May 8, 2014

Beberapa Perkembangan Mengenai Masjid Al-Umm

-->
BBB, 07 Rajab 1435 = 07 Mei 2014 (Rabu):

Bagi makluman penduduk Bandar Baru Bangi, terutama penderma-penderma dilaporkan mengenai pembangunan Masjid Al-Umm. Setakat ini perjalanan dan progress pembinaan berjalan dengan baik dan mengikut jadual. Tiga jawatankuasa berterusan memonitar perjalanan dan mengadakan mesyuarat memastkan perjalanan pembangunan berjalan dengan lancar dengan mesyuarat berturut minggu dalam sebulan diadakan bermula:


1)      Mesyuarat AJK Tapak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Hussin  Mantan Pegawai Pembangunan di Ikram
2)      Mesyuarat AJK Teknikal yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ishak bin Arshad Mantan Pengarah Pembangunan UKM yang kini Pensyarah bahagian kejuruteraan UKM
3)      Mesyuarat AJK Induk dipengerusikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar Mantan Adun Kajang dan Bangi dan Mantan Profesor Madya UKM.

Berikut dari antara keputusan mesyuarat Induk terakhir pada 29 April 2014 yang lepas pihak AJK bersetuju meninjau kemungkinan membeli satu unit daripada rumah semi-D di hadapan masjid bagi kepentingan masjid akan datang seperti asrama bagi pelajar tahfiz, rumah tumpangan bagi pengaji-pengaji dari jauh yang datang belajar di hujung minggu di pengajian terbuka Masjid Al-Umm atau pejabat pentadbiran atau rumah tumpangan guru/penceramah jemputan atau imam. Sebenarnya sebelum dibina perumahan berkenaan (6 unit), pihak AJK pembinaan Masjid Al-Umm telah berjumpa Kontroler PKNS Bandar Baru Bangi, memohon bagi dijadikan tapak berkenaan bagi kawasan parking, tapi dimaklumkan ia adalah tanah Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) Anak Syarikat PKNS dan bangunan disiapkan dalam masa diusahakan pembangunan Masjid Al-Umm.


Bagi mendapat maklumat bagi kemungkinan membeli rumah di atas, pihak AJK telah menghubungi pihak SIC untuk menghantarkan pegawainya dan hari ini pihak SIC menghantar pegawainya, iaitu En. Musleh bin Ahmad ke perumahan SIC hadapan tapak masjid. Pada jam 10.00 pagi ini (7 Mei 2014) sebagaimana dijanjikan Penulis selaku Pengerusi Induk Pembangunan Masjid Al-Umm disertai Tuan Haji Suib Maulud Setiausaha, Tuan Haji Abdul Rahman Daud AJK dan Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar Setiausaha Kerja hadir sama ke pertemuan. Kami dimaklumi hanya tinggal satu unit daripada 6 unit rumah 2 setengah tingkat di atas (no. 4) yang belum ditempah. Kami meninjau ke dalam rumah di atas. Kami diberi dokumen termasuk harga bagi satu unit rumah berkenaan yang keluasan tanah 40`x145` (lima bilik tidur, 5 bilik mandi dibina atas 3,600 kaki persegi. Harga bagi unit no. 4 adalah lebih sedikit dari satu juta ringgit.
Kami membuat tempahan dan bercadang untuk mengadakan rundingan lanjut terutama dari segi harga.


Sementara itu kelmarin jam 10,00 pagi (6 Mei 2014) Penulis selaku Pengerusi AJK Induk hadir bagi meninjau perkembangan tapak ke Mesyuarat AJK Tapak yang dihadiri pihak kontrektor, arkitek dan mereka yang berkenaan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Hussin. Penulis mendapat maklum bahawa progress pembinaan tapak berjalan mengikut jadual. Selepas mesyuarat Penulis melawat tapak pembinaan yang setakat ini piling, penanaman cerocok, pemasangan cap sebelum pembinaan tiang sudah dijalankan. Sedikit defector yang berlaku akan diperbetulkan. Menurut Tuan Haji Ghazali pengujian akan turut dijalankan dengan menggunakan peralatan syarikatnya jika perlu secara percuma.

Sementara itu pada sebelah petang 6 Mei 2014 kelmarin juga diadakan temuduga dengan beberapa syarikat yang masuk bagi membeda kontrek bagi membina kubah bagi masjid Al-Umm. Hadir sama ke temuduga selain daripada Penulis, ialah Tuan Haji Ishak Arshad Pengerusi AJK Teknikal, Tuan Haji Suib Setiausaha, Tuan Haji Abdul Rahman Daud AJK, Raja Fuaddin Ahmad Arkitek Urusbina, Mohd Safari Ahmad Tetuan Safari Ingeniuers, Mohd Ashri Yusuf Tetuan May Consult dan Nik Muhammad Adham Nik Anuar Setiausaha Kerja. Ada tiga syarikat yang membeda bagi membina kubah Masjid Al-Umm, iaitu Aktif Aluminium Sdn. Bhd. Dari kawasan Perusahaan Budiman, Cheras.
Syarikat Kubah Anum dari Taman Seri Rampai Setapak dan Syarikat Ta Decke Sdn. Bhd. Dari Subang Jaya.


Masing-masing dari syarikat-syarikat berkenaan telah membentang proposal dan bentuk kubah dan spesifikasi berkenaan. Wawancara lebih bersifat perbincangan yang melibatkan bentuk, material, ketahanan, layers, siling bagi kubah dan colour. Ketiga-tiga syarikat telah pernah membina kubah-kubah di masjid-masjid dan surau-surau. Berbincangan tidak terhenti setakat hari ini. Ketiga-tiga syarikat bersedia datang untuk mengemukakan cadangan lebih spesifik termasuk menggunakan IT.

Adalah diharapkan pembinaan Masjid Al-Umm tiga tingkat ini berjalan lancar yang dijangka siap pada pertengahan Mei 2015. Persiapan yang bersifat pengisian, khususnya dari segi keilmuan juga sedang disusun. Adalah diharapkan Masjid Al-Umm akan menjadi induk bagi konsep `Wadi Ilmu` yang mengukuhkan identiti Bangi Bandar Ilmu. Sumbangan adalah dialu-alukan bagi menjayakan projek berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment