Sepang-Jakarta-Palembang, 2 - 5 Zulkaedah 1433 = 18 -21
September 2012 (Selasa- Jumaat):
Di atas tujuan tersebut misi kami mengunjungi Palembang yang sebelumnya
telah dibuat hubungan dengan pihak Wali Kota Palembang dan mendapat
persetujuan. Kami ke Palembang
hanya tiga orang Adun sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan
Negeriu Selangor (PADAT) sebagai peneliti permulaan secara umum bagi semua
aspek di atas. Intan Salina Kurator PADAT, khusus untuk membuat penyelidikan
tentang Telepok Dan Kelingkang, manakala pembantunya Encik Hisham turut
menyertainya.
Kami bertolak dan diambil dari Bangi oleh saudara Anas jam
11.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang LCC Sepang dan terus berurus untuk
perlepasan jam 3.00, tetapi pada peringkat akhir boarding Kapal Terbang Air
Asia – kami tidak diterima bertolak, kerana dikatakan lewat. Berbagai usaha
dilakukan, kami tidak juga diterima. Kami menghubungi Palembang , meminta maaf
dan sambutan ketibaan dibatalkan. Walau bagaimana program esoknya jam 10.00 di
Pejabat Wali Kota Palembang telah diatur dan disusun. Pada
asalnya kami bercadang untuk pulang untuk datang pagi esok, tapi tidak ada
penerbangan pagi ke Palembang .
Yang ada sekali sehari jam 3.00 seperti hari ini. Hisham yang agak cekap dan
biasa mengurus penerbangan berusaha mendapat penerbangan alternatif, iaitu
melalui Jakarta – Kami berjaya mendapat tiket
Air Asia ke Jakarta
dan bertolak jam 8.00 malam. Di Jakarta kami bermalam di Hotel Lapangan Terbang,
Sukarno-Hatta. Pada pagi esoknya jam 9.00 pagi bertolak dengan kapal terbang
Garuda dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II disambut oleh
Puan Elyana Pegawai Muzium Palembang (Lulusan Sarja UKM, Bangi). Kami dibawa
dengan kenderaan Wali Kota
ke Pejabat Wali Kota dan disambut oleh Pak Tabrani.
Majlis sambutan diadakan di Dewan Pejabat Wali
Majlis sambutan bermula dengan ucapan dari Adun yang
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sambutan yang diberi. Adun
menceritakan tentang PADAT dan tujuan kehadiran bagi memahami Adat Budaya,
Sejarah dan Warisan di Palembang yang amat rapat dengan negeri Melayu Malaysia
yang raja-rajanya berasal dari Bukit Seguntang, bahasanya bahasa Melayu dan
pakaian sebagaimana disaksikan pada pagi ini ada kesamaan. Adalah menjadi
harapan PADAT jika berkemungkinan dapat menjalin hubungan dan kerjasama melalui
MOU antara kedua pihak yang kelak boleh diadakan kerjasama dua hala di dalam
bidang seni, budaya, sejarah, arkeologi dan persuratan.
Dalam ucapan balasnya Bapak Drs. Hj. Mohd Hosni amat senang
sekali di atas tujuan kehadiran kami dan menyampaikan salam Bapak Wali Kota yang keluar dan sibuk dengan
program kempennya. Bapak Hj. Mohd Hosni menerangkan kepada kami tentang hiraki
pentadbir di Kota Palembang sambil menunjukkan pakaian budaya yang sengaja
dipakai oleh pentadbir dan wakil-wakil daerah. Bapak juga menerangkan tentang
bahan arkeologi, sejarah, seni dan budaya di Palembang . Secara bergurau beliau juga
mnenunggu jemputan dari kami untuk berkunjung balas ke Malaysia , khususnya ke Muzium di Shah Alam. Tawaran berkenaan kami balas
dengan jemputan. Beriukut dari ucapan diadakan soalan, cadangan dan
perbincangan. Antara perkara ditimbulkan ialah mengenai permuziuman, adat dan
pakaian, bahasa dan peranan tokoh ulama` Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan
karya-karya beliau. Pada pertemuan ini juga Intan Salina menayangkan kepada
tetamu yang hadir berhubung dengan Telepok dan Kelingkang.
Selepas check in di Hotel Aryana Duta di sini kami dibawa makan tengahari di Restoran Nasi Padang, kemudian membuat lawatan di Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II yang diberi penerangan oleh Pak Ali dan berikutnya melawat Bukit Seguntang yang banyak menyimpan artifek, khususnya pada zaman Kerajaan Seriwijaya yang diberi penerangan oleh Pak Fitri Ketua Jabatan Arkeologi. Selepas dari lawatan ini yang diiringi Pak Tabrani dan beberapa lagi kami dihantar pulang ke Hotel berehat. Pada malamnya pula kami diraikan – Makan Malam di Pinggir Sungai Musi yang pandangan gemerlap dengan cahaya.Hadir sama pegawai negeri dan camat dan ketua-ketua kawasan. Malam ini juga ada majlis ucapan yang dimulai Pak Hosni bercakap tentang konsep adat ialah orang berakhlak dan orang tak beradab bererti orang `kurang ajar`. Beliau juga secara santai bercakap tentang makanan, pakaian dan bahasa. Adun Bangi dalam ucapan balas juga bercakap secara santai, dalam pencarian ini kita sering mencari persamaan baik dalam budaya, adat resam dan kesenian, tapi jika semua sama tidak ada erti untuk dicari dan dikaji. Dalam hal ini kehadiran kami bukan saja mencari persamaan, tetapi juga kelainan-kelainan yang membeza dan menjadi identiti bagi kita. Inilah ruang lingkup menjadi skop penelitian kami yang kami harap menghasilkan dapatan-dapatan yang menarik bagi kita yang mencerminkan kesamaan, kelainan, pengaruh dan identiti kukuh masing-masing. Adun juga membawa pantun Pisang Emas Di bawa Belayar melahirkan rasa terhutang budi terhadap layanan yang diberi oleh pihak Wali Kota Palembang.
Pada pagi hari kedua (Khamis), kami memulakan lawatan ke
Muzium Negeri yang penerangan diberi Pak Sufyan dan kemudian ke Muzium
Arkeologi dibimbing oleh Pak Fitri yang semalam mengiringi kami ke Bukit
Seguntang.
Selepas dari lawatan-lawatan di atas kami tumpukan perhatian
kepada busana Telepok dan Kelingkang yang diberi perhatian oleh Puan Intan
Salina. Adun, Sham dan Intan diiringi oleh Elyana ke Perusahaan tangan Puan
Zainab menghasilkan Busana Kelingkang yang bermacam jenis baik bagi pakaian
anak-anak, bagi pengantin, selepas berkahwin, pakaian kelingkan untuk tunaikan
haji dan selepas pulang dari haji. Kami turut membeli bahan berkenaan. Sebelum
dari itu kami ke Toko Kain Ramayana mencari songket, baju, telekong dan mekana.
Pada tengahari hari ini kami meraikan Pak Tabrani, pegawai-pegawai dan
pengiring-pengiring kepada kami, makan tengahari di Kedai Makan Melayu dan
selepas ke Toko Ramayana kami kembali rehat di Hotel.
Pada pagi Jumaat sebelum pulang ke Malaysia, kami sekali
lagi mengunjungai Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II dan ke Toko Ramayana
membeli songket di Toko Ibu Ana Kumari dan pulang terus dirai oleh Pak
Tabrai dan Elyana ke Lapangan Terbang berangkat pulang. Sesungguhnya layanan
diberi di luar dugaan kami. Kami amat terhutang budi di atas layanan yang
diberi, bahkan pertemuan dan Majlis Keraian Makan Malam yang diberi oleh Wali Kota diberi liputan dalam
TV Republic Indonesia – satu penghormatan diluar dari dugaan kami.
Terima kasih.
Sekian.
Salam Dr. Di mana pengrajin atau penyulam kalengkan itu? Bokeh saya tau dusun apa? Atau di mana lokasi kedai nya.
ReplyDelete