AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
(Fikrah Bangi: 478),
BBB: 18 Jamadil-Akhir 1441H. \ 12 Fenruari
2020M. (Rabu).
Satu lagi
kategori Wakil Rakyat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN. ADUN ini (Selangor
menggunakan ADN – Sebenarnya lebih sesuai digunakan ADUN – istilah ini lebih
popular dan telah lama digunakan).
ADUN menurut sistem politik di Malaysia
yang wakil rakyat di pilih pada peringkat parlimen (Negara – Malaysia) dan dikenali sebagai Ahli Parlimen bagi sesuatu
kawasan, maka demikianlah ADUN, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih
pada peringkat negeri. Bagi setiap negeri ada jumlah kerusi ADUN berdasarkan
jumlah kawasan dan penduduk. Misalnya di Selangor pada pilihanraya 1999, maka
jumlah kerusinya ialah 56. Tetapi jumlah ini boleh bertambah dengan bertambah
penduduk dan Suruhanjaya Pilihanraya boleh mengubah dengan menambahkan jumlah
kerusi DUN dengan penambahan pemecahan sempadsan di bawah sesuatu kawasan
parlimen, sebagaimana kerusi parlimen juga boleh bertambah. Misalnya di Selanor
kerusi DUN bertambah kepada 65 pada tahun 2008. Perubahan melibatkan perubahan
nama kawasan parlimen dan DUN. Misalnya DUN Bangi bertukar menjadi DUN Sungai
Ramal dan kawasan parlimennya bertukar dari Parlimen Serdang kepada Parlimen
Bangi.
Pemilihan ADUN dan Ahli Parlimen pada
kebiasaan adalah serentak (kecuali Sarawak- kini) Jumlah DUN di dalam satu-satu
kawasan parlimen biasanya antara 2 hingga empat kerusi – normal tiga). Jika
seorang Ahli Parlimen memenangi kerusi parlimen A, tidak semestinya ia memiliki semua kerusi DUN A, ianya mugkin dimenangi sebahagian
oleh parti B. Kemenangan kerusi pada
bahagian negeri mungkin dari majoriti parti yang memenangi pada
peringkat parlimen. Misalnya kemenangan Pakatan Harapan pada peringkat negara,
tidak semestinya ia memenangi pada peringkat negeri. Misalnya kini Kerajaan Persekutuan dimenangi oleh PH,
tetapi ada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pas seperti kemenangan Pas di negeri Kelantan dan
Terengganu dan Umno-BN yang sebelumnya memerintah kerajaan Persekutuan, kini
hanya dapat mempertahankan Pahang dan Perlis. Ada negeri yang sepatutnya dapat
dipertahankan oleh BN, tetapi berlaku perlompatan ahli BN, khususnya Umn9
melompay kepada parti lain seperti di Sabah menyebabkan berlaku pertukaran kuasa pemerntahan kepada Parti Warisan yang dapat mengambil pemerintahan dengan berlakuinya
perlompatan ADUN – BN kepada Warisan.
Kemenangan ADUn bagi sesuatu negeri yang
sama dengan parti pemerintah memudahkan gerak kerja berbanding jika menjadi
ADUN pembangkang. Pembangkang lebih sukar jika berlainan dari parti pemerintah
sama ada pada peringkat negeri dan juga parlimen.
Tugas hakiki ADUN sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri ialah berperanan di Dewan Negeri sebagaimana Ahli Parlimen yang mewakili kerusi masing-masimg,ialah
sebagai ahli yang mewakili tempat dan
parti ialah menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Iana menjadi
jurucakap bagi kawasan dan parti yang diwakilinya. Misalnya bercakap tentang,
peluang rakyat memiiki tanah untuk pertanian, peluang membeli rumah dari projek
yang disediakan ole pihak kerajaan dan sebagainya. Tetapi walaupun tugas hakiki
wakil rakyat atau ADUN ialah di Dewan Undangan Negeri, tetapi yang diharap oleh rakyat
lebih dari itu, ia bukannya sekadar ADUN, tetapi lebih dikenali sebagai
Wakil Rakyat, sebab itu yang diharap oleh rakyat yang memilihnya memahami masalah rakyat
kawasan, membela dan membawa masalah mereka kepada pihak kerjaan. ADUN diharap
rakyatberkhidmat secara menyelutuh. ADUN diharap bukan saja cemerlang di Dewan Undangan Negeri , tetapi turun
padang memahami masalah rakyat dan membela nasib mereka.
Sekian.
Your Affiliate Profit Machine is waiting -
ReplyDeleteAnd earning money online using it is as easy as 1, 2, 3!
Here's how it works...
STEP 1. Choose which affiliate products you want to push
STEP 2. Add some push button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
STEP 3. See how the system grow your list and sell your affiliate products all for you!
Are you ready to start making money?
Check it out here