. Lantaran dari berbagai kefahaman dibenarkan
mengeluarkan pendapat, setiap forum dan seminar ditunggu untuk dihadiri. Maklumat
kegiatan akademik sedemikian
diwar-warkan di dalam akhbar-akhbar. Perlu disebutkan bahawa pada masa tersebut
belum dikenakan akta universiti (1974) ke atas pelajar dan universiti.
Selain dari semarak akademik, pada masa itu
juga semarak budaya yang digerakkan oleh badan-badan bahasa, termasuk DBP dan
pengajian tinggi Pertunjukan teater yang dihasilkan oleh seperti Nordin, Hasan,
Bidin Subari dan ramai lagi amat menarik minat masyarakat. Karya-karya yang
dihasilkan oleh Nordin Hasan (kemudian menjadi Sasterawan Negara) seperti Sireh
Berte[uk Pinang Menari, Tok Perak dan banyak lagi dipentaskan di DBP dan banyak
lagi. Pada masa itu juga bersemarak dengan karya-karya sastera seperti dari
Othman Awang, Samad Said, Kris Mas dan
ramai mendapat sambutan masyarakat. Kegiatan ini membawa kepada tertubuhnya
`Hadiah Sastera` yang memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya yang
berbakat.
Suasana kegiatan Ilmu dan budaya
sebagaimana berlaku pada 1970an
nampaknya tidak lagi berlaku seperti itu.
Apakah kemalapan kini dapat dihidupkan
kembali ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment