BBB, 22 Safar 1438H. = 22 November
2016 (Selasa):
Seterusanya Abu Bakar al-Kalabadzi
memasukkan persoalan qadha` dan qadar serta perbuatan manusia menurut perspektif tasawuf.
Pertsoalan qadha` dan qadar adalah
merupakan salah satu daripada rukun iman. Dilihat dari segi akidah Sunni kata
Matan Jauharah al-Tauhid oleh Ibrahim
al-Laqani dan Sharihnya bahawa:
Wajib kita beriman dengan qadar dan juga
qadha`, ya`ni wajib atas orang yang
mukallaf itu percaya dengan qadar dan dengan qadha`. Dan erti qadar pada
madzhab Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a.
itu recana daripada pasti Allah Ta`ala akan segala makhluknya di dalam azali
yang tiada berubah sekali-kali dan iaitu qadim. Dan kata Imam Ash`ari r.a. dan iaitu recana daripada tentu kejadian
makhluk dalam kharijiyyah, dan iaitu baharu kepadanya.
Dan erti qadha` pada Imam Ash`ari itu pasti
pada Allah `Azza wa Jalla itu sekalian makhluk di dalam azal yang tiada
berubah-rubah sekali-kali, maka iaitu qadim kepadanya. Dan kata Imam Abu
Mansur, dan iaitu recana daripada kejadian segala makhluk halnya muwafiq barang
yang pasti ia dalam azal. Dan percaya kepada qadar dan qadha` itu supaya
menjadi redha ia dengan barang suatu yang maujud di dalam kharijiyyah dan tiada
mencela ia barang suatu melainkan
jikalau ada shara` menyuruh mencela dia, maka kita mencela dia kerana ittiba`
pada shara` Allah Ta`ala. Menurut Sharih, ``Dan inilah barang yang dikata oleh
jumhur ahli al-tasawwuf r.a.`anhum.
Sharih menyebut pegangan Qadariyyah, bahawa
mereka ingkar persoalan qadar yang qadim azali halnya. Mereka berpendapat tiada
sekali-kali Allah Ta`ala menentukan akan
sekalian makhluk sebelum wujudnya. Satu pihak madzhab qadariyyah (Qadariyyah
Kedua) mereka berpendapat, mereka membenarkan tentang qadar, tetapi
mengi`tiqadkan bahawanya segala perbuatan hamba itu dengan sendirinya. Manakala
bagi Mu`tazilah berpegang bahawa Allah memberi kuasa kepada hamba menentukan
perbuatannya.
Adapun dari segi perbuatan manusia, kata
penggubah puisi Jauharah al-Tauhid dan Sharihnya,
``Allah Ta`ala itu menjadikan sekalian makhluknya dan barang
perbuatannya, baik keadaannya atau jahat, tetapi orang yang mukallaf itu wajib
atasnya kasab seperti tiada memberi bekas. Dan memberi petolong Ia bagi hambaNya
yang mengerjakan kebajikan dan menghinakan ia akan hambanya yang mengerjakan
kejahatan dan meluluskan janjinya bagi orang yang dikehendaki luas janjinya,
ya`ni Allah Ta`ala itu menjadikan ia sekalian perbuatan makhluk yang bangsa
ikhtiariah atas madzhab Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, halnya ittifaq dan khilaf
dengan madzhab orang Mu`tazilah daripada orang qadariyyah.
Dari kalangan sufi pula mereka secara
ijma` mengatakan bahawa Allah Ta`ala Pencipta perbuatan hamba
keseluruhannya sebagaimana Ia mencipta segala perkara kepentingan mereka. Dan
bagi setiap apa yang dilakukan mereka itu dari kebaikan dan kejahatan, maka
adalah dengan qadha` Allah dan qadarnya dan dengan kehendak dan kemahuanNya,
jikalau tidak sedemikian tidaklah Dia sebagai Tuhan, tiadalah Dia Mentarbiah
dan Menciptakan mereka itu. Ini adalah seperti firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Katakanlah Allahlah yang menjadikan
tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa`` (Al-Ra`d: 16).
Dan firman Allah Ta`ala lagi bermaksud:
``Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap
suatu menurut taqdir (yang telah ditentukan).`` (Al-Qamar: 49).
Abu Bakar al-Kalabadzi menghujahkan dengan
menggunakan kaedah logik dengan mengatakan bahawa;
Adalah tiap-tiap perbuatan mereka adalah
sesuatu
Sebab itu
wajib bagi Allah menciptanya
Kalaulah perbuatan bukan dari makhluk
Nescaya Allah mencipta sebahagian dari
makhluk
Ini bercanggah dengan firmanNya Dia
mencipta segala
Allah Maha Tinggi tidak bersifat lemah dan
dusta.
Maka keadaan sedemikian adalah mustahil.
Dibicarakan oleh Abu Bakar al-Kalabadzi, tentang
baik dan jahat adalah pada hakikat adalah ketentuan Allah Ta`ala jua.
Adapun persoalan bagi yang membuat baik dan
jahat, maka pendapat Ash`ari sebagaimana diperturunkan oleh Sharih terhadap
Matan Jauharat al-Tauhid, ya`ni wajib
atas sekalian mukallaf itu mengi`tiqadkan bahawasanya berbahagia bagi seorang
kepada Allah Ta`ala itu tentu dalam azali dan demikian celakanya bagi seorang
itu dalam azali, halnya tiada berubah.
Manakala kata jumhur Maturidi r. a.`anhum,
erti sa`adah itu orang yang bersifat iman
pada waktu sekarang itu dan erti shaqawah itu orang yang bersifat kafir
pada waktu sekarang itu, dan keduanya itu tiada ia dalam azali dan iaitu baharu
kepadanya r.a. `anhum.
Dan kata setengah jumhur Ash`ari nama
berbahagia itu orang yang telah mengetahui oleh Allah Ta`ala mati atas Islam
dan celaka itu orang yang telah diketahui oleh Allah Ta`ala mati atas kufur..
Kata Sharih, `` Khilaf dua `ulama` itu
khilaf yang lafz*i, bukan haqiqi, kerana
ittifaq `ulama` itu dalam pihak mustahil menjadi murtad dalam haq orang yang
ma`sum imannya seperrti mustahil menjadi Islam dalam haq orang yang makhtum
atas kufur seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Kaum sufi adalah tindak bercanggah dari
segi qadha` dan qadar dengan Sunni.
Sekian.
No comments:
Post a Comment