BBB, 11 Sya`ban 1436 = 29 Mei 2015 (Jumaat):
Dipanggil aras utama, kerana ianya merupakan
ruang paling utama bagi masjid dan penggunaan jamaah. Ruang utama bagi Masjid
Al-Umm, ialah ruang yang berada pada aras tengah antara aras bawah tanah dan
aras satu bagi muslimat dan penggunaan lain-lain. Pada dasarnya aras ini paling
mudah dibina, lantaran lantaianya di atas permukaan bumi. Memasukinya adalah
terus dari bahagian depan melalui pintu gerbang dipermukaan bumi dan terus
menjejak lantai yang membawa para jamaah boleh terus masuk ke dalam hingga
kepada saf pertama di bahagian hadapan berdekatan dengan mihrab bahagian tengah
yang berada pada kanan ialah mimbar, diikuti saf-saf hingga ke belakang yang boleh
memuatkan para jamaah sehingga jumlah tiga ribu orang.
Antara elemen penting pada aras utama ini
ialah mihrab yang menandakan arah kiblat. Mihrab ini meninggi ke aras satu dan
menurun ke aras bawah tanah, sebab itu dilihat dari luar ia adalah memanjang
turun dari atas ke bawah, satu ciri yang agak berlinan dari masjid-masjid lain.
Pada asalnya mihrab ini dibuat bagi dua tingkat. Tingkat utama dan tingkat
atas, tetapi oleh kerana kelihatan seperti tong tergantung, maka dicadang
dipanjangkan hingga ke bawah (aras yang ditambah). Selain dari mihrab ialah
mimbar masjid yang pada asal mau dibuat dari besi dan semin, tetapi dicadangkan
agar menggunakan kayu tempatan yang didekorasi dengan hiasan geometrik, flora
dan fauna. Dengan menggunakan bahan tempatan seperti kayu cengal, jati, merbau,
medang dan sebagainya adalah lebih menarik. Dinding bahagian hadapan juga
diberi dekorasi yang sesuai dengan suasana sebuah masjid. Terdapat dua bilik di
bahagian hadapan untuk imam/khatib dan sebuah lagi bagi peralatan. Selain dari
ruang tengah yang terbuka terdapat ruang lempah yang dibatasi dengan dinding
cermin. Maksud ruang lempah ialah ruang tepi di luar dari dewan tengah utama. Antara
tujuannya untuk digunakan oleh mereka yang tidak selesa menggunakan air-cond pada kedua-dua belah pihak. Dari
ruang lempah kini kanan terdapat tangga untuk turun ke bawah – ruang bawah
tanah yang bermata tangga antara 10 + 10
mata tangga.
Adapun tiang pada bahagian hadapan, jika dari
bawah adalah 16, maka bagi ruang utama
dicampur dengan tiang-tiang sisi – kanan kiri berjumlah adalah 32 tiang (termasuk
tiang seri – 4) yang ketinggian adalah 11 meter.
Pada ruang utama dengan memasukinya melalui
ruang tengah maka terdapat elemen bertentangan bagi kiri kanan seolah-olah
boleh dibelah dua yang setiap belah mempunyai bahan-bahan yang bersamaan. Ini
bermula dari bahagian masuk melalui pintu gerbang, maka terdapat kiri kanan dua
menara yang bertentangan yang sama bentuk dan sama tinggi. Masuk ke dalam
sebelum tiba ke ruang terbuka yang paling utama, kita dapati pada kiri- kanan
ialah jumlah tiang yang banyak yang sederhana besar. Jumlah tiang sebelah kanan
ialah 60, demikian juga tiang sebelah kiri juga 60. Tiang-tiang ini ialah bagi
menjunjung aras satu (tingkat 3), aras bagi muslimat dan ruang-ruang yang lain
juga menjunjung bumbung dan atap yang ketinggiannya adalah normal.
Pada kiri dan sama juga bagi kanan ialah
terdapat bilik air (toilet) juga pada sebelah kiri, terdapat juga ialah tempat
wudhu` (Sebelah kanan terdapat bilik mayat yang tak terdapat di sebelah kiri).
Pada sisi sebelah kanan terdapat tangga dari aras utama ke aras satu (tingkat tiga) yang bermata tangga 10 +
13 mata tangga. Terdapat juga tangga pada sebelah kini dengan jumlah mata
tangga yang sama. Namun di sisi tangga sebelah kiri terdapat perkhidmatan lif
bagi OKU perempuan dan yang uzur dan juga bertujuan untuk mengangkat dan
menurunkan barang-barang. Adapun bagi OKU lelaki dn yang uzur tidak perlu
kepada lif. Dengan kerusi rodanya boleh terus disorong ke ruang utama masjid.
Terdapat pula sebelah kanan sebuah ruang terbuka yang diruang dapat dihiasi
dengan taman mini, sama ada menggunakan pohon dan bunga hidup atau mati dan
boleh juga dihias dengan taman batu dengan meja dan kerusi sebagai tempat
rehat. Ruang seumpama ini juga terdapat di sebelah kiri. Ruang ini juga boleh
dijadikan tempat mainan anak-anak, kerana terdapat sebuah bilik yang dicadang
untuk tempat penjagaan anak-anak kecil bila ibu mereka datang bersolat atau
mengikuti pengajian-pengajian yang dianjur oleh masjid. Sebuah bilik seumpama
ini juga terdapat di sebelah kanan yang boleh digunakan sebagai bilik mesyuarat
dan sebagainya.
Setakat ini kerja-kerja pembinaan dan
infra-struktur secara kasar telah dapat disiapkan yang dapat dikira 70% siap,
namun persiapan sebagai finishing mengambil masa. Bayangkan semua lantai masih
kosong dan baru permulaan untuk memasang tile, marble dan marmar. Perbincangan
mengenai dekorasi dinding bahagian hadapan dan tiang-tiang masih berterusan
dalam perbincangan dan masih belum tiba kepada permulaan kerja. Kubah yang
langsung dari ruang utama ke puncak bangunan walaupun sudah dinaikkan pada 29
Mac 2015 (Ahad), tetapi kerja-kerja bagi menyiapkannya dijangka memakan masa
dan tidak dapat disiapkan dalam masa terdekat. Kerja-kerja agak rumit melibatkan
pengangkatan rangka kubah dan pemasangan di atas lapis demi lapis yang
peralatan dan bahan terpaksa dibawa dari kilangnya di Johor. Demikian dengan
menara yang asalnya 70 kali tinggi diubahsuai dengan design terkini dan
ketinggiannya akan meningkat kepada 90 kaki atau lebih. Sememang normal menara
seharusnya jauh lebih tinggi daripada kubah secara ketara. Contoh empat menara
Masjid Sultan Salahudin Ibn Sultan Andul Aziz Shah Shah Alam jauh lebih tinggi
dari kubah besar di tengah.
Kerja-kerja yang tidak mudah diselesaikan,
walau telah dilakukan ialah berhubung dengan letrik yang melibatkan kerja-kerja
pemasangan air-cond. Bagi semua ruang secara keseluruhan dan secara split
berasingan. Kerja-kerja ini walaupun di bawah perunding, tetapi perundingan
masih berterusan disamping pemasangan-pemasangan peralatan dilakukan. Persoalan
yang berkait dengan letrik juga ialah berhubung dengan sound sistem. Sound
sistem tidak boleh dipandang ringan, kerana jika pemasangan tidak sampai
piawaian tertentu dan tidak menghasilkan sound yang baik ia menimbulkan
masalah. Ini berlaku di kalangan masjid-masjid. Perkara ini walau dilakukan
rundingan pihak perunding, tidak dapat ditentukan selagi bangunan tidak
benar-benar siap dan ujian kelayakan dapat dilakukan. Persoalan yang berhubung
dengan letrik ini juga amat bergantung
dengan kelulusan dan pemasangan peralatan letrik di sub station letrik yang
dari awal lagi disiapkan agar urusan berhubung dengan letrik ini dapat segera
diluluskan.
Selain daripada itu rundingan bagi membuat
pilihan permaidani bagi lantai aras utama dan yang lain juga juga dilakukan dan
memerlukan masa untuk diorder dari luar dan untuk pemasangan. Banyak perkara
besar dan kecil yang perlu diberi perhatian dan tindakan, apa lagi kerja-kerja
pada peringkat akhir tidak mengikuti jadual yang ditentukan sehingga jangkaan
masjid Al-Umm dapat digunakan pada bulan Ramadhan 1436, tetapi pihak kontrektor
menjangkakan tidak dapat memenuhi masa yang ditentukan dan terpaksa memohon
tambah masa sehingga akhir Ogos (tempoh dibenarkan). Satu cara bagi
menyegerakan kerja-kerja, barangkali ialah dengan menambahkan tenaga kerja yang
setakat ini dalam lengkongan 25 – 30 orang kepada jumlah sekali ganda lagi.
Dengan cara itu adalah diharapkan tempoh yang diberi dapat disiapkan. Setakat
ini kerjasama dari berbagai pihak amat memuaskan. Kita percaya Masjid Al-Umm
akan segera dapat disiapkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment