BBB. \, 03 Syawal 1435 = 30 Julai 2014 (Rabu):
Sebagaimana disebut bahawa estetika adalah jalur terpenting
di dalam Teori Takmilah. Dialah yang mencirikan seni dalam sesuatu bidang yang
dibicarakan. Kewujudan elemen seni di dalam sesuatu bidang seni memperlihatkan
sejauh mana kemampuan seni seorang pengkarya atau pencipta hingga karya atau
penghasilannya memuncak dari segi kesenian dan seninya yang digarap dengan
nilai-nilai keislaman memberi impak kepada khalayak kesan kesenian dan mesej
pendidikan dan pengajaran yang mau disampaikan. Sekali lagi dari segi prinsip
bahawa Allah Jamal, Rasul Ahsan, Islam
ihsan adalah jalan-jalan bagi meniti kepada peringkat tertinggi dari segi
estetik kepada Takmilah. Seni bina masjid adalah tema yang rapat dengan Islam.
Menonjol dari segi masjid tentang estetika lahiri, rohani dan maknawi.
Masjid Al-Umm diharap menjadi sebuah masjid yang menyediakan
ruang unggul bagi ketaqwaan dan unggul juga dari segi Estetika Sekitaran dan
Binaan. Sekali lagi dari segi prinsip bahawa segala kejadian dicipta oleh Yang
Maha Indah dan termanifestasi keindahan pada segala ciptaanNya. Sebarang
keburukan adalah nisbi bagi keindahan dan ianya boleh ditingkatkan dari sifat
relative keburukan kepada positif keindahan.
Sebuah masjid walaupun betapa indah dan gah dari segi pembinaan fizikalnya, maka tidak
sempurna indahnya jika ianya tidak berada di dalam sekitaran yang
mengharmonikannya. Misalnya sebuah masjid besar berada di dalam sekitaran yang
binaan kelilingnya tidak teratur, tiada sebarang taman yang menyerikannya, maka
daya tarikan dan keindahanya hilang, bahkan jika sekiranya ianya berada di
tengah kesebokan dan kebisingan kelilingan menghilangkan kedamaian, keheningan
yang dapat memberi rasa kekhusyukan bagi yang mau beribadat dan beriktikaf di
dalamnya.
Sebagai contoh, Taj Mahal, walaupun bukan sebuah masjid,
tapi diambil contoh dari segi seni bina dan seni taman sekitarannya, Taj Mahal
berdepan dengan ketenagan kolam air yang dikiri kanannya barisan pokok-pokok
berjejajaran menghijau - harmoni dari segi pandangan, menyejuk mata memandang
dan menenangkan jiwa dan fikiran.
Peranan dari segi senibina sebuah masjid itu sendiri
menyumbangkan dari segi estetika. Misalnya Masjid Umawi di Damshiq dari segi
tiang dalaman dengan lengkungan di atasnya, masjid Jami` Isfahan dengan pintu
gerbangnya, masjid Sulaimaniyyah Istanbul dengan kubah-kubahnya yang banyak,
Masjid Nabawi kini dengan menara-menaranya yang besar dan banyak, Masjid Demak
Jawa dengan atap tumpang bertingkat dan Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam
dengan Kubah Terbesarnya.
Masjid Al-Umm yang dalam pembinaan dilihat dari segi
sekitaran sekarang tidaklah begitu menarik. Bahagian hadapan bangunan masjid
ini seharusnya bertanah lapang yang dapat dibentuk dari segi seni tamannya,
tetapi diganggu oleh rumah-rumah semi D yang didirikan selepas Masjid Al-Umm
diusahakan pembinaan, walaupun sebelumnya pihak AJK memohon agar kawasan itu
tidak didirikan bangunan, tapi permohonan tidak dilayan. Namun hiasan taman
masih dapat dilakukan dengan merangka seni taman bagi kawasan dalaman pagar
masjid, keliling padang
bersebelahan, tepian semua jalan ke masjid sama ada dari hadapan, di hadapan
Sekolah dan jalan berdekatan Medan Usahawan. Semua pintu pagar masuk masjid
patut direkabentuk beridentiti Masjid Al-Umm sebagaimana pintu pagar masuk bagi
Masjid Salahuddin yang berbentuk tangan menengadah dan tiang-tiang tersusun
secara tidak berawal dan tidak berakhir. Oleh kerana tapak masjid Al-Umm berada
pada tanah tinggi dan bangunan Masjid agak tinggi – tiga tingkat, mengatasi
ketinggian dari perumahan yang ada sekelilingnya, maka peranan landscaping
penting di dalam memprojekkan bangunan Masjid Al-Umm seolah-olah bangunan tinggi
yang kudus memayungi kawasan sekeliling dengan dua menaranya gagah dan kubah
terserlahnya agar kelihatan dari jalan masuk dari Tol Bangi, juga kelihatan
dari jalan, Jalan Reko ke Bangi. Masjid Al-Umm hendaklah menjadi `Land mark`
utama kemasukan ke Bandar Baru Bangi dari koridor selatan negeri Selangor.
Setakat ini Masjid Al-Umm harmoni dari segi estetika maknawi,
bahawa Masjid Al-Umm sebagai tempat ibadat dan pendidikan harmoni dengan
kelilingan. Sekitaran Masjid Al-Umm ada
10 buah surau, iaitu:
1) Surau Al-Ehsan 2) Surau Al-Nur
3) Surau Al-Ittihad 4) Surau Al-Istiqamah
5) Surau Al-Ridhwan 6) Surau Al-Mawaddah
7) Surau Al-Falah 8) Surau Al-Taqwa
9) Surau Damai 10) Surau Al-Umm
Sekolah
1) Sekolah Rendah
Kebangsaan 2) Sekolah Menengah
3) Sekolah Rendah
Keb. Jln. 6 4) Sekolah Agama Integrasi
5) Sekolah Agama
Al-Falah 6) Sekolah Agama Istiqamah
1) Kompleks Pendidikan Islam Bangi
1) Darul Shifa` Bangi
Masjid Al-Umm harmoni dari segi maknawi dengan semua
institusi-institusi pendidikan berkenaan yang berfungsi dalam pendidikan.
Bahkan dengan kelompok institusi-institusi berkenaan menjadikan kawasan
berkenaan sebagai `Wadi Ilmu` berindukkan Masjid Al-Umm yang mengukuhkan sama
Bangi Bandar Ilmu.
Adapun dari segi fizikal, sebagaimana dari segi landscaping
dapat dibentuk semuanya sebagai berada di dalam suatu taman – Taman Fizikal dan
Taman Ilmu, maka bangunan yang bakal muncul seharusnya menjaga dari segi
kesesuaian dan keharmonian dengan Masjid Al-Umm. Sebagai contoh AJK Pembinaan
Masjid Al-Umm berhasrat untuk membangunkan kawasan Medan Usahawan sebagai
Kompleks Keilmuan di bawah Masjid Al-Umm, maka bangunan di sini, jika
terlaksana hasrat ini hendaklah beridentiti dan harmoni dengan bangunan Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment