April 25, 2011

Penyampaian Skim Mesra Usia Emas Di Bangi

Bangunan PKNS, 19 Jamadil Awal = 23 April (Sabtu):

Pagi ini diadakan Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bertempat di Ruang Legar PKNS. Seramai 26 waris bagi warga emas yang meninggal dijemput hadir bagi menerima pembayaran kedua berjumlah RM1,500 tiap seorang. Hadir bersama ke majlis ialah Puan Norfaezah bt. Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah, saudara Kamsani Naib Pengerusi Skim Mesra Mas, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, saudara Shukor Atan,Tuan Haji Hadi Husin Ketua Kampung Sungai Tangkas, para jemputan dan waris-waris warga emas.

Bagi acara ringkas itu En. Kamsani menerangkan tentang SMUE dan kosep merakyatkan ekonomi Selangor (MES). Menurutnya MES tidak hanya berkenaan dengan SMUE sahaja, tetapi mempunyai 12 program MES iaitu,

1) Skim Air Percuma yang diguna di bawah 20 kubik meter padu
2) Hasil Batuan Mineral di bawah KSSB. Masa Selangor di bawah BN hasil hanya berjumlah RM7 juta setahun kini di bawah PR berjumlah RM40 juta. Duit dikembalikan kepada rakyat bagi berbagai skim.
3) Hadiah anak masuk universiti sebanyak RM1.000/=.
4) Skim Mesra Usia Emas yang setakat ini lebih RM50 juta digunakan yang melibatkan 20,000 orang meninggal dunia.
5) Tabung Warisan Anak Selangor – Tawas. Peruntukan RM100 dimasukkan ke dalam akaun anak yang lahir di Selangor selepas 2008 dan dapat digunakan selepas anak ini mencapai usia 18 tahun, khususnya untuk pembiayaan pelajaran. Sijil dikeluarkan.
6) Pembelaan wanita teraniaya dengan penyediaan Pusat Khidmat Krisis Sehenti Wanita, Selangor
7) Tabung Kewangan bagi anak pekerja ladang
8) Cuti bersalin 90 hari bagi ibu melahirkan anak dan seminggu bagi suami
9) Tuisyen Rakyat secara percuma. Peruntukan 100 orang bagi setiap DUN.
10) Skim Pemeriksaan bagi kemungkinan barah payu dara bagi wanita.
11) Pusat dailisis Rakyat
12) Skim Mikro Kredit Luar Bandar (RM50 juta) dan Mikro Kredit Dalam Bandar (Mimbar) sebanyak (RM20 juta).

ADUN Bangi dalam ucapannya menyatakan, setiap mereka yang hidup memerlukan kasih sayang terutama dari mereka yang dibergantung harap. Anak memerlukan kasih sayang ibu bapa bagi perlindungan dan mendapat kasih sayang. Orang Tua memerlukan kasih sayang dari anak dan pembelaan dari pemerintah dan penduduk setempat. Orang Tua Warga Emas terutama yang telah hilang keupayaan bekerja dan ketiadaan pelindung diambil alih oleh kerajaan negeri melindungi mereka secara kasih sayang dengan berbagai skim diadakan. Bukan setakat warga usia emas, tetapi kerajaan menjaga dan melindungi warga Negeri Selangor dengan program dan skim-skim yang disebutkan di atas. Kerajaan Selangor adalah prihatin dan menjaga kebajikan rakyatnya. Tidak ada negeri di Malaysia menyediakan berbagai-bagai skim membantu anak negeri. Ini dapat dilakukan, kerana Kerajaan Selangor berkemampuan. Rakyat Selangor seharusnya berterima kasih dan diharap terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang dan memperkukuhkan kedudukannya pada masa hadapan.
Dalam majlis itu YB Dr. Shafie menyampaikan skim Mesra Warga Mas kepada 36 orang pewaris Skim SMUE berkenaan dengan disertai Puan Nor Faezah, saudara Kamsani dan Ustaz Shafie Ngah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment