November 13, 2009

Soalan Tambahan

Apakah wajar kemungkinan diterokai satu bidang berpotensi bagi pelancongan di ngeri Selangor, iaitu `Pelancongan Ilmu` ?


Maksud Pelancongan Ilmu:


a) Pelancong datang dari dalam dan luar negeri melawat ke institusi-institusi pengajian tinggi, penyelidikan dan latihan seperti di Bandar Baru Bangi dan sekitaran sekelilingnya. Kunjungan diatur oleh Badan Pelancongan atau pihak-pihak yang mengusahakannya dengan kerjasama institusi-institusi yang dikunjungi. Sambil melancong mereka makan sate .


b) Institusi-Institusi keilmuan seperti universiti, pusat penyelidikan dan pusat latihan diatur mengadakan kursus pendek selama sehari, seminggu dan sebagainya. Mereka yang datang menghadiri kelas-kelas ilmu. Mereka tinggal di tempat disediakan dan diberi sijil selepas mengikuti kursus.


c) Pelancong datang contoh seperti ke Bandar Baru Bangi yang banyak masjid dan surau. Mereka mengikuti pengajian yang dirancang bersama masjid-surau dengan pengajian-pengajian agama yang disampaikan oleh berbagai guru yang pakar di dalam bidang keilmuan masing-masing. Pengajian diatur misalnya berbentuk mingguan atau bulanan dengan disediakan tempat tinggal atau asrama dan diberi sijil pada akhir kursus.


d) Persatuan Penduduk atau Pengusaha merangka kurikulum khusus dikendalikan oleh kumpulan pakar dan dijalankan kursus di pusat konvensyen atau persidangan misalnya di Bandar Baru Bangi. Mereka yang mengikuti kursus disediakan tempat tinggal dan diberi siji selepas mengikuti kurus.


e) Mengadakan `Karnival Ilmu` yang diisi dengan kuliah, diskusi, ceramah, pembicaraan tentang buku, pameran, persembahan kebudayaan dan seni. Karnival mungkin memakan masa beberapa hari hingga seminggu dan disediakan penginapan. Yang mengikuti juga dicadang diberi sijil.


Jawapan


Berhubung dengan soalan ini pihak Exco Pelancongan menganggap cadangan ini merupakan cadangan yang menarik. Beliau berharap usaha bagi melaksanakannya dapat dilakukan terutama bagi pengusaha atau badan-badan yang berminat, tetapi kajian teliti dan mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu. Tenaga, infrastruktur, fasiliti dan kewangan perlu disediakan agar konsep pelancongan ilmu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak Exco sedia bekerjasama bagi menjayakannya.


2) Soalan berhubung dengan `Hutan Simpan` dan `Alam Sekitar`.


Soalan asal ialah dari Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, ADUN PR Seri Setia.


Soalan Tambahan


Baru-baru ahli-ahli MPKj dimaklumkan bahawa Projek Membekalkan Air dari Pahang ke Selangor` melalui Hulu Langat bermasalah. Projek berkenaan merosakkan hutan simpan dan mencemarkan sungai-sungai di Hulu Langat, kerana laluannya terlalu hampir dengan sungai. Penduduk setempat memprotes dengan keadaan yang berlaku, termasuk merosakkan tanah-tanah yang menjadi laluan. Adakah pihak Exco pernah turun membuat penelitian dan kajian. Apakah tindakan yang diambil ?


Jawapan:


Menurut Exco Alam Sekitar Y. B. Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), sebagai pejuang Alam Sekitar beliau dan kumpulan sejak dari awal menentang projek ini, kerana bukan saja menelan peruntukan yang tinggi (RM4 bilion), tetapi merosakkan hutan, simpan, alam semula jadi dan eko-sistem. Beliau bukan saja datang membuat pemerhatian, tetapi juga menghubungi pihak-pihak jabatan yang berkaitan termasuk MPKj di dalam memberi kebenaran. Malangnya projek ini dilulus dan dilaksanakan sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.


Apa yang dapat dilakukan kini ialah kita memantau berterusan mengenai projek ini agar tidak menimbulkan masalah supaya tidak berlaku seperti kerosakan hutan simpan, eko-sistem dan pencemaran alam sekitar.

No comments:

Post a Comment