November 26, 2015

Ciri Estetika-Takmilah Senibina Masjid Al-Umm


BBB, 13 Safar 1437 = 25 November 2015 (Rabu):
Sedar atau tidak, bahawa di dalam menyediakan plan arkitek bagi Masjid Al-Umm, pihak yang merangka plan berkenaan (Arkitek Urusbina) ber`Pandangan Wujud` bersifat alamiah tentang keindahan dan kesempurnaan, ialah sesuatu yang berciri harmoni dari segi kedudukannya. Ia adalah merupakan aspek falsafah Takmilah. Secara lebih luas bahawa `Pandangan Wujud` tentang `Indah-Sempurna` Takmilah bagi pembinaan Masjid Al-Umm yang diluluskan oleh MPKj bertarikh 4 Disember 2013 antaranya mengandungi elemen-elemen berikut:
1)      Seimbang
2)      Bersamaan
3)      Bertentangan
4)      Berlawanan
5)      Sebelah menyebelah
Elemen-elemen di atas dapat dilihat pada plan arkitek dan juga pada binaan masjid yang diaplikasikan kepada reka bentuk masjid berkenaan. Ciri-ciri ini dapat dilihat dari bahagian atas dari bahagian bumbung dan atap, ke aras satu (tingkat tiga dari aras bawah tanah), aras utama (tingkat dua) dan aras bawah tanah (tingkat satu). Bagi setiap elemen mempunyai persamaan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dan jika ianya satu unit sahaja, maka ianya berada pada bahagian tengah yang boleh dibahagi dua yang sebelah menyebelahnya adalah juga sama.
Bagi  memahami lebih jelas, kita ambil plan bagi aras satu (tingkat tiga). Di dalam plan bahagian ini (dilihat dari bahagian depan) mengandungi:


1 Ruang kosong yang kelihatan ke bawah ialah lantai bagi ruang utama bagi solat yang di bahagian depan yang menjadi titik tengah bagi dua bahagian – kanan dan kiri. Pada bahagian kanan dan kiri ke depan juga kelihatan ruang lempah bagi aras utama yang sama keluasannya. Adapun bahagian tengah aras satu ialah ruang solat muslimat yang dari bahagian tengahnya adalah sama keluasannya. Bagi bahagian kanan dan kiri bagi ruang solat muslimat ini terdapat ruang kosong pada bahagian kanan dan kiri yang sama ukuran. Pada bahagian kanan sebelah hadapan di sebelah kanan dan juga bersamaan di sebelah kiri ialah  ruangan bagi bilik-bilik  mesyuarat di kanan dan pada sebelah kiri adalah bilik seminar yang keluasan adalah sama. Manakala ruang paling kanan dan paling kiri adalah ialah bilik air dan tempat wudhu` yang ada sebelah menyebelah. Untuk ke bilik air pada kanan dan kiri ini adalah melalui jalan di belakang ruang muslimat yang jalan ini boleh turun melalui tangga ke aras utama sama ada pada sebelah kanan dan juga kiri. Bahkan juga ada tangga untuk menaiki ke bahagian bumbung dan atap, ke menara dan juga ke bahagian kubah. Bahkan pada bahagian belakang dari jalan ke kanan dan ke kiri adalah bilik-bilik kanan dan kiri, iaitu bilik tahfiz dan  perpustakaan. Pada bahagian tengah adalah ruang kosong bagi pergerakan udara dan cahaya.
Kembali kepada elemen Estetika-Takmilah, bahawa ruang-ruang dan bilik-bilik adalah bersifat dua-dua yang kiri kanannya adalah bersamaan. Ini adalah `Pandangan Wujud` yang dilihat oleh perangka plan arkitek adalah ciri `Indah-Sempurna` bagi perangka dan pereka plan bagi Masjid Al-Umm. `Pandangan Wujud` bersifat alamiah ini, bukanlah asli dari pereka plan berkenaan, lantaran ianya adalah salah satu pandangan dominan dari sudut `Pandangan Wujud`, tetapi itulah `Pandangan Wujud` yang berciri estetika pereka plan, yang kalau tidak boleh dikatakan ikutan, tetapi adalah merupakan pandangan dominan bagi kebanyakan `Pandangan Wujud`.
Kelima-lima aspek yang disusunkan di atas dapat dilihat pada plan arkitek, bahkan diaplikasikan pada bangunan, walaupun pada bahagian tambahan bagi pelan asal.
Bagi aspek pertama, iaitu elemen berimbang, maka jelas pada bahagian kanan bagi aras satu (tingkat tiga) ini ada pada bahagian ruang kosong pada bahagian kanan ada juga ruang sedemikian pada sebelah kiri. Ada pada bahagian kanan bahagian depan satu bilik, maka demikianlah juga pada bahagian kiri, seterusnya ada bahagian tepi kanan bilik air, maka demikianlah juga pada bahagian kiri. Pada bahagian belakang ada  bilik di kanan, maka demikianlah pada bahagian kiri. Seterusnya adalan jalan ke kanan dan kiri, sama ada untuk ke bawah atau ke atas. Adapun bahagian kosong yang di bawahnya ruang utama dan ruang solat muslimat dapat dilihat garis tengah bagi kedua bahagian kanan dan kiri adalah sama dari segi pembahagian dan keluasan.
Ruang-ruang yang sama dapat dilihat dari segi bersamaan, lantaran ruang-ruang yang ada pada bahagian sebelah kanan adalah bersamaan dengan sebelah kiri, demikian bagi bersamaan, maka dapat juga dilihat sebagai bertentangan antara satu belah dengan sebelah yang lain, demikianlah juga dengan penggunaan kata berlawanan dan sebelah menyebelah. Dan mungkin istilah-istilah yang lain yang dapat digunakan bagi dua belah yang bersamaan, berlawanan dan sebagainya..
`Pandangan wujud` sebagai ciri estetika Takmilah ini juga dapat dilihat kepada pembahagian kepada bahagian atas – kawasan berbumbung dan beratap yang bahagian tititik tengah ialah `Kubah` - juga mihrab bahagian atas yang boleh dilihat sebelah menyebelah adalah persamaan dari segi ruang bagi atap, terdapat menara sebelah menyebelah satu di kanan dan satu dikiri
Kelima-lima elemen di atas juga boleh diaplikasikan kepada ruang pada  aras utama bagi solat yang dari mihrab membahagi dua ke belakang sebagai pintu masuk yang di atasnya bersifat gerbang. Pada permulaan kemasukan melalui pintu gerbang, maka pada sebelah kanan ada kawasan bilik air dan wudhu`. Demikian pada sebelah kiri. Sebelah kanan ada sebuah bilik, maka demikianlah pada sebelah kirinya. Pada sebelah kanan ada ruang garden kecil demikianlah pada sebelah kiri dan pada sebelah kanan bagi ruang solat utama ada ruang lempah bebas dari air-cond., maka demikianlah pada bahagian sebelah kiri. Demikian juga pada sebelah kanan ada tangga untuk turun ke bawah – aras bawah tanah, maka demikianlah juga pada bahagian sebelah kiri terdapat tangga untuk tiurun ke bawah.


Bagi ruangan bawah tanah ruangnya tidak sebanyak ruang aras satu dan utama, tetapi dapat juga dibelah bahagi kepada dua bahagian yang bersamaan, bertentangan dan sebelah menyebelah. Ruangan ini separuh dari bahagian ruang utama pada bahagian atas. Lantainya dapat dilihat sebagai membahagi dua dengan berpaksikan kepada mihrab sebagai titik tengah, maka kiri kanan ruang adalah bersamaan. Jika sebelah kanan mempunyai pintu dan tingkap, maka demikianlah dengan bahagian sebelah kiri. Jika sebelah kanan ada satu bilik bagi aqad, maka di sebelah kiri ada bilik sebagai bilik persediaan makanan.
Demikianlah elemen seimbang, bersamaan, bertentangan, berlawanan dan sebelah menyebelah atau belah bahagi dapat dilihat pada semua aras, bahkan dapat dilihat kepada bahagain bumbung dan atap. Ciri ini diperterunkan oleh arkitek dari `Pandangan Wujud` yang merupakan ciri estetika baginya, walaupun bukan `Pandangan Wujud` asli baginya.
Letak-atur tersebut adalah merupakan sebahagian dari ciri estetika-Takmilah senibina bagi Masjid Al-Umm.

Sekian.

1 comment:

  1. Salam Dr.
    Masih giat menulis. Semoga kami masih dapat mengutip manfaat Dr. dari jauh.

    ~Azlin, Merlimau
    ex-warga BBB
    ex-IPU
    ex-Muslimat Serdang
    isteri Zulkhairi ex-Presiden Jasa UKM

    ReplyDelete