BBB, 13 Jamadil Awwal 1437 = 22 Februari 2016 (Isnin):
Bagi memahami lebih jelas, maka sifat dua
puluh yang telah dibicarakan
dikategorikan kepada kelompok-kelompok:
1) Nafsiyyah
2) Salbiyyah
3) Ma`ani
4) Ma`nawiyyah
Mengapa dinamakan dengan kelompok-kelompok di
atas ?
1) Nafsiyyah
Dari nama yang diberi kepada kategori
Nafsiyyah (juga tiga yang lain), sebenarnya sudah tercermin ciri bagi Nafsiyyah.
Wujud ialah istilah falsafah yang dicetuskan
oleh Ibn Sina yang melambangkan kewujudan sesuatu entiti berfakta. Istilah ini
digunakan di dalam usuluddin oleh tokoh-tokoh usuluddin yang di dalam keilmuan ini dikenali
wujud yang merujuk kepada Tuhan – Allah.
Dari segi
persoalan akidah `Wujud`
adalah paling utama sebagai entiti berfakta
pembicaraan. Tanpanya tiada asas bagi pembicaraan, atau berbicara tanpa paksi
atau sauh dan boleh menghanyutkan. Dia dikategorikan sebagai `Nafsiyyah`.
Nafsiyyah
dengan kata akar nafasa boleh dihuraikan kepada berbagai maksud, tetapi
di sini adalah merujuk kepada `Diri`. Diri ini walaupun boleh bermakna kepada
sebarang benda yang ada, khususnya yang bersifat fizikal, tetapi di dalam
pembicaraan dari segi ketuhanan ini, istilah `benda` boleh mendekatkan
pandangan akan kefahaman wujud. Konsep wujud ini, walaupun dari segi lahiri
sudah dapat difahami makna `wujud`, tetapi bukan kewujudan lahiri itu di
maksudkan dengan wujud. Wujud adalah suatu entiti berfakta yang ghaib. Wujud
lebih dominan sebagai istilah usuluddin, walaupun ianya juga boleh digunakan
sebagai istilah biasa bagi berbagai perkara. `Wujud` istilah dalam usuluddin
dan sebagai istilah dalam kategori Nafsiyyah adalah amat penting. Tanpanya,
maka tiada paksi pembicaraan.
`Wujud` yang merujuk kepada entiti berfakta itu sendiri dari segi usuluddin, mempunyai
pendapat berbeza.
Sebahagian tokoh usuluddin berpendapat ianya
adalah entiti berfakta yang di dalam istilah usuluddin diistilahkan sebagai
`Dhat`, Sekali lagi Dhat ialah entiti berfakta yang dirujuk sebagai `Wujud`
yang menunjukkan `Ada`. Dengan adanya `Wujud` yang merujuk kepada Dhat
Ketuhanan yang wujud yang menjadi induk bagi pembicaraan tentang Ketuhanan,
bahkan segala yang wujud di dalam hubungan Ketuhanan.
Sebagaimana disebut Ianya sebagai Dhat, maka
di dalam pembicaraan `Wujud` ini sebagai Dhat dan bukan sifat. Lantaran sifat
adalah sesuatu yang berdiri di atas Dhat. Hujah ini mempunyai kekuatan fakta,
lantaran selayaknya untuk membicarakan berbagai sifat yang lain, logiknya
sifat-sifat tidak disifatkan kepada `Sifat Wujud` yang sebenarnya dan
sewajarnya adalah Dhat sebagai entiti berfakta sebagai wujud.
Lantaran `Wujud` adalah merujuk kepada entiti
berfakta, iaitu Dhat yang wujud, maka adalah sesuai dinamakan sebagai –
Nafsiyyah `Kedirian Yang Wujud`.
Memahami bahawa Wujudnya Dhat yang wujud
secara berentiti berfakta (fakta tidak
semestinya bersifat benda lahir, tetapi meliputi sesuatu yang bersifat konsepsi
dan ghaib), maka ianya menjadi paksi atau pangkalan bagi pembicaraan bagi sifat-sifat
dan kelompok-kelompok sifat yang empat berkenaan.
Namun satu pendapat yang lain melihat bahawa
entiti berfakta wujud berkenaan sebagai Dhat adalah sebagai sifat yang
mengkategorikannya sebagai `Sifat Nafsiyyah`
Perbezaan bagi dua pandangan ini, bahawa Dhat
dilihat sebagai Dhat yang berentiti berfakta. Nama wujud diberi kepada entiti
berfakta ini – iaitu Dhat, yang terdiri padanya sifat-sifat, tetapi bagi pendapat kedua melihat bahawa Dhat
memang sebagai Dhat yang berentiti berfakta, tetapi dilihat `Ada` itu adalah
sebagai `sifat` bagi Dhat berkenaan, bahkan sebagai penjelasan bagi Dhat
berkenaan. Namun dengan `Wujud` adalah ciri khusus sebagaimana telah dibicarakan,
berbeza dengan sifat-sifat dan kategori-kategori yang lain, sebab itu diberi
pengasingan dari segi kategori sebagai Nafsiyyah atau sifat nafsiyyah. Shaykh
Muhammad Zain dalam mendefinisikan tentang `Nafisiyyah` bahawa:
``Dan makna nafsiyyah itu iaitu barang yang
tiada diterima akal Dhat dengan ketiadaannya.``
Ini menjelaskan betapa pentingnya persoalan
Dhat dalam pembicaraan di dalam ilmu akidah, khususnya berhubung dengan sifat
20, khususnya sebagai nafsiyyah atau sifat nafsiyyah.
Dhat diterima sebagai entiti berfakta terlebih dahulu, bahkan perlu difahamai
terlebih dahulu konsep Dhat yang tidak sama dengan makhluk yang Dia bukan
jauhar yang berjisim yang boleh dipecahkan kepada juz`-juz`, tidak berjihat dan
tidak mengambil ruang.
Tanpa Dhat
adalah tiada asas berjejak bagi pembicaraan. Memahami wujud permulaan
bagi ma`rifat keilmuan yang darinya boleh diteroka dengan luas dan mendalam.
Sekian.
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
ReplyDeleteKLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D