Selain dari Al-Baqillani, Al-Juwaini (419-478/1028-1085)
adalah tokoh terpenting yang mengukuh aliran ilmu al-kalam Abu Hasan al-Ash`ari.
Namanya ialah Abu Muhammad Abdullah al-Ma`ali bin Yusuf bin Muhammad al-Juwaini
yang dilahirkan di Nisabur. Kemudian Al-Juwaini ke Kota Mu`askar dan berpindah ke Baghdad. Dia
adalah pendukung kuat aliran Ash`ari dan Al-Baqillani dan menjunjung kuat pada rasional akal, pendekatan yang tidak
begitu digemari oleh ahli-ahli Hadith. Dia kemudian berpindah ke Makkah dan
Madinah bagi menyampaikan pengajaran di kedua-dua buah kota Suci yang membawa
kepada gelaran beliau sebagai Al-Imam al-Haramayni – Imam Dua Kota Suci –
Makkah dan Madinah. Al-Ghazali pernah berguru dengan Imam al-Haramayn ini
semasa di kedua kota Suci ini.Tetapi selepas kerajaan Nizam al-Mulk mendirikan
pengajian tinggi di Nisabur, beliau diminta oleh pihak Nizam al-Mulk kembali ke
Nisabur bagi mengajar di pengajian tersebut. Ia dianggap sebagai pelopor bagi
Fiqh Shafie atas dasar aliran Ash`ari – Pendekatan berdasarkan Usul al-Fiqh
yang merupakan bidang falsafah murni di dalam Islam.
Antara karangan-karangan Al-Imam al-Haramayni al-Juwaini
ialah:
1) Al-Irshad
2) Al-Shamil
3) Kitab al-Tauhid
4) Al-`Ilal
(N0. 2 – 4 terhimpun
dalam `Al-Shamil Fi Usul al-Din yang diberi pengenalan oleh Dr. Ali Sami
al-Nashshar, Profesor bagi Kursi Falsafah Islam, Kuliah Adab di Universiti
Iskandariyah di Mesir (1389/1969).
(`Ali Sami
al-Nashshar, Al-Shamil fi Usul al-Din Li Imam al-Haramayn al-Juwaini,
Al-Ma`arif, Al-Iskandariyyah, Misr, 1969: 731hlm.).
Berhubung dengan
kandungan Kitab Al-Irshad, kata A. Hanafi M.A..
``Al-Juwaini bekerja
dalam lapangan Usul-fiqih dan Ilmu kalam. Ia adalah orang pertama-tama
membentuk Fiqih Shafii atas dasar aliran Asy`ari, sebagaimana yang ditulis
dalam bukunya Al-Irsyad berisi pokok-pokok kepercayaan. Dalam kitab tersebut
pertama-tama ia menandaskan, bahawa kewajiban pertama seorang Muslim dewasa
ialah mengadakan penyelidikan yang bisa membawa kepada kepercayaan bahawa alam
ini adalah baru (dulunya tidak ada), dan kalau baru tentu ada yang
mengadakannya. Itulah dia Tuhan.``
(A. Hanafi M.A., Theology Islam (Ilmu Kalam), Bulan Bintang, Jakarta, 1974:
64).
Bagi Al-Juwaini, kewajipan ini adalah
merupakan kewajiban disepakati umat seluruhnya (kewajiban syara`), bukan
sebagaimana kata Mu`tazilah adalah `kewajiban akal`, kerana akan mampu berfikir
ke arah itu.
Al-Juwaini juga meletakkan kaedah penkategorian
sifat-sifat Allah yang dikategorikan kepada:
1) Sifat Nasfsiyyah yang ada pada Zat Tuhan, tanpa `Illat. (Difahami
sebagai sifat Wujud).
2) Sifat Ma`nawiyyah, iaitu yang timbul sebagai kelanjutan Sifat Nafsiyah
tersebut.
Dan sifat-sifat Tuhan ialah:
1. Wujud (ada)
2. Baqiin (kekal/abadi)
3. Tidak ada yang menyamainya, dan
4. Tidak berukuran (imtidad)
Al-Juwaini menggunkan dalil Naqal dan Akal dalam
hujah dan huraian. Sebagai berkemahiran dalam bidang ilmu al-kalam, Al-juwaini
dan juga tokoh-tokoh Ilmu al-Kalam banyak menggunakan istilah-istilah yang
bersifat akliah. Demikianlah di dalam Kitab Al-Shamil dibicarakan
persoalan-persoalan yang berhubung.
a) 12 perkara mengenai dua pertentangan tidak berhimpun dalam satu masa
misalnya ada dengan tiada tidak mungkin berada pada masa dan tempat yang sama,
ciri kehalusan kaedah berfikir, tentang baharunya alam, tentang ahwal, syarat
pada ilmu, ilmu yang dicari dan yang diperlu dan penelitian terhadapnya,
Marifat Allah dan hukum mengenainya, Berfikiran sebagai wajib syar`i,
seawal-awal kewajipan di atas setiap mukallaf dan kelemahan berfikir.
b) 14 perkara Tentang baharunya alam dan pecahan perbahasan
c) 08 perkara yang berhubung dengan `arad (sifat)
d) 06 persoalan mustahil benda terasing dari sifat
e) 03 penolakan pendapat mustahil tidak ada awal bagi yang baharu
f) 09 Peolakan terhadap pendapat yang mengatakan qidamnya benda
g) 10 tentang perkara nafi bagi
tashbih
(Al-Juwaini, Al-Shamil fi Usul al-Din, hlm. 97-338).
Ini bererti di dalam buku Al-Shamil
membicarakan persoalan-persoalan falsafah al-Kalamiah yang berhubung dengan
mustahil dua yang bertentang berada pada tempat dan masa yang sama, tentang
baharunya alam, persoalan arad (sifat), sifat mustahil berpisah dari zat,,
tentang sifat yang baru, menyangkal pendapat benda seperti pendapat dahriyyun sebagai
qidam dan benda tidak terpisah dari sifat dan bagi yang baharu mesti ada
permulaan dan konsep tashbih.
Aspek-aspek tersebut di atas sudah tentulah
pada zaman tersebut merupakan
persoalan-persoalan baharu dan
segar dari segi pembicaraan dan perbahasan dan tentulah sebagai bidang falsafah
adalah pembicaraan yang bertaraf tinggi. Cara berfikir dan berhujah pada masa
itu tentulah jauh ke depan, tetapi mungkin pada masa kini, bukan lagi sesuatu
anih dan asing, lantaran bidang-bidang sedemikian dibincang di dalam banyak
bidang-bidang keilmuan kini. Kini banyak bidang-bidang keilmuan yang bersifat
rasional banyak yang timbul, apakah tidak ada pemikir atau ahli falsafah
memikirkan bagi menggunakan bukti-bukti keilmuan sebagai aspek theologi moden yang
dapat menjawabb soal-soal ketuhanan dan bidang-bidang falsafah yang lain bagi mengkuhkan keislaman.
Sekian.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D