UKM, 04 Jamadil Akhir = 18 Mei (Selasa):
UKM menyambut usia 40 tahunnya hari ini secara gilang gemilang bertempat di Kampus Bangi. Majlis ini dipuncaki dengan Syarahan DiRaja yang disampaikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibn al-Marhum Tuanku Munawir yang juga Selaku Canselor UKM. Baginda juga melancarkan sambutan 40 tahun UKM.
Majlis hari ini dimulai dengan ucapan Naib Canselor Tan Sri Profesor Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang mengalu-ngalukan para hadirin dan menyebut bahawa Syarahan Diraja yang akan disampaikan oleh DYMM Tuanku Canselor, adalah pertama kali Syarahan DiRaja yang disampaikan di universiti. UKM menurutnya berbangga dengan sejarah tercipta.
Syarahan DiRaja Tuanku mengimbau perjuangan penubuhan UKM dari peringkat awal sejak 1920an dan berterusan dengan pejuang-pejuang bersilih ganti – termasuklah Za`ba dan guru-guru Melayu yang mau mendaulatkan Bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya UKM pada 18 Mei 1970. Baginda menghuraikan Falsafah Universiti – visi dan misi yang lahir dari aspirasi perjuangan rakyat yang mahu bahasa Melayu dimartabat dan digunakan di UKM sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara Perkara 152.
Bermula dengan 192 orang mahasiswa dengan Canselor pertamanya Tun Abdul Razak. Keduanya Tuanku Jaafar hingga kini Canselor Ketiga Tuanku Muhriz UKM berkembang dengan berbagai fakulti dan mahasiswanya bertambah dan hingga kini UKM telah mengeluarkan lulusan berbagai peringkat sejumlah 130,533 orang. (113,868 lulusan sarjana muda, 15,352 lulusan sarjana dan 1,313 lulusan Dr. Falsafah). Kini mereka sedang berkhidmat membangun Negara, bangsa dan agama sama ada sebagai tenaga pendidik, pentadbir, ahli politik, usahawan dan di dalam berbagai bidang professional yang lain sama ada swasta atau awam.
Sementara itu menurut baginda UKM terus berkembang menjadi salah sebuah universiti penyelidikan terkenal di tanah air dan antarabangsa dengan menghasilkan berbagai-bagai penemuan. Kerjasama juga diadakan dengan berbagai pihak bagi kepentingan perkembangan UKM sebagai institusi keilmuan yang penting. Kita berbangga dengan perkembangan dan kemajuan universiti.
Sementara itu penulis sebagai salah seorang pelajar sulung UKM dan terlibat di dalam bidang pengajaran di UKM selama lebih 25 tahun berpeluang sama menghadiri Majlis Sambutan 40 tahun UKM hari ini turut sama menelusuri pameran berhubung dengan penubuhan dan perkembangan UKM. Apa yang penulis dapati pendekatan dan penampilan imej UKM sebelum ini dan Sambutan serta Pameran hari ini adalah lebih bias kepada pihak pentadbiran universiti. Penekanan dibuat dari peringkat tertinggi pentadbiran membawa kepada naib-naib canselor, dekan-dekan dan pentadbir-pentadbir. Perkara-perkara yang asas dan utama diabaikan. Mengapa tidak diberi penekanan kepada:
Kita tidak mahu imej UKM yang bersifat rakyat dan perjuangan diselewengkan. Yang berhak dan patut diberi tempat diabaikan, sedangkan yang tidak berhak diberi kedudukan. Berlaku adillah dalam pendekatan dan tindakan. Sejarah tidak pernah dusta di dalam menegakkan kebenaran.
Sekian.

- Perjuangan rakyat, guru-guru Melayu, pelajar-pelajar, tokoh-tokoh akademik, para penulis, sasterawan dan persatuan-persatuan yang berjuang bagi mewujudkan UKM. Mereka bukan setakat menyuarakan pendapat, tetapi mengadakan kempen-kempen, persidangan, forum dan tunjuk perasaan sehingga tertubuhnya UKM.
- Tidak ada penekanan dalam pendekatan dan pameran terhadap perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa pengajaran di UKM. Bahkan kita berpendapat perjuangan bahasa Melayu ini semakin diabaikan di UKM. Dulu ada Institut Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu, ada Jabatan Persuratan Melayu dan ada Jabatan Linguistik sebagai wadah mempertingkatkan bahasa Melayu bukan saja di UKM, tetapi di dalam negera dan antarabangsa, tetapi institusi-institusi sedemikian telah ditiadakan. Yang mendukung kursus bahasa, budaya dan sastera diperkecilkan kepada peringkat program. UKM seharusnya bertanggungjawab dan melaporkan kepada rakyat tentang usaha UKM meningkatkan bahasa Melayu, khususnya di UKM, kerana ini adalah harapan utama rakyat terhadap UKM.
- Tidak diberi tempat kepada kejayaan UKM melahirkan tokoh-tokoh bahasa dan sastera Melayu yang pada masa lepas begitu ramai dihasilkan oleh UKM, karya-karya mereka ditonjolkan pada peringkat universiti, negara dan antarabangsa. Mereka diberi pengiktirafan dan diberi berbagai anugerah, tetapi kini kering dari penghasilan sedemikian. Kini dengan ketiadaan tokoh-tokoh, UKM sepi dari kegiatan bahasa dan sastera.
- UKM tidak memberi penghargaan kepada aspek kemahasiswaan yang mereka sebenarnya paling utama mewarnai sejarah dan perkembangan universiti. Tidak cukup sekadar menyebut jumlah mereka sahaja. Mereka sebenarnya menubuhkan Persatuan Mahasiswa UKM, menubuh Jawatankuasa Kolej Kediaman, mereka menubuhkan persatuan-persatuan seperti Kelab Sastera UKM, persatuan-persatuan berasaskan disiplin keilmuan. Bahkan tidak diberi perhatian terhadap pergolokan politik mahasiswa seperti IPU, Atma, aspirasi, Pro-Mahasiswa dan berbagai-bagai lagi yang mewarnai pergolakan politik kampus. Banyak buku dan hasil persuratan dan akhbar contoh Gemasiswa, Wadi Siswa, antologi-antologi dan lain-lain yang dihasilkan oleh persatuan dan mahasiswa yang sepatutnya diberi kedudukan dan penghargaan.
- UKM tidak memberi kedudukan yang sewajarnya kepada tenaga-tenaga pengajar UKM, apa lagi yang cemerlang dari peringkat tertinggi ke peringkat bawah. Mereka seharusnya ditonjol dan dipamirkan dengan kejayaan dan penghasilan buku dan kajian yang mereka lakukan. Tenaga pengajar juga mempunyai persatuan-persatuan yang bersifat akademik, peranan dan sumbangan mereka patut diketengahkan.
- UKM telah memaklumkan hingga kini telah mengeluarkan sejumlah 130,533 lulusan UKM pada berbagai peringkat. Patut ditonjolkan bekas pelajar yang berjaya di dalam berbagai bidang seperti politik, akademik, pentadbiran, usahawan, wartawan, ekonomi dan berbagai lagi. Mereka ini mengharumkan universiti.
- Peranan Alumni UKM patut diperkukuh dan ditonjolkan. Selama ini kita perhati pihak UKM tidak memberi kepercayaan terhadap alumni. Contoh ada majlis yang memberi penghargaan kepada alumni dikendalikan oleh pihak universiti, mengapa tidak amanahkan majlis seperti ini kepada alumni ? Mereka lebih matang dan berkelayakan. Pemilihan pemimpin alumni hendaklah dilakukan secara demokratik oleh kalangan alumni, bukan ditunjuk dan dipilih dari kalangan yang menyokong kerajaan dan establishman sahaja.
Kita tidak mahu imej UKM yang bersifat rakyat dan perjuangan diselewengkan. Yang berhak dan patut diberi tempat diabaikan, sedangkan yang tidak berhak diberi kedudukan. Berlaku adillah dalam pendekatan dan tindakan. Sejarah tidak pernah dusta di dalam menegakkan kebenaran.
Sekian.
No comments:
Post a Comment