May 2, 2012

Golf Amal Bagi Dana Sekolah Agama BBB

Golf Kelab Bangi, 03 Jamadil Awal 1433 = 25 April 2012 (Rabu):


Berbagai usaha dilakukan oleh Persatuan Penduduk BBB yang diketuai YDPnya Dr. Tajul Ariffin Noordin dan AJK bagi mengisi Tabung Sekolah Agama dan Pusat Islam yang sedang dibina yang memerlukan dana tak kurang dari RM3 juta. Antara usaha pada kali ini ialah dengan mengadakan Pertandingan Golf Amal di Padang Kelab Golf Bangi berhampiran dengan Hotel Equatorial di sini. Pertandingan ditaja oleh Persatuan Belia Prihatin dengan kerjasama Tuan Haji Khazar selaku Penaung dan Penyelaras Pertandingan Golf Amal.. Adun Bangi dijemput bagi merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah. Hadir ke Majlis selain dari Adun ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku YDP Persatuan Penduduk BBB dan Pengerusi Pembangunan Sekolah, Tuan Haji Ghazali Abbas selaku Timbalan YDP dan Pengerusi Surau An-Nur juga selaku Bendahari, Tuan Haji Khazar Selaku Pengurus dan Penaung, Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Golf Tuan Dr. Muhammad, Pengerusi Surau Bangi Golf Tuan Haji Ali Hashim , saudara Afiq selaku Pengarah Program, saudara Safarin Baharum dari Belia Prihatin, peserta-peserta pertandingan dan orang ramai yang hadir.

Ketibaan Adun jam 12.30 tengahari tidak terus dibawa ke Dewan Majlis Penutup, sebaliknya Adun mau melihat pertandingan yang sedang berjalan. Pada masa itu ada peserta pertandingan masih di padang.. Bagi melihat pertandingan  Kereta Troli dipandu Tuan Haji Khazar & Adun bersamanya dan sebuah lagi mngiringi kami. Kami mengelilingi Padang Golf dan pulang semula ke Kelab House  bagi menyertai dan menutup Pertandingan Golf Amal.


Dalam Majlis Ringkas Tuan Haji Khazar selaku Penaung dan Penyelaras memaklumkan, kita menempah 6 flight, setiap flight 4 orang pemain. Golf di Bangi mempunyai 18 lobang. Charge bagi setiap flight ialah antara RM2,500 hingga RM3,000. Tapi kos pembayaran termasuk makan dan sewa adalah disponsor oleh syarikat atau individu dermawan. Misalnya tempahan hari ini 6 flight, hanya 2 flight saja yang bermain, manakala yang empat lagi tidak bermain, sebaliknya menderma secara terua. Untuk hari ini pendapatan secara kasar RM25,000, tolak bayaran sewa dan sebagainya pendapatan bersih yang dapat didermakan ialah RM18,000. Ada yang menempah permainan biasanya sebulan lebih awal bertujuan perniagaan dan sebagainya.


Dr. Tajul Ariffin Noordin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Khazar dan Pemuda Prihatin menaja Golf Amal untuk mengisi Tabung Sekolah Agama. Menurut beliau, ``Saya dapati di kalangan Tan Sri, Dato` dan Tuan-tuan ada yang berjiwa Abdul Rahman Bin Auf yang bermurah hati berderma untuk pembinaan Sekolah Agama`` . Menurut Dr. Tajul pembinan Sekolah Agama tiga tingkat dapat dikatakan 90% siap, tapi selain dari kos bangunan RM3 juta, bagi mengisi peralatan, kami memerlukan tambahan RM1 juta lagi. Bangunan Sekolah Agama ini bukan setakat sebagai kompleks saekolah, tetapi juga tempat kegiatan komuniti. Kami berhasrat kata Dr. Tahjul, mendapat waqaf dari dermawan yang dapat dijadikan asset bagi menawarkan pendidikan percuma bagi pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah ini yang dijangka akan diluaskan kepada peringkat menengah dan Kolej.


Adun Bangi dalam ucapan penutupnya melahirkan kekagumannya terhadap AJK Pembinaan yang begitu gigih mencari derma dan mengambil berbagai pendekatan mencari derma termasuk Golf Amal pada hari ini. Beliau juga berterima kasih kepada Belia Prihatin dan Tuan Haji Khazar yang menaja dan berusaha menjayakan pertandingan Golf Amal pada hari ini. Mereka ini adalah sebagaimana yang difirmankan Allah:

``Mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Allah, maka kami tambahkan pertunjukan pada mereka (Maksud Al-Kahfi: 13).


Menurut Adun kemuliaan hati seseorang janganlah dinilai dari luaran semata, misalnya mungkin orang menganggap pemain golf tidak suka menderma, tetapi dari apa yang kita lihat pada hari ini, kalangan koperat dan hartawan dari kalangan Tan Sri, Dato` dan Tuan-Tuan berhati emas yang tidak lokek untuk menderma dalam jumlah bukan sedikit, tetapi lumayan. Menurut Adun, ``Kerajaan negeri turut menyokong usaha AJK mendirikan kompleks pendidikan dan pengendaliannya, sebab itu kerajaan negeri telah turut sama memberi sumbangan sebanyak RM400,000. Kita percaya di atas kerja kebajikan yang dilakukan oleh AJK dan pendudung-pendukung insya Allah niat dan amalan murni mereka akan mencapai kejayaan dan ganjaran dari Allah.



Berikut dari perasmian Adun diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan dan Adun turut mnenyampaikan derma melalui Pemuda Prihatin.

Majlis berakhir dengan jamuan.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment