Sebagaimana kebanyakan sekolah-sekolah Tamil yang lain, ianya dibina di kawasan-kawasan estet dan ladang dalam keadaan daif dan serba kekurangan. Demikianlah dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pekan Bangi didirikan untuk anak-anak pekerja ladang kelapa sawit dan juga getah. Sekolah yang disifatkan sebagai Sekolah rakyat ini pada asalnya menumpang di atas tanah pemilik persendirian dan menumpang padang permainan. Sifat menumpang ini berterusan sejak zaman 1950an hinggalah 2000.
Sekolah yang dibina sejak 1950an mempunyai dua bangunan uzur yang mungkin menerima beberapa kali pembaikan. Dua bangunan ini begitu rapat , Ini membahayakan jika berlaku kebakaran. Sejak Adun Bangi menjadi Adun Kajang (1999-2004) isu Sekolah Tamil di sini menjadi isu yang diperjuangkan, termasuklah untuk mendapat status hak milik tetap bagi tapak yang sedang digunakan dan perlunya sebuah bangunan yang selesa menggantikan Sekolah yang begitu uzur. Status tanah yang dijanjikan oleh pemiliknya untuk didermakan kepada Sekolah (Bekas Wakil Rakyat – Wanita), akhirnya selesai diuruskan pemilikan kepada SRJKT Pekan Bangi. Berikut dari penyelesaian mengenai isu tanah tapak bagi Sekolah Tamil berkenaan, usaha memohon dari pihak Kerajaan membina sebuah Sekolah yang sempurna dilakukan.
Selari dengan permohonan yang dibuat terhadap SRJKT,West Country, Jalan Reko yang juga di bawah Dun Bangi, maka kedua-dua Sekolah mendapat kelulusan pembinaaan bangunan baru. SRJKT telah digunakan sejak 2010 dan SRJKT Pekan Bangi, siap dibina pada tahun 2010. Pihak Sekolah diminta menerima, tetapi enggan menerimanya kecuali dibaiki beberapa kerosakan. Terbaru pihak JKR meminta pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menerima kunci bagi pihak Sekolah. Bimbang dengan penerimaan bangunan secara tidak sempurna hari ini Adun menerima aduan dari pihak Sekolah dan Adun turun pada pagi ini untuk memahami keadaan sebenarnya. Bersama menyambut kehadiran Adun ialah Guru Besar Cikgu Manimaram, Wakil PIBG (Pengerusinya En, Panisilum) guru-guru dan pemberita En Anba dari Makkal Osai dan Photographer Encik Putty.
Menurut Guru Besar Sekolah Tamil di sini didirikan sejak zaman awal kemerdekaan tanahair dengan bangunan setingkat yang agak uzur dan telah dibaiki beberapa kali dengan penambahan yang kini dua bangunan rapat-rapat. Kini SRJKT, Pekan Bangi mempunyai:
- Murid 146 orang
- Kelas 6 buah kelas
- Guru 14 orang
Setelah berbincang di bilik rehat dengan Guru Besar dan AJK, terutama aduan mengenai bangunan baru, kami dibawa melawat ke Bangunan baru yang menjadi masalah untuk diterima. Bangunan adalah dua tingkat dengan 10 bilik:
Kos bangunan ialah RM1.5 juta.
Bangunan akan diisi diisi dengan:
1) 6 bilik darjah
2) 1 bilik Guru Besar
3) 1 bilik guru-guru
4) 1 bilik computer
5) 1 bilik Makmal Sains
Perkara-perkara yang menjadikan pihak Sekolah tidak puashati ialah:
1) Pemasangan siling yang tidak kemas, Adun ditunjukkan beberapa bahagian yang siling terbang dan rosak
2) Tandas murid yang rapat dengan tiang yang menyukarkan untuk duduk semasa buang air. (Sempit untuk letak kaki).
3) Nako yang tidak dipasang jeriji besi, kecuali satu dua bilik sahaja dipasang . Nako boleh dipecah atau dicabut untuk diceroboh masuk.
4) Tiga kipas bagi satu kelas dianggap tidak mencukupi. Ada yang rosak berbunyi - perlu ditambah
5) Belum dihantar kerusi meja baru bagi bangunan baru berkenaan.
6) Setengah tempat lantai tidak rata
7) Landscaping bagi bangunan baru ini tidak dilakukan dengan sempurna.
Menurut Guru Besar aduan perkara-perkara di atas telah dipanjangkan kepada pihak JKR, tetapi setakat ini tidak diambil tindakan.
Adun berpendapat masalah-masalah yang dibangkitkan oleh pihak Sekolah tidaklah besar dan dapat diselesaikan. Kita berterima kasih pada pihak berkuasa yang telah menyiapkan bangunan. Namunb kita berharap pihak PPD Daerah Hulu Langat dapat berurusan dengan pihak JKR bagi menyelesaikan perkara di atas. Adun berjanji jika perkara ini tidak dapat diselesaikan Adun akan bawa perkara tersebut kepada Mesyuarat Penyelarasan Daerah terdekat dalam mana semua jabatan di Daerah akan hadir . termasuk PPD, JKR dan jabatan-jabatan yang lain di Hulu Langat.
Berhubung dengan cadangan pihak Sekolah mahu memohon tanah kerajaan 2 ekar berdekatan dengan Sekolah, itu boleh diuruskan secara berasingan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment