(Untuk Cucu dan Cucu Menantu kami Nabilah-Atif)
Dalam kelanjutan usia
Syukur pada Yang Maha Esa
Kami masih
berkesempatan menyaksi
Ketentuan takdir Tuhan sejak azali
Jodoh cucu kedua dari anak sulung kami
Dengan suaminya diijabkabulkan pagi ini
Ketentuan itu melalui sebab musabbab
Semasa pengajiannya di Universiti Malaysia Pahang
Membawa kepada pertunangan selepas pengajian.
Cucu kami adalah kedua-dua seturut perempuan
Yang semasa kecil begitu montel
Pada mereka tertumpah kasih sayang
Sebelum cucu-cucu lain menjelang
Biarpun di luar jangkaan
Adalah sesuatu yang tertulis pada lauh mahfuz
Bahawa suami dan keluarganya
Muhammad Atif bin Encik Azmi
Dari Bandar Tun Hussein Onn Cheras
Adalah berbesan secara musaharah.
Pagi ini secara rasmi
mereka dipertemu
Di hadapan Juru Nikah Ustaz Shukor
Di rumah Desa Putera di sini
Dengan akad oleh bapa sendiri
Yang dengan rasmi menjadikan
mereka
Adalah suami isteri secara sah
Doa kami agar mereka dipelihara Allah
Mampu mengendalikan
rumahtangga
Mematuhi perintah Allah menjauhi larangan
Suami membimbing dan
isteri mematuhi
Selagi tidak bercanggah dengan perintah Ilahi
Suami menyediakan keperluan selayaknya
Isteri tidak meminta di luar dari kemampuan
Sesama memahami sesama mencintai
Harapan keluarga mereka berdua bahagia
Mempunyai zuriat melanjutkan generasi.
Shafie Abu Bakar,
4 Zulkaedah 1435
30 Ogos 2014.
No comments:
Post a Comment