BBB, 25 Syawal 1433 = 12 September 2012 (Rabu):
Pelan di atas telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato` Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa 11 September semalam. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Sebarang pola dan acuan yang dirangka dan dilaksanakan memberi kesan pada generasi rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang sedar akan natijah dan implikasi PPPM seharusnya bersifat pro-aktif dan memberi respon terhadap PPPM agar jangan sampai pelan ini berjalan baru disedari akan ketempangan dan kecacatan. Akibatnya untuk berundur atau membaiki kembali lebih sukar dari memulai di samping kerugian masa, tenaga, kewangan dan kerosakan yang dialami. Ingatkah dengan Dasar PPSMI yang dijalankan secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak melalui kajian mendalam terlebih dahulu itu?
Pendidikan pada dasarnya adalah respon terhadap perkembangan semasa, respon ini mungkin bersifattergesa-gesa, ikut-ikutan dan tidak dibina secara komprehensif sebagai lebuhraya pendidikan dan simpang-simpang yang dapat dilalui kafilah generasi dengan selesa, selamat dan sampai kepada matlamat.
Berhubung dengan Pembangunan Pendidikan Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan (kini Tan Sri) Mantan Rektor UIAM dalam bukunya yang berjudul, Pendidikan Dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu menampilkan pendapatnya dalam Kata Pengantar bukunya ini;
"Pendidikan dan Pembangunan adalah dua isu besar masa kini yang sentiasa mengundang perhatian serius dari para sarjana termasuk cendekiawan dan pemikir Islam, kerana ia merupakan dua sarana pokok bagi pembentukan budaya, individu dan corak masyarakat."
Fokus utama bagi PPPM tidak lain dari pembinaan 'insan' atau manusia itu sendiri menurut pola dan acuan yang dapat mencapai objektif PPPM.
Menampilkan PPPM sebagai satu gagasan yang besar seharusnya mempunyai mukadimah yang melihat kepada sejarah dan realiti pendidikan Malaysia yang berusia lebih dari setengah abad itu yang antaranya berdasarkan Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan lain-lain, adakah dasar pelajaran yang diasaskan kepada penyata-penyata berkenaan dianggap gagal atau lemah, apakah relevansinya dengan PPPM adakah antaranya mempunyai korelasi dan pengukuhan atau sebaliknya. Latar kekuatan atau kelemahan perlu ditampilkan sebagai bahan bukti sejarah pendidikan yang perlu ditoleh bagi membina kekuatan masa depan. Mukadimah ini tidak diberi sebagai latar bagi pembukaan premis awal yang melihat Pembangunan Pendidikan itu seharusnya bersifat futuristik, komprehensif, telus dan demokratik. Penggunaan istilah-istilah berkenaan begitu besar dan menarik. Adakah ideal berkenaan dapat dipikul oleh PPPM?
Sebagai premis kedua apa yang diistilahkan sebagai gelombang satu hingga tiga yang memfokuskan kepada peningkatan petadbiran, kemahiran guru dan infra-struktur bagi PPPM. Manakala apa yang diistilah dengan bidang keutamaan lebih kepada peningkatan alam keliling bagi pembelajaran dan apa yang disifatkan sebagai anjakan adalah sebagai Natijah hasil dari dua premis di atas. Namun apa yang dipecahkan kepada tiga gelombang pada hakikatnya bukan satu pengasingan, tetapi seharusnya bergerak serentak, bukan sebagai hasil secara tertib dan seturut. Natijah ini boleh disifatkan sebagai objektif. Namun rumusan dari berbagai objektif ini berfokus utama ialah Pembinaan Pembangunan Insan itu sendiri. Namun kita tidak nampak kedalaman, keluhuran dan keindahan dari segi pembinaan insan itu sendiri. Misalnya pembangunan dari segi kreativiti minda yang melahirkan pemikir, pereka, pembangun yang inovatif sifatnya contoh melahirkan negarawan dan filosof, mereka yang mendalam dari segi kerohanian melahirkan tokoh keagamaan yang tinggi dengan rohani, akhlak dan peribadi atau melahirkan insan yang kaya dengan imaginasi dan kreativiti yang memperjuangkan kemanusiaan dan keihsanan. Dari segi lebih idealnya ketiga-tiga elemen ini seharusnya tidak terpisah, bahkan bersatu dalam satu diri, iaitu seorang mampu berfikir dan bertindak patuh kepada nilai, akhlak dan keagamaan dan berdaya kreatif (namun ada berlebih kurang elemen-elemen berkenaan dalam diri seorang insan). Apabila terhimpun dalam masyarakat insan-insan sedemikian, mereka menjadi faktor pembinaan masyarakat dan memancarkan nilai berperadaban dan ketamadunan.
Melihat kepada PPPM, ianya terhad kepada peringkat persekolahan, tetapi tidak menyeluruh kepada peringkat tinggi yang menjadi puncak kejayaan. Ada semacam tidak ada kerjasama antara pendidikan persekolahan dengan peringkat pengajian tinggi. Peringkat pengajian tinggi ini seharusnya dipaparkan dengan lebih lengkap dan sempurna sebagai puncak pendidikan yang menghasilkan insan unggul dalam berbagai bidang dan berjaya dalam kerjaya juga di dalam berbagai bidang. Peringkat ini sebenarnya lebih ketara untuk menilai mutu pendidikan sama ada bertaraf antarabangsa atau hanya bertaraf Negara sahaja. Pada tahap ini juga dapat dilihat bagaimana pencapaian tahap global yang memungkinkan kerjasama pada peringkat antarabangsa.
Akhirnya hasrat mewujudkan PPPM sepatutnya murni, tetapi dilihat dari satu sisi penampilan gagasan PPPM dalam tempoh dekatnya dengan pilihanraya, maka dilihat gagasan ini tidak sunyi dari bermotif politik. Cadangan untuk membawa PPPM peringkat permulaan ke dalam sidang parlimen terdekat dilihat amat suntuk dan pendek masa yang tidak banyak memberi ruang untuk kritikan, cadangan dan pembaikan. Tempoh tiga bulan terlampau pendek untuk kajian, sepatutnya laporan diedarkan dalam bentuk buku kepada berbagai pihak yang releven secara lebih awal, agar ianya dapat dibaca dengan lanjut dan teliti agar memberi ruang kepada kritikan, cadangan dan pembaikan lebih lama dan PPPM menjadi lebih mantap dan tidak tergugat.
Dasar Pendidikan Negara melibatkan rakyat semua dan generasi muka. Adalah hak rakyat memberi pendapat, kritikan dan cadangan. Beri ruang dan masa yang selesa untuk mencari kesempurnaan Dasar Pendidikan Negara, khususnya PPPM.
(Tulisan ini bersifat respon semerta dan akan diikuti tulisan-tulisan yang lain dari masa ke masa, menurut kesesuaian isu).
Sekian.

despite da fact that educati0n ref0rmation idea is well received, i have concerns that dis is an0ther empty plan came up by the Ministry. l0ts of c0re elements are n0t being addressed well. one of it is English proficiency. adding English literature as a necessity subject will n0t address said issued since literature is NOT a communicati0n t0ols. thus, weakness in English proficiency am0ng students will n0t be decreased. plus, there is n0t clear remarks in the Blueprint on h0w Ministry wants t0 impr0ve students English pr0ficiency. what remedial supp0rt will be given? c0re m0ves menti0ned is on teacher's upskilling. isn't that what had been d0ne all dis while? i really h0pe i can sit with any0ne to discuss this issue further since i d0 have numbers of s0luti0ns t0 impr0ve educati0n quality.
ReplyDelete