November 1, 2010

Gotong Royong, Dialog Dan Penyampaian Bantuan Di Bukit Mewah

Bukit Mewah, Kajang, 23 Zulkaedah = 31 Oktober (Ahad):


Gotong Royong berlangsung di kawasan rumah pangsa A- F (A, B, C, D, E, F) Fasa 5 & 6 sejak jam 8.30 pagi yang diatur oleh Pejabat Adun Bangi dengan kerjasama Ahli MPKj Zon 22, pihak MPKj, Persatuan Penduduk dengan disertai penduduk setempat. Aktiviti yang dijalankan ialah membersih sampah, longkang dan memotong pokok. Adun Bangi tiba jam 9.30 menyertai dan menyaksi aktiviti yang sedang dijalankan.
Bersempena gotong royong satu dialog bersama Adun dengan disertai Encik Mohd Taib Ketua Persatuan Penduduk, Encik Faisal Wakil dari MPKj dan En. Mohd Anwar Wakil Ahli MPKj Zon 22. Antara persoalan yang ditimbulkan melalui dialog ialah:



1. Jiran yang membela anjing ditingkat satu (Blok A, No 9). Tiap kali dia membersih anjing air najis basuhan darinya turun ke bawah.
(Undang-undang tidak membenarkan orang yang tinggal dirumah pangsa memelihara anjing). Juga ditimbulkan masalah anjing liar – sukar ditangkap.
2. Minta menyediakan tempat sampah dan longkang kotor. Walau bagaimana pada tempat yang disediakan tong sampah, orang lain dari tempat yang disediakan tempat membuang sampah datang membuang sampah.
3. Pasar malam menutup jalan utama, tinggal satu jalan, menyukarkan keluar masuk, terutama ketika kecemasan. (Harap berunding dengan penganjur, jika tidak pasar malam boleh ditutup).
4. Berlaku kecurian kecil, kecurian bateri lori dan roda motosikal.
(Buat repot polis di samping jaga harta supaya tidak terdedah kepada pencuri).
5. Masalah jalan masuk dari highway SILK hanya jalan keluar saja dibuka.
(Jawatankuasa sudah ditubuh diketuai oleh Saudara Chandra Ahli MPKj dan Timbalan Tuan Haji Yusof. Harap desakan digerakkan).
6. Atap hampir semua bangunan bocor
7. Sudah 25 tahun rumah pangsa dihuni, setakat ini belum dicat kembali.
(Rundingan perlu dibuat dengan Cekap Coperation di bawah Metro Kajang, agar dapat dicat kembali).
Persoalan-persoalan yang ditimbul dijawab terutama oleh En. Faisal dari MPKj, saudara Mohd Taib dari Persatuan Penduduk dan Adun Bangi. Pihak berkenaan akan dirujuk, terutama kepada MPKj agar tindakan diambil.

Selepas dialog Adun Bangi menyampaikan bantuan kepada warga mas dan mereka yang susah sempena dengan Deepavali.

Sekian.

No comments:

Post a Comment