CERIA PAKATAN RAKYAT
(Fikrah Bangi: 225),
BBB, 10 Ramadhan 1440H. = 15 Mei 2019M.
(Rabu).
Hari yang paling ceria bagi PH ialah hari
di mana PH diisytiharkan menang. Tun Dr. Mahathir sendiri pada malam 9 Mei 2018
mendakwa menang. Keputusan rasmi yang membawa kepada Tun Mahathir
mengisytiharkan menang ialah. PKR 91 kerusi, Umno 67, Pas 14, Bebas 3. (NST, May 10, 2018: 1).
Metro keesokannya melaporkan keputusan yang
lebih tepat, keputusan adalah sebagaimana berikut:
PKR
(PH) 113
Umno 79
Pas 18
Warisan 8
Star 1
Bebas 3
Undi keseluruhan yang didapat oleh PH
adalah berjumlah 5,685,252. (Metro, 11
Mei 2018: 2).
Berikut dari kemenangan itu Tun Mahathir
mengangkat Sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong menjadi perdana Menteri ketujuh
(kedua baginya) pada 10 Mei 2018 (Metro, 11.5.2018: 1).
Berikutan daripada itu Kabinet peringkat
permulaan dilantik pada 18 Mei 2018. Timbalan Perdana Menteri ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang
merupakan wanita pertama memegang
jawatan tertinggi sedemikian di Malaysia.
Antara tindakan awal ialah menunaikan janji
pilihanraya PH, iaitu menarik balik GST
yang menjadi isu penting dalam pilihanraya. Kuatkuasa penghapusan GST ialah
mulai 1.6.2018. Namun sebagai catatan kaki, walaupun GST ditarik balik, ianya
diganti dengan cukai baru yang dikenali sebagai SST yang fungsinya tidaj jauh
berlainan dari GST.
Peristiwa yang melegakan terutama bagi
ahli-ahli PKR, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan tanpa
syarat pada 16.5.2018. Satu himpunan besar-besaran diadaklan bagi menyambut
kebebasan beliau. Adalah diwar-warkan Anwar akan mengambilalih pemerintahan negara
dalam masa terdekat setelah proses yang melayakkannya menjadi Perdana Menteri
selesai diuruskan. Kini janji untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri ini,
setelah Anwar jadi ahli Parlimen Port Dickson.
Sementara itu negeri-negeri yang mencapai
kemenangan turut melantik Menteri Besar masing-masing termasuklah negeri-negeri
pembangkang seperti Terengganu dan Kelantan, di bawah Pas, Pahang dan Perlis di bawah BN. Turut
mengisytiharkan Ketua Menteri ialah Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman (BN),
sebelum dilanda kontroversi. Bermaksud selepas itu berlaku perloncatan parti
dari BN kepada Warisan yang kemudian mendapat majoriti dan berlaku perkecohan
sebelum ianya dimuktamadkan di bawah Warisan. Keadaan ini berlaku oleh kerana
kekusaan Pusat tidak lagi di bawah BN. Bagi mencari tempat selamat sebahagian besar
Adun di negeri itu berpindah kepada Warisan. Negeri-negeri yang lain yang dimenangi PH turut sama mengangkat
sumpah dan memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri, kecuali Sarawak, kerana
pilihanraya negeri bagi Sarawak adalah berlainan.
Peralihan pemerintahan negara Malaysia dari
BN kepada PH adalah berlaku dengan aman dan pihak yang kalah, teramsuk Najib
Tun Razak menerima kehendak rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment