PKPP: PERLAKSANAAN
(Fikrah
Bangi: 591),
BBB: 26 Syawal 1441H. = 18 Jun 2020M. (Khamis).
Dari
segi kronologinya, PKPP adalah berikut dari PKP. PKPB, PKPD dan barulah PKPP.
PKPP
adalah bermaksud `Perintah Kawalan Pemulihan` yang tempohnya ialah dari 10 Jun
hingga 31 Ogos 2020. Ruang masa pemulihan ini bukanlah sesuatu yang muktamad,
kerana tidak semua pemulihan dapat dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Misalnya
untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk itu akan memakan masa lebih lama.
Significant dari tarikh ini:
Ianya
memaksudkan tempoh 100 hari Pakatan memerintah negara, iaitu dari awal Mac hingga 10 Jun 2020.
Dalam
tempoh berkenaan Kerajaan Pakatan Nasuional dapat mengendalikan wabak Covid-19
dengan baik hingga dapat memulihkan kegawatan kepada di bawah kawalan.
Ia
juga bermaksud hingga setakat ini Kerajaan Pakatan Nasional dapat mengendalikan
pemerintahan dengan cemerlang dan mendapat keyakinan rakyat. Diharap tidak
timbul isu ysng menghakiskan kepercayaan rakyat.
Antara
perkara yang segera berlaku pemulihan ialah:
1)
Sekatan Pergerakan
Setelah
tiga bulan berlaku sekatan dan orang ramai begitu tertekan, PKPP menarik balik
sekatan pergerakan. Sempadan antara negeri dibuka. Orang ramai yang ghairah untuk
pulang ke kampung dan dengan PKPP,
tempoh hariraya Idul Fitri masih ada,
maka ianya sebagai satu hadiah kepada orang ramai untuk pulang ke kampung
menemui mereka yang dikasihi yang tersekat dari menemui sejak tiga bulan itu.
Walau bagaimana dengan PKPP orang ramai diingatkan mereka hendaklah menjaga SOP
yang dikenakan sejak PKP. Dengan demikian dapat dijaga dari merebaknya gejala
Covid-19.
PKPP
memberi peluang bagi orang ramai keluar dari `Terkurung` melepaskan kejemuan. Misalnya membawa
anak-anak melawat kawasan rekreasi, mengunjungi zoo dan ke tempat-tempat
yang yang dapat melepaskan kejemuan.
2)
Pergerakan Pengangkutan
PKPP
juga membenarkan pergeraka dengan
kenderaan seperti penggunaan bas, train, LRT, MRT, teksi, grab dan sebagainya.
Perkhidmatan udara yang selama tiga bulan terhenti dan hampir lumpuh dibenarkan
kembali berkhidmat yang pada peringkat permulaan di dalam negara, memberi
peluang orang ramai, misalnya peniaga, pentadbir dan pelajar dapat bergerak
lebih bebas. Mereka yang belajar dapat kembali ke tempat belajar masing-masing.
Dengan
PKPP merancak dan melancarkan pergerakan di darat, udara dan laut. Semua pihak
dingatkan supaya menjaga dari segi SOP.
3)
Kegiatan Pelancongan
Dengan
PKP selama ini menyebabkan lumpuhnya sektor pelancongan dan dikatakan
sebahagian terpaksa golong tikar. Dengan PKPP seolah-olah memberi nafas baru
kepada perusahaan pelancongan, hotel-hotel yang hampir ditutup dan juga
perkhidmatan yang berhubung dengannya. Kini dengan PKPP tempat pelancongan
seperti Langkawi, Bandar Melaka, perkhigmatan pengangkutan yang berhubung
dengannya mulai bernafas kembali dan pemulihan sebenarnya akan memakan masa
nungkin hingga setahun atau lebih.
4)
Sektor Pentadbiran
Adalah
sektor yang turut terganggu. Pejabat-pejabat ditutup.Orang ramai tidak dapat
melaksanakan urusan. Antaranya mengelak dari berlaku konteks dan tidak menjaga
penjarakan. Dengan PKPP pejabat-pejabat kembali dibuka. Urusan dapat dilakukan
termasuk yang tergendala.
5)
Kegiatan Ibadat
Dengan
PKP, solat Juma`at tidak dapat dilakukan. Solat rawatib di masjid dibenarkan
seramai tiga orang – Imam, Bilal dan Siak. Pada bulan Ramadhan tiada berbuka, tiada
tarawih dan tadarus di masjid. Dengan PKPP masjid dibenarkan kembali
berjama``ah dan berjuma`at secara bertahap dan dalam jumlah terhad. Pengajaran
dan tazkirah dibenarkan antara Maghrib dan Isyak. Walau bagaimana menunaikan
Haji masih ditangguhkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment