TINDAKAN YANG AMAT TIDAK DEMOKRATIK
(Fikrah Bangi: 426),
BBB: 21 R. Akhir 1441H. = 18 Disember
2019M. (Rabu).
Dilihat kepada kegiatan politik keislaman,
maka negeri Terengganu adalah terawal selepas negeri Perak dari segi menubuhkan
Pas di negeri itu. Seawal 1956 - sebelum merdeka Pas telah ditubuhkan di negeri
itu. Iaitu dengan adanya pimpinan pondok di Dungun. Tuan Guru Haji Zainal Abidin yang memimpin Madrasah
al-Zainiyyah adalah penggerak kepada penubuhan Pas bermula di Dungun pada 20
atau 24 Jun 1956 (Wan Abbas bin Wan Abdullah). Bermula dari sini Pas berkembang
ke seluruh negeri Terengganu.
Pada tahun 1959 Pas yang mula memenangi satu
kerusi di Perak pada pilihanraya pertama (1956), tiba-tiba memenangi dan menguasai
Negeri Terengganu pada pilihanraya (1559). Di luar dugaan, Pas yang tidak
bersedia dengan barisan pemerintahan agak gawat pada peringkat permulaan bagi
memilih Menteriu Besar Terengganu dari kerajaan Pas. Pertikaian timbul, kerana
kehendak negeri Menteri Besar hendaklah dari anak negeri Terengganu, sedang
pimpinan parti pada masa itu ialah Ustaz Ahmad Azam berasal dari Perak. Selepas membuat
pilihan, maka seorang Adun dari Besut, iaitu Daud Samad dipilih menjadi Menteri
Besar, sedangkan Ahmad Azam diberi kedudukan sebagai Speaker Dewan Undangan
negeri Teranggnu. Umno di bawah pimpinan Ibrahim Fikri, beserta dengan Adun dari parti Negara menjadi pembangkang.
Selepas setahun memerintah terjadi satu
peristiwa yang amat tidak demokratik, Umno dianggap main politik kotor dengan
melarikan dan menyembunyikan dua Adun Pas, iaitu Haji Abdul Kadir (Padang
Midin) dan Haji Said (Serada). Dengan melarikan dua Adun ini, maka majoriti berkurang . Kekecohan besar ini berlaku dengan undi tidak
percaya yang membawa kepada tumbangnya Kerajaan Pas selepas memerintah selama
setahun. Kita tidak tahu mengapa pihak Pas tidak membawa perkara ini kepada
Mahkamah. Perkara ini juga belaku di Perak sekitar tahun 2008, juga
dipersoalkan mengapa perkara ini tidak dibawa ke mahkamah.
Sejak 1960 kerajaan Terengganu di bawah
pimpinan BN yang menteri Besanya ialah Ibahim Fikri. Pada masa itu aku sedang
belajar di dalam kelas Thanawi di Madrasah Thanawiyah, Sultan Zainal Abdin,
Kuala Terengganu. Selepas itu Terengganu diperintah oleh BN hingga tertubuhnya
Kerajaan MAGERAN di bawah Tun Razak. Terengganu pernah kembali diperintah di
bawah Menteri Besar Mahmud Sulaiman.
Walaupun Pas jauh lebih awal memerintah negeri Terengganu, kelihatan
pimpinan yang memerintah tidak berwibawa dan tidak mempunyai asas pendidikan
dan politik yang tinggi, maka kerajaan yang diperintah Pas tidak mantap.
Berbanding dengan Pas di Kelantan, walaupun Pas lebih lewat berkembang di
negeri itu, tetapi pimpinan yang memimpin negeri itu terdiri dari mereka yang
mantap. Ianya bermula dengan Kelantan dipimpinan Menteri Besar Ishak Lutfi, diikuti Dato` Asri Muda,
membawalah kepada Dato` Nik Aziz, walaupun ada kemelut politik akibat dari
pertikaian antara Pas dan Berjasa membawa kepada kenaikan Mohd. Nasir dan
Berjasa dan Umno di bawah Muhammad Ya`kob, tetapi Pas kembali mantap dan kuat terutama saemasa Dato` Nik Aziz
memerintah, Ianya semakin mantap sehingga kepada pemerintah kini dari Pas Datok Mohd. Ya`kob, sedangkan rakyat
Terengganu dilihat sering berubah dan bertukar selera. Kemantapan dilihat
berlaku di bawah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kini dibah Dr. Ahmad Shamsuri.
Namun adalah dijangka kedua negeri akan lebih mantap di bawah Pas pada pilihanraya akan dsatang dengan pertambahan pengaruh di negeri-negeri yang lain pada masa akan datang.
Namun adalah dijangka kedua negeri akan lebih mantap di bawah Pas pada pilihanraya akan dsatang dengan pertambahan pengaruh di negeri-negeri yang lain pada masa akan datang.
Pas
memerlukan tenaga intelektual selain dari ulama` bagi memantapkan politik dan pemerintahan pada
masa akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment