AJARAN SESAT DI NEGARA KITA
(Fikrah Bangi: 376),
BBB:
12 Safar 1441H. = 16 Oktober 2019M. (Rabu).
Ajaran sesat terdapat juga berlaku di
negara kita. Kita tahu sebelum ini ada yang mengaku sebagai nabi baru di Hulu
Langat, terdapat juga ajaran sesat (Qadyani) berlaku di Kg. Nakhoda, Batu Caves
dan juga Taslim yang diketuai Haji Mat Matahari di Pulau Pinang.
Menurut Tuan Haji Mohd Nor Khalid Pegawai
Penyelidik di PAID yang berucap sebelum forum bermula, antara ajaran sesat di
Hulu Langat ialah melalui tarikat songsang
. Merteka dikatakan pengikut Tarikat Ahmadiahdi di Hulu Langat. Mereka
berhimpunpada waktu malam di sebuah bangunan berpagar dan melakukan amalan
wirid dan ratib hingga tengah malam. Mereka ini bukan orang tempatan, tetapi
datang dari luar pada malam tertentu. Kegiatan mereka mencemarkan nama penduduk
setempat yang tidak bersetuju dengan amalan mereka. Mereka ini tidak bersolat
Juma`at, kerana berpendapat mereka uzur dan bukan bermukim.
Selain daripada itu menurut Tuan Haji Mohd
Nor, terdapat pengajaran sesat di Sungai
Serai Hulu Langat. Mereka dikatakan pengikut Ahmadiah. Mereka berhimpun pada
sebuah bangunan dan menjalankan wirid
pada malam Juma`at hingga pada peringkat tertentu mereka melompat-lompat dalam
keadaan transend dan tidak sedarkan diri.
Satu kumpulan lagi, ialah kumpulan berjubah
putih yang merupakanm pengikut kumpulan Ismailiah dan pimpinan mendakwa
menerima tauliah sebagai Nabi.
Kumpulan ajaran sesat yang telah lama
berlaku dan berterusan ialah ajaran syi`ah yang berbagai pecahan. Pokoknya
mereka adalah menyesali terhadap pembunuhan Saiduna Hussein cucu Rasulullah
oleh pengikut Yazid. Tragedi ini amat dikesali dan pembelaan terhadap peristiwa ini dilakukan
oleh pengikut Syiah yang pendukung utama ialah di Iran. Pada setiap sambutan
yang berlaku pada Muharram, pengikut akan berhimpun dan menyiksa diri hingga
luka-luka dan berdarah sebagai lambang duka dan pembelaan terhadap Sayyiduna
Hussein ini.
Terdapat perbedaan ketara antara Ahlu
al-Sunnah wa al-Jama`ah yang tidak selari dengan pegangan Syiah. Mereka menolak
khalifah-khalifah ,kecuali Ali yang diagungkan mereka –Sayyidima Ali.
Kekhalifahan sepatutnya bermula dengan Ali.. Berbagai pegangan dan amalan Syiah
yang bercanggah dengan pegangan Ahlu al-Sunnah yang tidak
dapat diterima Ahlu al-Sunnah. Adalah dikatakan Syi`ah ini secara senyap-senyap berkembang di negera ini,
Jika tidak dicegah ianya boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam di
negara ini.
Selain daripada itu ada gerakan yang
sengaja ditaja oleh pihak luar dan merosakkan kesatuan umat dan pegangan akidah.
Antara yang ditaja dari luar ialah Hizbu al-Tahrir. Kumpulan ini pernah
menerbitkan risalah mingguan yang diedarkan terutama di masjid-masjid. Tetapi
selepas dikesan dari segi penyelewengan dan
tajaam pihak luar, maka ianya disekat, tapi masih bergerak secara
senyaop-senyap.
Demikianlah berbagai jenis kegiatan dan
ajaran sesat di negara ini yang jumlah besar kecilnya sehingga 30 jenis.
Bayangkan jika pengajaran sesat dibiarkan berlaku dan tidak disekat akan
berlaku berbagai penyelewengan dan kesesatan. Akhirnya berlaku perpecahan di
kalangan umat dan melemahkan umat Islam sendiuri
Usaha pencegahan perlu dilakukanterhadap
penyelewengan. Antaranya sebagaimana dilakukan oleh JAIS-MAIS di negeri
Selangor. Seminar ini untuk dikenalpasti dan perlu dibasmi untuk menjaga kemurnian
Islam dan mencegah dari penyelewengan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment