BBB,
18 Dzul-Kaedah 1438H. = 18 Ogos 2017M. (Sabtu):
Nama lengkap bagi Abu Hafs+ al-Naisaburi,
ialah `Amru bin Salim dan dikatakan baginya `Amru bin Salamah. Ini dikatakan
lebih asah. Dia adalah ahli kariah yang
dipanggil kurdabadz, iaitu kampung ke pintu masuk bandar Naisabur, apabila
engkau keluar untuk ke Bukhara.
Dia bersahabat dengan `Ubaidallah bin Mahdi
al-Abiwardi dan `Ali Nas*r Abadzi dan berkawan dengan Ahmad bin Khadhrawayh.
Dia adalah antara imam dan pemimpin. Cenderung kepadanya Shah bin Abi Shuja` al-Karmani dan Abu
`Uthman Sa`id bin Ismail. Dia meninggal tahun 270H. Ada yang mengatakan tahun
267H. Wallahu a`lam.
Berkata
Abu Hafs:
``Orang yang melakukan dosa bagai mendekati
kekufuran, sebagaimana orang yang sakit mendekati kematian``
Berkata Mukhannas al-Jallab, ``Aku
bersahabat dengan Abi Hafs* selama dua
puluh dua tahun, aku tidak melihatnya dia menzikiri Allah dalam keadaan lalai
dan cuai, apa yang didzikirkan adalah
atas jalan hadhir, membesarkan dan menghormati dan apabila dia mendzikiri Allah
berubah keadaannya. Ini adalah dilihat siapa yang menghadhirinya.``
Adalah dikatakan, Muhammad bin Bahr al-Sajini, saudara Zakariyya berkata,
``Adalah aku takut akan kefakiran, sedangkan aku memiliki harta. Maka berkata
kepadaku Abu Hafs* pada suatu
hari,``Jikalau Allah menghendaki engkau menjadi faqir, tidak ada yang dapat menegahkan
engkau, maka hilang dariku takut kefakiran sama sekali.``
Dan berkata Abu Hafs*, ``Faqir yang
sebenarnya ialah yang pada setiap waktu dengan hukumnya, maka bila datang warid
kepadanya, maka dia sebok dengan hukumnya, menolak dan menafikannya.``
Dan berkata Abu Hafs*, ``Alangkah mulia faqir kepada Allah, dan hina
faqir dengan pengaduan. Alangkah indah yang istighna dengan Allah dan alangkan
kejinya yang mengharapkan yang lain.
Aku mendengar Datukku r.h.a. berkata,
``Adalah Abu Hafs* apabila ia marah dia bercakap secara akhlak yang baik, dan
apabila reda kemarahannya dia kembali dengan pengajarannya (hadithihi).
Berkata Abu al-`Abbas al-Dinauri, berkata
Abu Hafs*, Tidak masuk ke dalam diri haqq dan batil semenjak aku mengenal
Allah.``
Berkata Muhammad bin Ahmad bin Hamdan, aku
mendengar bapaku berkata, aku mendengar Aba Hafs* berkata, ``Aku meninggalkan
amalan, kemudian aku kembali kepadanya,kemudian amalan meninggalkan daku, maka
aku kembali kepadanya.
Mahfuz* bin Mahmud berkata, aku mendengar
Aba Hafs* berkata,
Kemuliaan (al-karam) ialah mencampakkan
dunia kepada orang yang berhajat kepadanya dan menerima Allah kerana engkau
berhajat kepadaNya.``
Bekata Abu Hafs*, ``Barang siapa meneguk
gelas kecintaan dia mengalami kemabukan, dia tidak pulih melainkan dengan
mushahadah dan pertemuan.``
Berkata Abu Hafs*, Apabila engkau melihat
yang bercinta tenang lenang, ketahuilah bahawasanya dia didatangi kelalaian,
kerana yang bercinta tidak berada di dalam ketenangan, bahkan mengocaknya oleh
kedekatan dan kejauhan, pertemuan dan halangan.``
Dan berkata Abu Hafs*,
``Tasawuf kesemuanya adab, bagi setiap
waktu ada adab, dan tiap maqam ada adab, siapa yang melazimi adab-adab bagi
waktu-waktu, dia sampai taraf al-rijal. Siapa yang mencuaikan adab, dia jauh
dari apa yang disangkanya dekat. Dan ditolak dari harapannya diterima.``
Abu `Amrin bin Hamdan berkata, aku
mendapati di dalam kitab bapaku, berkata Abu Hafs*,
``Hal tidak berpisah dari ilmu dan tidak
menyertai kata.``
Berkata Abu Muhammad bin al-Murta`ish, aku
mendengar Aba Hafs* berkata,
``tidak perlu dipanggil pemurah, jika dia
menyebut-nyebut tentang pemberian, atau terlintas dihatinya (sebagai pemberi).
Abu Hafs* disoal tentang hukum kefakiran
dan adab-adab terhadap para fuqara`, katanya:
Menjaga kehormatan orang-orang tua,, elok
pergaulan dengan teman-teman, nasihat kepada anak-anak kecil, meninggalkan
perbalahan tentang rezeki,, selalu berwaspada, jauhi dari kikir,, tinggalkan dari bersahabat dengan yang tidak memberi
kebaikan dan sentiasa bertolong-tolongan bagi kepentingan dunia dan akhirat.``
Berkata Abu Hafs*, ``Elok adab pada zahir
menandakan elok adab pada batin. Kerana Nabi s.a.w. bersabda bermaksud,
``Jikalau khusyuk hatinya nescaya khusyuklah anggotanya.
Begitu istimewa dan mulianya Abu Hafs.
Kata-katanya sangat bernas. Di dalam hal
ini kita kurang setuju dengan apa yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri, bahawa
kononnya Abu Hafs dikatakan pernah bercinta dengan seorang wanita, bagi
menghasilkan hasratnya dia meminta pertolongan dengan seorang Yahudi di
Naisaburi. Pertolongan bersyarat bahawa Abu Hafs* dikehendaki meninggalkan solat
40 hari dan tidak berdzikir mengingati Tuhan (diikuti) dan seterusnya. Contoh
yang sedemikian , walaupun mungkin secara kreatif adalah tidak manis bagi
seorang tokoh sufi. Jika pun sebenarnya berlaku, maka menutup keaiban itu lebih
baik dari mendedahkan ! Mungkin perkara seperti ini dan seumpamanya pada
bahagian yang lain sengaja disabotaj oleh pihak-pihak tertentu – Musuh).
Kita berharap ia bukan sebenarnya berlaku
kerana ia mencacatkan imej Abu Hafs, yang sebenarnya tidak disebut perkara
sedemikian – Contoh tiada di dalam al-Tabaqat oleh al-Sulami.
Sekian.
No comments:
Post a Comment