HARI KEEMPAT KEMPEN LEBIH AGRESIF: LAWATAN
PJ SELANGOR
(Fikrah Bangi: 457),
BBB: 25 Jamadil Awwal 1441H. = 21 Januari 2020M. (Selasa).
Pada hari ini kami berkempen pada sebelah pagi bermula disekitar masjid Kajang dan sebelumnya minum di warung di seberang jalan di sebelah masjid
Kajang. Kami berhati-hati agar tidak membuat bayaran oleh calon yang merupakan kesalahan
dari segi pilihanraya. Dari sini kami bergerak ke Pasar Kajang sebagai tempat
pertemuan penting masyarakat dan berkempen di sini, iaitu dengan menyebarkan
pamflit dan menemui peniaga-peniaga dan orang ramai dan meminta mereka mengundi
calon Pas yang bertanding di Kajang.. Dari Pasar Kajang kami pulang ke Markas
di Bandar Baru Bangi
Selepas solat zohor program besar-besaran
diatur iaitu turun mengadakan gerak gempur di Bandar Kajang. Semua pihak
terdiri dari jentera Pas, Keadilan dan Dap turun bergerak di semua jalan dan
lorong di Bandar Kajanf diziarahi dan menemui peniaga-peniaga di Bandar Kajang.
Kempen memakan masa yang agak panjang, iaitu dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Kempen adalah bersifat menyeluruh yang terdari semua komponan parti Alternatif.
Hasilnya kami amat berpuashati dengan
kerjasama yang dilakukan. Dalam kempen disertai penyokong-penyokong orang Melayu, orang Cina dan juga India.
Pulang dari Kajang rehat dan selepas solat Maghrib
calon sekali lagi ke Kajang dan dari Kajang dibawa berkempen di Semenyih. Di
Semenyih ini terdapat bilik gerakan teratur dan digunakan juga bagi berkempen
bagi kawasan Kajang di sini, iaitu kawasan Kampung Baru Semenyih.- Termasuk
beberapa kampung di belakang Balai Polis Semenyih. Semasa di Kampung Baru
Semenyih ini calon diiringi sama oleh penyokong-penyokong dari kalangan veteran
Cina yang calon sering melawat mereka
di Pejabat Dap merupakan sebuah bangunan lama, tetapi diurus dengan baik
oleh kumpulan veteran Cina ini yang ketuanya ialah Encik Lee
Selepas berkempen di Semenyih calon dan
pengiring-pengiring segera pulang ke Bangi . Di Markas Mawaddah pada malam ini kami
menerima pelawat secara mengejut. Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga merupakan Setiausaha
Agung Pas Pusat datang membuat lawatan mengejut ke Markas Al-Mawaddah. Kehadiran
Pesuruhjaya Pas Selamgor ini disambut secara beramai-ramai. Sudah tentulah
kehadiran Ustaz Hasan Shukri ini bagi melihat perkembangan kempen dan
gerakkerja yang dilakukan oleh Pas Kajang yang berpusat di sini. Ustaz Hasan
Shukri diberi taklimat oleh Dr. Hamirdin Isnin yang merupakan Pengarah
Pilihanraya bagu DUN Kajang, Sebagai maklumat bahawa pada masa itu Pejabat Pas
Selangor adalah menumpang di Pejabat Pas Pusat di Melewar. Pas Selangor belum
mempunyai ibu pejabat yang sepatutnya bertempat di Shah Alam sebagai ibu negeri
Selangor. Jadi kedatangan Ustaz Hasan Shukri adalah dari Pejabat Pas Selangor
di Markas Pas Pusat di Melewar Gombak. Beliau hadirjuga atas kapasitinya
sebagai Setiausaha Agung Pas Pusat.
Kehadiran Ustaz Hasan Shukri bagi
memberi semangat kepada pekerja-pekereja sukarela yang bertungkus lumus berkempen untuk
kejayaan Pas di Kajang.
Kempen pada hari ini adalah kempen terbesar
dan bersifat menyeluruh. Ia meliputi kawasan Bangi, membawa ke kawasan Masjid
Kajang dan ke Pasar Kajang pada sebelah
pagi.
Pada sebelah petang tertumpu kepada seluruh
Bandar Kajang yang disertai semua parti komponan di dalam Parti Alternatif.
Manakala pada malamnya kempen tertumpu di kawasan Semenyih dan dari Semenyih
pulang ke Markas gerakan Pilihanraya di
Al-Mawaddah Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi.
Lawatan yang dilakukan oleh Ustaz Hasan
Shukri merupakan puncak dari kegiatan kempen bagi menyaksi dan menerima taklimat
dari Pas Kajang, di Bangi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment