October 3, 2009

N.31 Bagan Pinang dimana suara Pemuda UMNO


1. Ratib “ inilah barisan kita’ tenggelam dengan sorakkan “ rasuah rasuah tolak rasuah, reformasi dan Allahu Akbar’ semasa proses penamaan calon di N31. Bagan Pinang. Tidak seperti PRK sebelum ini ‘pesta’ slogan bersahutan mencabar antara satu sama lain. Tapi di Bagan Pinang, Pemuda UMNO terkedu mungkin makan lemang raya berlebihan menyebabkan suara mereka tenggelam. Kehadiran mereka yang jauh lebih kecil bilangannya jelas faktor utama mengapa demikian terjadi. Walaupun begitu kehadiran Kelab Penyokong BN (mungkin baru ditubuh mencontohi Kelab Penyokong PAS) lebih ketara berbanding kehdiran Pemuda UMNO. Namun KPBN ini lebih kepada menjadi pelancong dimana sebahagian besar (lebih 4 buah bas) dari mereka memilih untuk melepak sambil menikmati ombak pantai kira-kira 5 kilometer dari pusat penamaan calon.

2. SPR dan pihak berkuasa seharusnya menjadikan bukit tempat penyokong BN berkubu sebagai tempat larangan. Kegagalan mereka bertindak sedemikian menjadikan jarak antara setiap penyokong terlalu hampir dan pada beberapa tempat kelihatan mereka bercampur antara satu sama lain. Mujur dengan culasnya kehadiran Pemuda UMNO suasana tegang tidak begitu ketara dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

3. Mungkin agak lucu melihat beberapa orang penyokong dari BN dan PR sama berbaris menunggu giliran menyahut panggilan alam di tandas sebuah stesen petrol bertentangan Pejabat Daerah.

4. Disebalik ribuan ‘banting’ MB Negeri Sembilan yang berjajaran pada hampir setiap tiang letrik mengucapkan “Selamat Menyambut Deepavali” kelibatnya sebagai ketua tuan rumah tidak jelas. Adakah ini membayangkan calon BN yang dipilih bukannya calon MB Negeri Sembilan.? Apakah benar suara-suara yang mengatakan bahawa calon BN ini bakal mengugat kedudukannya sebagai MB?

PAS Serdang sudah melaksanakan amanah menyediakan infrastruktur di Rumah Selangor (berhampiran Bandar Springfield) namun masih komited untuk membantu PAS kawasan lain sepanjang tempoh berkempen (3-10 Oktober). Apatah lagi jarak dari tol Bangi ke Bagan Pinang tidak sampai satu jam perjalanan.

No comments:

Post a Comment