Selaku Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Hulu Langat 2009 – 2013 yang dilantik oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor YB. Dr. Halimah Binti Ali Bil.(10) dlm. PA 3/3.16.4 bertarikh 17 April 2009, antara kegiatan yang dipersetujui di dalam mesyuarat ialah mengadakan lawatan ke seluruh perpustakaan di Hulu Langat bagi memahami keadaan, kemudahan, kekurangan dan cadangan yang sesuai. Maka pada hari ini selaku Pengerusi ADUN Bangi bersama-sama kumpulan melawat ke perpustakaan-perpustakaan di atas. Kumpulan lawatan terdiri dari:
- YB. Dr. Shafie bin Abu Bakar - ADUN Bangi - Pengerusi
- Puan Norhayati - Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat.
- En. Mohd. Fadhli – Perpustakaan Shah Alam
- En. Bustamam - Perpustakaan Shah Alam
- En. Annuar Akasah – Perpustakaan Daerah (Hulu Langat)
- Puan Maryam Yassur – Perpustakaan Bangi
- Sdr. Shahrum bin Abdullah – Pejabat ADUN Bangi
- Sdr. Amir Othman – Pejabat ADUN Bangi
Kami bertolak dengan dua buah kenderaan dari Perpustakaan Bangi, jam 11.00 pagi dan terus ke perpustakaan yang terjauh bagi kunjungan hari ini, iaitu Perpustakaan Desa Beranang.
- Perpustakaan Desa Beranang
Perpustakaan ini terletak di belakang dalam Kompleks Penghulu di Beranang. Sebuah bangunan rumah setingkat sederhana kecil. Mulai dibuka sejak 2003.
Dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja selaku Pustakawan, iaitu Puan Azlizawati Bt. Anwar. Sudah 5 tahun berkhidmat di sini. Dibantu oleh suaminya secara sukarela di luar masa kerjanya. Pengguna ialah pelajar Sekolah menengah dan rendah juga orang dewasa di sekitar Beranang. Masa dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu kedua dan keempat dibuka). Bagi mempromosi perpustakaan Puan Azlizawati keluar ke Sekolah mengadakan kempen membaca.
Setakat ini keahlian ialah 1,700 orang. Target penambahan ahli baru antara 15 – 30 orang sebulan. Koleksi di perpustakaan ini ialah 7,000 buah buku dari Perpustakaan Negeri. Akhbar harian yang disediakan ialah Berita Harian dan The Star. Antara kegiatan yang diadakan ialah Peraduan Mewarna – Kanak-Kanak 2009.
Tidak ada sukarelawan yang datang membantu.
Masalah Dan Keperluan
- Ruang panas, tidak ada penghawa dingin. Hanya guna kipas, kurang selesa.
- Tiada computer dan internet
- Tiada telefon. Pustakawan guna telefon bimbit sendiri
- Tidak mempunyai langsir
- Tiada tempat simpan beg dan barang-barang pengunjung
- Kerusi dan meja tidak cukup
- Tiada (signage) tunjuk arah ke perpustakaan
- Tiada white board untuk maklumat kenyataan
- Tiada tv, hanya ada sebuah radio
- Keselamatan pustakawan tidak terjamin kerana keseorangan
Perlu ambil tindakan bagi mengatasi masalah-masalah di atas.
- Perpustakaan Semenyih
Pustakawan di sini Puan Halimah, Pn. Rosida (Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nor Najia juruteknik komputer di bawah projek Cyber Rakyat.
Perpustakaan ini adalah sebuah rumah setingkat sederhana besar dan lengkap sebagai sebuah perpustakaan bertaraf cawangan. Berhawa dingin. Mempunyai koleksi buku 20,000 buah. Paling banyak buku kanak-kanak. Waktu perkhidmatan sebagaimana Perpustakaan Beranang. Perpustakaan ini mempunyai ruang bilik komputer dengan perkhidmatan internet percuma dengan syarat hendaklah menjadi ahli. Pengguna adalah pelajar pelbagai kaum dan juga orang dewasa. Peminjam dalam lingkungan 1,000 sebulan.
Keperluan
- Tiada rak dan tempat kasut
- Tiada papan tanda nama perpustakaan
- Kerusi tak cukup
- Tak ada surau
- Jalan bagi pintu masuk terlampau curam
- Kurang tempat parking
- Tandas rosak
- Tiada buku untuk pelajar pengajian tinggi
- Tiada langsir
- Tiada karpet di dalam ruang komputer
- Perpustakaan Kajang
Destinasi terakhir dalam siri lawatan kami. Perpustakaan Kajang adalah merupakan perpustakaan tertua di Hulu Langat. Dibuka pada tahun 1975. Sebelumnya perpustakaan bertempat di Pejabat Daerah Hulu Langat, di Kajang (1972) di sebuah bilik kecil.
Perpustakaan mempunyai 5 orang kakitangan (3 lelaki, 2 perempuan) diketuai En. Annuar Akasah pada peringkat Daerah, manakala Pengurusnya En. Mazli. Perpustakaan di sini berada di Bangunan Dato` Nazir secara menyewa pada bahagian atas. Perpustakaan di sini mempunyai koleksi sebanyak 30,000 buah buku dengan keahlian seramai 40,000. Perpustakaan mempunyai koleksi lama yang masih tersimpan dengan baik. Perpustakaan mempunyai kelengkapan yang baik, tapi setakat ini penghawa dingin rosak. Sebahagian dari ruang membaca tidak selesa digunakan.
Pengguna perpustakaan adalah dari kalangan pelajar dari berbagai kaum dan juga orang dewasa. Hari Sabtu yang dibuka paling ramai dengan pengguna,meningkat antara 80 -100 pengguna.
Oleh kerana bangunan perpustakaan di sewa (bahagian atas), maka pihak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membeli bangunan tetap bagi Perpustakaan Kajang yang lokasi di bangunan baharu berhadapan dengan bangunan MPKj – tiga tingkat. Dimaklumkan bangunan baru ini berharga RM1.3 juta dan tempahan telah dibuat dengan bayaran muka adalah RM10,000. Dalam perjalanan pulang ke perpustakaan Bangi (bertaraf Perpustakaan Daerah Hulu Langat), kami singgah melihat bangunan baru Perpustakaan Kajang.
Sekian.
Tiada info berkenaan kelengkapan kerusi meja atau station tempat mentelaah dan mengkaji bahan2 ke?
ReplyDeleteSalam boleh saya tahu keluasan sqft perpustakaan di semenyih? terima kasih -farah
ReplyDelete