BBB, 30 Safar 1438H. = 30 November 2016M.
(Rabu):
Abu Bakar al-Kalabadzi juga
menampilkan `Konsep Keimanan` iaitu
topik yang penting yang seharusnya telah
dibicarakan pada peringkat awal lagi – terutama tentang Islam dan Iman dan di
manakah kedudukan tasawuf. Dengan itu dapat difahami skema tasawuf bersama Islam dan Iman dari
peringkat awal lagi.
Islam
selain dari memahami bahawa ialah
mematuhi kelima-lima rukun Islam, juga Islam adalah bersifat menyeluruh sebagaimana dibicarakan oleh Maududi di dalam
bukunya `Toward Understanding Islam, bahawa segala yang wujud adalah Islam
(menyerah ikut aturan) terhadap Allah, termasuklah manusia yang dengan Islam
yang bermaksud selamat, turut selamat.
Manakala Iman yang pada pokoknya yakin dan
berpegang dengan rukun Iman, dan
di dalam konteks yang lebih luas, memahami semua dengan kedudukan dan peranan
yang dilaksanakan, maka ianya memberi
keamanan terhadap wujud, alam dan termasuklah manusia. Dalam mana apabila
meyakini ketuhanan dan melihat keseluruhan adalah dari qudrat dan kemahuanNya,
maka keseluruhan termasuk manusia berada
di dalam keamanan termasuk dari segi minda, hati nurani dan rohani.
Kata Sayid Sabiq Mantan Rektor Universiti
al-Azhar di dalam bukunya yang berjudul: ``Akidah Islam` (terjemahan):
``Keimanan itu bukanlah semata-mata ucapan
yang keluar dari bibir dan lidah saja, atau hanya semacam keyakinan dalam hati
belaka, tetapi keimanan yang sebenar-benarnya adalah merupakan suatu akidah
atau kepercayaan yang memenuhi seluruh isi hati nurani dan dari situ akan
muncul pulalah bekas-bekas atas kesan-kesannya, sebagaimana munculnya cahaya
yang disorotkan oleh matahari dan juga sebagaimana semerbaknya bau harum yang
disemarakkan oleh setangkai bunga mawar.`` (Sayid Sabiq, Akidah Islam, Pustaka
Nasional, Singapura, 1991: 96)
Berkata Abu Bakar al-Kalabadzi, pada
pendapat jumhur sufi, bahawa iman, ialah perkataan, amalan dan niat. Dan makna
niat ialah tasdiq (membenarkan). Mereka juga berkata, asal iman iqrar lisan,
dan tasdiq dengan hati dan cabangannya ialah beramal dengan segala yang fardhu.
Mereka juga berkata, iman ialah pada zahir dan batin merupakan sesuatu yang
satu, iaitu hati dan pada lahirnya, ialah sesuatu yang berlainan.
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.
daripada jalan Ja`afar bin Muhammad daripada bapanya daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
``Al-iman iqrar dengan lisan, tasdiq dengan
hati dan amal dengan rukun-rukun.``
Kaum sufi juga berpendapat beriman
hendaklah melibatkan zahir dan batin dan tidak boleh beriman pada zahir, tetapi
tidak pada batin atau sebaliknya dan tidak boleh beriman pada satu bahagian dan
tidak pada bahagian yang lain.
Mereka juga berpendapat bahawa iman boleh
bertambah dan boleh berkurang.
Berkata Al-Junayd,Sahl bin Abdullah dan
lain dari keduanya, bahawa tasdiq adalah bertambah dan tidak boleh berkurang, berkurangnya
boleh keluar daripada iman, kerana
bahawasanya ia melibatkan kepada tasdiq kepada khabar-khabar tentang Allah dan
janji-janjiNya, wujud sebarang syak padanya boleh membawqa kepada kufur, dan
bertambahnya dari segi kekuatan, yakin dan iqrar lisan tidak bertambah dan
tidak berkurang, dan amalan dengan
arkan boleh bertambah dan berkurang.
Iman di kalangan penganut ada yang kuat dan
lemah sebagaimana ,
Hadith diriwyatkan daripada Abi Sa`id
al-Khudri r.a. berkata, aku mendenfgar Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):
Siapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya
dengan tangannya, maka jika dia tidak berkuasa hendaklah dengan lisannya, maka
jika dia tidak berkuasa, maka dengan hatinya, dan demikian adalah selemah-lemah
iman. Riwayat Muslim.
Maka para anbiya` adalah ma`sum daripada terjatuh kepada
perkara-perkara maksiat, dari perkara-perkara dilarang. Mereka memelihara
perkara yang fardhu tanpa taksir. Maka tidak boleh disifatkan sebagai
kekurangan pada sesuatu pada sifat mereka dari segi hakikat keimanan..
Berkata kalangan shaykh-shaykh bahawa
hakikat iman itu ada empat.
Pertama tauhid tanpa had, kedua dzikr
berterusan, ketiga hal tanpa na`at dan wajad tanpa waktu. (berterusan).
Kata mereka itu, sidq dengan iman ialah
membesarkan Allah dan buahnya ialah malu daripada Allah.
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Syirik itu lebih halus pada umatku
daripada pergerakan semut di atas safa pada malam yang gelap`` - Riwayat al-Hakim.
Disoal kepada setengah shaykh tentang iman,
katanya, ``Engkau menurut sebenar sebagaimana keyakinan engkau dengan
menghilangkan sebarang keraguan, menjauhkan engkau dari syirik Menyaksikan
pembuktian secara zahir dan ghaib,
Yang lain disoal juga tentang keimanan,
maka katanya, ``Iman ialah keyakinan yang tidak berlaku padanya percanggahan.``
Kata setengah mereka iman dan Islam itu
satu.
Yang lain melihatnya Islam ialah am dan iman ialah khas.
Kata yang lain, Islam itu zahir dan iman
itu batin
Kata yang lain lagi, iman ialah tahqiq dan
i`tiqad, manakala Islam ialah khudhu` dan patuh.
Antara yang lain membezakan bahawa:
Tauhid ialah tanzih Allah dari sebarang
elemen syirik
Ma`rifat ialah mengenali Allah dengan
sifat-sifatNya
Iman ialah simpulan hati dengan memelihara
rahsia dan ma`rifah dengan kebajikan
Dan Islam ialah mushahadah dengan
mendirikan perkara Haqq dengan melksanakan apa yang dituntut. Manakala tasawuf
membersih, mengindah dan menyerikan.
Demikian berbagai pendapat mengenai iman,
pendapat yang indah dan mengkagumkan. Semuanya benar, fahami dan hayati insya
Allah makin menambahkan keimanan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment