NEGARA
MUNDUR
(Fikrah Bangi: 506),
BBB:
18 Rejab 1441H. = 13 Mac 2020M. (Juma`at).
Di samping Malaysia berhasrat menjadi
Negara Unggul – Maju, jangan lupa ada lagi sati sisi yang bercanggah dengan
hasrat yang baik dan murni yang mungkin menjadi elemen yang wujud dalam pemerintahan yang sepatutnya dihindari dari
awal. Sisi yang lain yang dimaksudkan
ialah Negara Mundur sebagai lawan bagi Negara Unggul.
Ada berbagai sebab sesebuah negara menjadi
Negara Mundur. Antaranya:
1) Keadaan semula Jadi
a) Tanah tidak subur
Sesebuah negara mungkin dalam keadaan asal
dan semula jadi berada di kawasan tidak subur, bercuaca panas dan tidak
mempunyai hasil bumi yang berharga. Misalnya negara-negara padang Pasir di
Afrika yang panas dan tidak subur muka buminya dan tidak mempunyai hasil bumi
yang berharga. Keadaan ini tidak terjadi kepada Malaysia yang muka buminya
subur dan di buminya mempunyai hasil mahsul yang berharga. Terpulang kepada
pimpinan memajukannya.
b) Tidak strategik
Selain tidak subur, negara berkedudukan tidak strategik. Misalnya jauh
di tengah padang pasir. Atau berada di kutub Utara dan Selatan yang tidak
sesuai dididiami. Ini berlainan dengan Malaysia
yang berada pada kedudukan yang strategik sebagai `Jantung Asia` dan berada pada pertengahan lalu lalang.
c) Kawasan bencana
Tidak maju sesebuah negara , kerana berada
di kawasan bencana. Misalnya terdedah kepada ribut taufan yang sering melanda
yang banyak berlakunya kerosakan secara berulang.
Bencana juga disebabkan kawasan berada
dilingkaran gunung berapi yang sering meletus dan berlaku kerosakan berulang.
Kemajuan yang dilakukan berulang diikuti berlaku kemusnahan. Contoh Filipina. Namun ada
negara yang gigih menerima bencana dan berulang membangunkan seperti Jepun. Tapi keadaan negara-negara
yang terdedah kepada bencana ini terganggu kemajuan tidak seperti Malaysia yang
berada pada kawasan relatifnya selamat.
Bercana juga diakibatkan oleh tsunami seperti
di Aceh dan Jepun,walaupun bencana sedemikian tidak kerap berlaku, tetapi ianya
ancaman bagi kemajuan.
d) Wabak
Ancaman ysng berlaku di luar dugaan seperti
Wabak Covic 19 yang benar-benar menguji manusia. Akibatnya berlaku gangguan
bagi perkembangan ekonomi, komunikasi dan pelancongan. Banyak kesukaran berlaku jika berterusan.
Semua pihak sedang berusaha bagi menghapuskan wabak ini,
Selain dari faktor fizikal muka bumi, cuaca
dan berbagai-bagai faktor alam dan berlakunya kerosakan kerosakan alamiah
yang antaranya di luar dari kemampuan manusia mengatasinya, tapi cuba diatasi,
faktor manusia adalah faktor utama bagi unggul dan mundurnya manusia dan negara.
Faktor utama ini akan dibicarakan berikutnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment